Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Wednesday, June 8, 2011

Kenapa saya BerBLOGGING???

As-Salam...

Berbalik kepada tajuk soalan di atas..Naper aey?Nak rasa keglameran seperti FATIN LIYANA,CIK EPAL atau MARIA ELENA??bloggers mesti tau punya sapa orang2 yang aq sebut tadi.Diorang sumer tu hardcore bloggers yang dah lama bertapak dan tahap glamer diorang ni dah sama macam LISA SURIHANI.(eh,pandai2 je aq ni).Tapi,diorang ni boleh dikatakan bloggers superb sebab blog r yang buat diorang jadi terkenal skang ni..

Lisa Surihani..Aq ske dia!!comel!>.<

Aq ni cuma blogger hingusan yang baru je nak hidop.Baru nak blajo tentang selok-belok dunia blogging ni(pergh,ayat!!).Aq ni nak kata cantek,takdelah cantek sangat pun..Cun sket dari Preity Zinta je(menjerit Preity Zinta klow dia tau ni...hehe).Nak kata fashionista,pakai bersepah.Main sempat je aq rembat baju.Janji menutup aurat..muka plak nerd(sebab aq pakai speck).Nak pakai contact lens,mata sepet sangat.Tinggi macam model??owh,tidak sama skali..awal2 dah kena rejek klow nak jadi model.Aq pernah bergurau dengan bapak aq..''abah,orang nak masuk rancangan Gadis Melayu musim ke-3 bley tak??"..dengan selambanya bapak aq berkata ''Awal2 ko dah kena rejek,pendek!!'' ceh!!sampai ati..huhu TT_TT

Preity Zinta menjerit klow aq kata aq cun sket dari dia.. =.='

Kuda poney ni pun lebih kuramg sama tinggi aq je..=.=''

Ok,aq dah lama r jugak berblogging ni.Tapi on off.Skang ni dah macam fulltime jugaklah.Bagi aq,aq berblogging ni sebab aq nak meluahkan apa yang terpendam di hati,apa yang aq nampak.Aq akan tafsirkan dengan cara aq sendiri.Sebab setiap manusia ni berbeza.Dari segi lahiriah nye sama,tapi dalam hati sapa yang tau kan?aiseh,bermadah berhelah plak aq ni..

Aq nak jadi jujur dengan diri sendiri,famili aq,kengkawan aq dan surrounding aq.Somehow,ada jugak certain people yang tak dapat trima cara aq berfikir dan macamna aq tafsirkan keadaan sekeliling aq.Aq tak penah pun nak paksa orang suka aq atau benci aq.Bagi aq,setiap individu tu ada hak masing2.Ko nak suka,sukalah.Nak benci,bencilah.Aq tak makan daging (selain daging ayam dan ikan).Ko takkan boleh paksa aq untuk aq makan.Lebih kurang macam tulah.Setiap individu ada hak masing2..:)

Manusia ni insan.Insan maknanya lemah.Tidak ada yang sempurna.Bukan maksud aq untuk mencela Orang Kelainan Upaya(OKU),tapi tulah hakikat sebenarnya.Nobody's perfect in this world,either you or me.Jangan kata ko cantek lebih sket,ko perfect.Nope.Bukan macamtu.Setiap individu ada kelebihan,ada kelemahan masing2.Kadang2 kelemahan tu yang menjadi kekuatan kita.percaya tak?

Korang tau tak cter ni?Klow tak tau meh aq cter...(penglipur lara dah mula dah...)

Pada zaman dahulu kala...(zaman greek dolu2 ni..)

Ada sekor monster nama dia Medusa yang disumpah menjadi mahkluk yang sangat2 hodoh rupanya.Rambut dia macam ular,menjalar ke sana sini.Kononnya dia disumpah sebab bunuh kekasih dia yang curang..(klow skang sumpah jadi pe aey??).Sapa2 yang terpandang  muka Medusa ni akan jadi batu.(ni bukan cter Tanggang ok) ;P

Medusa berambut ular.

Ada sorang puteri raja ni dah lama menjanda,dia kepingin nak kawen baru..Ex-husband dia yang dulu mati kena sumpah jadi batu dengan Medusa ni..So,dia sowh sapa2 yang berjaya membalas dendam atas kematian ex-husband dia tu bakal jadi husband dia yang baru..

Puteri Raja yang cun..

Semua lelaki yang merasakan dirinya gagah perkasa mencuba nasib,tapi malangnya ramai yang tumpas disumpah menjadi batu.Sang puteri semakin berputus asa,dia risau dia takde zuriat untuk diwariskan tahktanya.(ceh,macam cter Samarinda plak).Rupa2nya,ada sorang si buta yang belom mencuba nasib.Si buta yang miskin dan tak hensem plak tu pun try nak masuk line jugak.Kot2 ada rezeki kawen dengan puteri raja kan..Si puteri ni plak macam tak percaya je yang si buta ni mampu menumpaskan Medusa..


Ni haa Si Buta tu..

Si buta tu pun pergilah ke kediaman Medusa yang terletak di gua yang terpencil.Medusa dapat tau je,dia terus pandang muka si buta ni.Tapi dia pelik naper plak si buta ni tak jadi2 batu plak..''Aish,power dia lagi kuat dari aq ni''.Segala macam cara dia buat nak bunuh si buta ni.Tapi si buta ni buat donno je..Bila Medusa dah makin dekat dengan dia,dia terus tikam jantung Medusa!''ARGHHHH!!!!!''(pergh,siap sound efek lagi tu.)

Maka,matilah Medusa tu dan berkahwinlah si pureri raja dengan si buta itu..Si puteri tu pun menaja operation untuk pulihkan mata suaminya yang baru tu...happily ever after...hehe

See,kelemahan yang menjadi penyelamat bagi si buta tu kan?Jap,cter ni rekaan semata2 je...hehee ;D

Pengajarannya disini,setiap manusia tu mesti ada kelebihan dan kelemahan masing2.Kelemahan tu kadang2 memang kita tak boleh nak ubah,tapi tonjolkan kelebihan dan aset2 yang ada(haa,ko jangan fikir bukan2 plak).Dan tak semua orang akan boleh trima cara kita. :)

P/s:Aq nak mintak maaf secara terbuka klow ada entry aq yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.Maybe ada certain benda yang buat korang rasa tak senang lepas baca entry aq.Aq bukan nak menuduh,tapi tu apa yang aq nampak.Dan everytime aq buat entry,aq tujukan jugak untuk diri aq sebagai pengajaran untuk menjadi insan yang lebih baik di muka bumi ni.chill!! ;D






4 Pengkritik Tegar:

idaida0504 said...

aku punya menghayati cerita tu..rupanya rekaan..hahahaha..tapi suka sangt berblogging ni..sebab leh luahkan perasaan dan sharing is caring kn

Jaedie said...

dah ada sorang tertipu!!!hehe ;P
betol2,ada benda kte bley share uyk kebaikkan bersama... ;)

SweetLikeWhat said...

SANGAT MINAT KAT PREETY ZINTA TU.. :D

Jaedie said...

dia comel+cantek... ;)
jap,jgn menjerit saya kata saya cun sket dari preity zinta aey...hehe :P

Jejak-Jejak Joyah