Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Sunday, December 11, 2011

Gewdik

As-Salam...

Apa khabar blogger-blogger sekalian?Harap maaflah saya tak hapdet blog sebab busy teramat ye.Sori tau...Dahlah ko,kata jelah malas nak hapdet,banyak plak bunyik. :P

Pe pandangan anda-anda semua pasal pompuan yang gewdik ni?Honestly,aku kureng berkenan dengan golongan yang macamni.Aq pun taktau kenapa aku tak suka.Yang gewdik natural aku bley trima lagi,yang gewdik buat-buat tu rasa macam nak tampar-tampar je.

Situasi 1

Aku: A,aku nak pinjam pemadam ko bley?
Minah A: takleh,aku nak guna.

Tiba-tiba,ada sorang mamat datang kat minah A tu....

Mamat :A,I nak pinjam pemadam U bley?
Minah A:(suara tiba-tiba berubah ayu)..eh2,bleylah.U ambik jelah aey.

Aku:#%@**%!!!

Tu contoh gewdik buat-buat.Apakah prasaan anda??

Situasi 2

Aku: Hai A!!
Minah A:(Buat bodo....)

Tiba-tiba,ada sorang mamat ni lalu..

Minah A: Hai mamat!!
Mamat: Hai A!

Aku: DAMN.


Yang ni plak gewdik sombong.Apakah prasaan anda??

Sepanjang aku idop 21 tahun ni,mostly mana-mana aku pergi memang ada jelah aku akan terjumpa spesies pompuan macamni.Dan dah jadi satu kebiasaan yang aku susah nak ngam dengan diorang.Maybe sebab diri aku jugak yang dah set mind aku sendiri untuk tak suka diorang or diorang pun memang tak suka dengan orang yang gler2 macam aku ni??

TAPI.TAHUKAH ANDA...

MANA-MANA POMPUAN YANG KCOW BF/HUSBAND KEPADA POMPUAN LAIN,SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA DI COP SEBAGAI POMPUAN GEWDIK??? 

GURLS.PLEASE,TAKE NOTE :)






Wednesday, November 30, 2011

Lupa

As-Salam....

Penat dan letih dengan assignment yang tak siap-siap lagi.Memanglah tak siap sebab aq tak buat-buat lagi!!!Argh,persetankan semua itu!!

Aq ada habit yang aq rasa dari kecik tak boleh nak ubah.Aq jenis cepat lupa dengan benda-benda kecik or benda-benda yang aq tak berapa nak pay attention sangat.Aq lupa mana aq letak kunci padahal baru pegang 5 minit lepas.Aq susah nak tangkap klow ko eja dan sebut depan aq.Contoh,S.A.M.P.A.H...haa,pe??ko ulang balik?agak2 kat 3-4 kali baru aq dapat tulis dengan btol,Ok,yang penting semua tu bukan menunjukkan aq seorang yang L.A.M.P.I.

Ada dulu,kes parah aq punya tahap lupa.Aq mengamuk satu rumah,cari mana aq punya spek.Klow takde spek,aq bagaikan orang buta.Aq tanya kakak aq,tanya bapak aq,..Diorang malas nak layan aq sebab diorang tau aq punya habit..Skali aq tanya ibu aq..

Aq:Ibu,nampak tak spek orang?

Ibu:........tu haa,yang selit kat baju tu pe benda!!??

Aq:Laa....patut cari tak jumpa!!

Ibu:Mana tak jumpa,dah cari guna idong..lain kali cari guna mata!

Aq:...hehehehe (malu sendiri.PADANMUKAAKU.)

Lagi satu,member-member yang mana rapat dengan aq tau aq suka tanya soalan yang sama berulang-ulang kali.Sampai diorang tegur aq..Eh,berapa kali ko nak tanya?..aq dah tanya ke?...diam 10 minit...pastu tanya balik... =.='

En.Amal Aziz pun komplen...

Beliau:Nasib baiklah kite ni boleh tahan besor,kalau tak mesti awak dah hilangkan.

Aq punya habit ni menyusahkan aq.Lagi-lagi time exam.Aish.

Dah,silalah siap-siapkan diri anda untuk ke kelas 9.am ni ye.Chow!! ;D


p/s:nilah kes bler dah ter-overdose kismis. :P





Thursday, November 24, 2011

Assignment VS Exam

SHORT ENTRY:SESI LEPAS GERAM.

As-Salam...


Dah menjadi lumrah seorang pelajar universiti,takkan terlepas dari assignment dan exam.Ok,aku baru je habis exam setelah kesekian kalinya.Jawapan memang ntah hape-hape sebab yang baca lain,yang kuar lain,yang ingatnya lain.Takpe exam dah habis.Hanya perlukan doa untuk bagi lecturer lembut hati untuk bagi markah kesian yang kertas jawapan yang ntah hape-hape tu......

Ni semua salah kau!!


This is my feeling when i got question paper.


Assignment lagi sadis.Next week nak hantar,this week baru nak start.PADANMUKAAKUSAPASURUHBUATLAMBAT.sapa yang dapat baca statement di sebelah,kau pun sama macam aku..bahahahahahaha!!!!

Fatal error.

Assignment bukan calang-calang punya assignment kau boleh nak copy paste dari internet.Assignment A kena buat video,assignment B kena interview company.Aku rasalah,agak-agak lecturer ni nak train kitorang jadi wartawan Melodi takpun jadi pengarah filem.Paling cikai pun nak jadi pelakon macam Fasha Sandha.


Dah,kau tak payah nak complain banyak.Buat je semua tu.Nak dapat markah ke taknak?taknak buat,takdelah markah ye.no compromise.

Dah.Nak sambung buat assignment.K,bai.

Mode:STRESSSSS......





Monday, November 21, 2011

Mini Zoo

As-Salam... 

Selamat pagi semua!Mulakan hari anda dengan senyuman,bukan dengan cercaan!:D

Naper tiba2 keterajinan terlebih update blog pagi2 ni??Sebab pasni aq nak fokus study..ada 2 paper exam lagi..huhu TT.TT

Tak banyak pun nak cakap hari ni.Cuma...........=.='

Ni barang2 kat bilik aq yang ada motif haiwan2 comel.Tengok balik bilik aq...dah rupa macam mini zoo.

Panda a.k.a Haru-chan.A gift from Mr.Amal Aziz


Penyu.Souvenir dari member aq masa dia pergi Terengganu.



Burung-burung marah.Pencil case akak aq bagi.



Monyet.Sliper dalam bilik.


Kucing leher putus.Corak kat botol air.



Ladybird Couple.Motif kat cadar katil.



Bantal kepala harimau.A gift from my friend when my 18th birthday.Mata sebelah dah tercabut.



errr....haiwan ke ni???? =.='
*percuma masa beli Mamee.

p/s:Cintailah alam sekitar!! :P






Friday, November 18, 2011

Ugly Truth

As-Salam...

Wohooo!!!At last dapat gak aq nak update blog aq ni..serius,minggu pertama pas mid-break haritu teramatlah busy sebab ada exam.Memandangkan hari ni je untuk minggu ni aq free,so sempat2kanlah diri untuk update blog..

Ehem,ko nak tau tak sebenarnya kan blogger X tu dah break up dengan awek dia yang cun gler tu?laa..ye ke??naper??why?why?

Ok,kat atas tu sebenarnye gimik je untuk intro untuk apa yang aq nak tulis harini.Kadang-kadang slalu je terjadi benda2 yang memang tak tercapai akalmu bak kata Elyana kat surrounding kita.Fitnah?Boleh jadi jugak.Tapi if dah dapat hot story tu dari member yang boleh dipercayai..so no doubt sumber-sumber yang didapati lagi sahih kebenarannya.

Semalam,dari pukul 9.30pm sampailah pkul 1.00 am berjoyah dengan member aq sorang ni.Punyalah lama sampai tak sedar masa berlalu dengan pantasnya.Yelah,aq memang susah sket nak jumpa member aq sorang ni sebab dia course lain,mahalah pun lain2.Klow nak jumpa pun memang kena buat appointment dulu...

Macamni..dah sedap2 duk joyah-joyah ni..tiba member aq ni bukaklah cter pasal si gadis Y(nama samaran/sebenar terpaksa dirahsiakan demi tidak mengaibkan pihak-pihak tertentu).Taknaklah cter apa dia buat..tapi at the end member aq cter tu..kira aq punya terkejut...''Astaghfirullah..ye ke??ko biar btol??takkan sampai macam tu skali??''..pastu plak..kisah si blogger Z(nama samaran/sebenar terpaksa dirahsiakan demi tidak mengaibkan pihak-pihak tertentu)..perangai punyalah..''Eh,gler dowh!!!Takde keje apa!!''..haa,lebih kurang macam tulah reaksi aq bler member aq ni cter2 yang jauh tersirat dari apa yang tersurat.

That's the case when we always judging a person only with his/her appearances.Cantek je,ko kata baik.Hensem je ko kata pemurah.Memanglah tak dapat dinafikan,dah jadi naluri manusia suka tengok benda-benda cantek.Tapi,bila itu je yang kita ambik kesah..sifat dalaman,hati budi kita tolak tepi..itu dah payah.Mula-mula kenal orang,jangan cepat percaya.Si perempuan sila jangan jadi bodoh bila ada mamat-mamat fake hensem letak gambar artis korea jadi profile picture kat FB ajak kluar,ko pun onn je.Klow nak kuar pun,jangan berdua.Ajak member temankan skali.Yang si lelaki plak..silalah jaga kemachoan anda.Tak payahlah nak snap picture sambil buat muka itik,kunun2nye comel itu..tak payah nak tunjuk ko tu pervert sangat like gambar ntah hape2 pastu buat semak kat news feed aq.Pastu buat status nak tunjuk ko gersang nak mampus.hey,sumpah gua geli ok!Dan silalah ubah perangai anda yang kurang snonoh tu...



or

Aq takdelah kata aq ni baik sangat pun...Tapi bila sendiri dah buat jahat tu,janganlah sampai tersebar kat public secara sengaja mahupun tak.Buat jahat,simpan sendiri sudah.Hanya anda,si pelaku dan Allah saja yang tau. :)
Kot ye pun dah buat jahat,cepat2lah bertaubat..sebab..bila Izrail,datang memanggil..sempat ke ko nak mengucap??jawab?jawab?

p/s:Don't ever ever ever ever ever ever ever ever ever ever judge a books by it's cover.Somehow the nice cover actually the rotten one. ;D















Friday, November 4, 2011

CUTIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!! :D

As-Salam..

Berkobar2 ko ye nak balik kampung?Aq rasa mostly(semua kot) IPTA untuk degree student akan cuti mid-semester seminggu ni.WOHOOO!!CUTI!!!!!YEAH!!!*ok,fine.aq pun nak balik kampung. =.='

Rasa2 lagi ramai yang excited nak cuti berbanding nak sambut hari raya Aidiladha jatoh pada hari Ahad ni.Maybe kite kat Malaysia ni takdelah rasa sangat kemeriahan tu sebab Hari Raya Aidiladha ni a.k.a Raya Haji@ Hari Raya Korban sebab Raya Haji ni dikhaskan untuk orang2 yang menunaikan ibadah haji dan jugak untuk orang yang nak buat korban.Tapi orang kata kat Kelantan sambut Raya Haji lagi meriah dari Hari Raya Aidilfitri?Btol ke? ;D

Kenangan terakhir Salem.*bukan nama sebenar.

Dah,takmau cakap banyak.Sepanjang aq balik kampung memang takde harapanlah nak hapdet blog memandang aq akan busy sepanjang masa dengan aktiviti yang seswai dilakukan di kampung seperti menanam pucuk ubi,padi dan ulam2an.Tipu je semua tu.Keje aq klow dah sampai rumah tak habis2 order menu kat ibu aq sowh masak.''Ibu,esok masak nasi ayam aey.Lama dah tak makan masakan ibu.Rindu''.Next day,''Ibu,trasa macam nak makan nasi kerabu lah''.Disebabkan seminggu cuti,maka seminggu jugaklah ada menu2 yang bakal di order.Sebab aq yang order,aq lah yang beli barang2 masakan dan tolong sket di dapur.*Nak tunjuk ko tu dah boleh kawen,kenalah rajin2 sket kat dapur.ehem.eh!? :P

So,just nak wish.....

SALAM AIDILADHA...&
HEPI HOLIDAY!!! :D

p/s:On the way nak balik kampung tu,berhatilah2 semasa memandu.Jangan sampai diri sendiri atau orang lain yang jadi mangsa korban. :)






Friday, October 28, 2011

Personaliti Facebook-er & Blogger

As-Salam...

Dah buhsan duk ngadap laptop buat assignment,aq blogwalking jap..Stalk FB orang..Sambil2 baca entry tu kadang2 aq terfikir..macamna agaknya blogger/facebook-er ni kat luar aganye aey?Kat blog bukan main laser mencanang cter..kot2 lah kat luar pun memang semulajadi joyah..eh,contoh je tu.Ko jangan trasa plak..hehe :P

So,kat sini aq ada buat beberapa research berdasarkan aq punya suka.Personaliti blogger & facebook-er.Aq dah cakap,ni aq punya suka.Ko nak percaya ke tak,ko punya suka.

1. Bajet Cute.

Ramai jugak blogger2/FBer macamni sebenarnye.Tak kisah r laki ke pompuan,muka semua nak flawless habis.Ala2 boleh jadi model Fair & Lovely ko.Mata pun bukak bagi nampak besor sket.Yang mana rasa kurang cute,efek pengembungan pipi ala2 ikan emas slalu digunapakai.Orang2 macamni kurang keyakinan diri.Sebab tu diorang susah nak tunjukkan muka sebenar diorang.Klow rasa nak tambahkan keyakinan diri,bolehlah beli buku2 motivasi Dato' Fadzillah Kamsah mahupun kaset2 beliau di toko buku berdekatan.



2.Tak suka tunjuk muka

Haa..ni lagi satu spesies.Blogger/FBer yang macamni diorang tak penah2 nak tunjuk muka diorang kat blog/FB.Kira klow ko dapat tengok muka dia tu,rasa macam...ergh,i'm speechless!!Diorang ni plak bukan kurang keyakinan diri,tapi diorang ni penuh misteri.Susah nak jumpa orang2 misteri macamni.Diorang punya misteri ni memang tahap boleh masuk Misteri Nusantara.Yang bestnye,orang2 misteri ni diorang menimbulkan rasa curious orang lain nak tau spekah identiti diorang sebenarnya. 



3.Suka tayang muka

Ni geng2 bajet cute jugak r ni.Tapi diorang ni lebih berkelakuan jujur.Muka baru bangun pagi,bertompok2 air liur basi pun boleh buat DP.Tengah berak pun sempat lagi nak update status.Diorang ni orang2 yang overconfident.Mempunyai ego yang tinggi dan seorang yang agak degil.Prinsip idop diorang:ada aq kesah?ko ke yang bagi aq makan?



4.Kaki Novel

Golongan macamni plak suka buat status/entri nak sedih2 je.Tangkap jiwang habis.Klow buat entri/update status ayat penuh puitis,penuh dramatis.Ni memang sah2 golongan yang suka baca novel.Ko bagi novel Ombak Rindu,satu hari je konfem bley habis.Dikatakan jugak anak didik A.Samad Said.Takpayah nak cter banyak..dah nampak terang,nyata lagi bersuluh kan torch light!Diorang ni memang kuat feeling...TT.TT



5.Geng Joyah

Suka update status/entri pasal hal2 isu semasa dan jarang2 tunjuk muka.Habit diorang suka like status orang lain.Tak suka sangat nak show off muka, tunjuk muka pun sket2 je.Katanye sebab takot Melodi cari.Nampak je cenggitu,tapi sebenarnya tulah bezfren Joyah..Orang2 macamni ko kena fikir 85 kali klow ko nak buat kawan.Depan cakap lain,blakang cakap lain.Talam 18 muka dia ni....danger!danger!


p/s:Ko yang mana satu?? hehe ;P





Tuesday, October 25, 2011

Awkward Moment

As-Salam...

Awak2 semua sihat tak?Dah lama tak hapdet blog lapok aq ni.Busy memanjang(tak busy pun kata busy jugak,padahal malas!hahaha)Oklah,tak tipu..memang busy pun.Kelas,assignment,program...macam2lah keje yang membusykan diri.Sampai tak sempat menyempat nak hapdet blog ni.

Ko pernah tak rasa satu situasi yang macam awkward gler?Time tu tiba2 senyap,sumer orang speecless.Mak aq cakap tu malaikat lalu.Takpun,bila orang yang ko tak penah2 tegur tiba2 peramah gila dengan ko.Mesti ko terfikir...eh,naper dia ni?takkanlah dah sampai masa kot..??tengok,orang nak baik2,ko kata dia nak meninggal..

Benda ni slalu terjadi bila dah habis topik untuk berjoyah.Mulalah rasa awkward tiba2,pastu dua2 speechless.Klow benda ni berlanjutan,at the end habis macam tu.Trick ni tak bagus untuk mamat2 yang baru nak usha awek yang dah lama diminati.Ko kena banyak mulot sket dan pandai cari minat awek tu untuk korang terus berborak.Klow tak,nanti korang akan direject dan awek tu berkemungkinan besar akan tersangkut dengan mamat yang lebih menarik hati beliau.



HOW DOES THE AWKWARD MOMENT FEEL???
*sebagai contoh je,tiada kaitan sama ada yang idop mahupun yang sudah meninggal dunia.sesape yang trasa, maknanye ko lah tu.muahahahaha!!

You saw a very fat lady wore a white tide legging.And an uncle looked at her without he noticed you were watching at him actually.

..................................................................

.................................

..............

......errrr....


hmm......
*speechless.

Haa,lebih kurang macam tulah dikatakan awkward moment.Benda yang tak semena2 terjadi kat depan mata.Dan ko akan terdiam.





Thursday, October 13, 2011

Nama

As-Salam...

Tetiba dikeheningan pagi ni teringat plak zaman tadika dolu..Klow main teka-teki je mesti nama Ali jadi favorite.Bezfren dia Abu.Jiran sebelah rumah dia Muthu.Kawan kat skolah dia nama Ah Chong.Nama ni sangat popular dan slalu diguna pakai sampai masuk kat buku teks Bahasa Melayu darjah 2 lagi ko.Paling2 nama nak canggih sket pun letak lah Alias ke..Alia ke...

Ko ingat tak teka-teki sapa dapat rambutan?





Seiring perkembangan semasa,aq agak terkejut tengok buku teks Bahasa Melayu adik aq yang darjah 2 skang ni dah tak guna lagi nama Ali,Abu,Ah Chong mahupun Muthu.Nama diorang dah glamer dah.Nama semua nak artis sangatlah kan.Erra,yusri...Dania,Daniel,Damia(tu nama anak sedare aq)..Klow tnye je aq adik aq sapa nama kawan2 dia mesti ko pun terkejut..Klow dalam surat beranak tu,nama anak je paling2 tidak pun dua patah perkataan..contoh:Nurul Markonah dan Mohd. Jemal.Nak nampak kononnya up-to-date sket letak 4 patah perkataan.Siti Nurul Markonah Senah dan Mohd Jemal Abdullah Sani(tak masuk nama bapak lagi ni).Tapi sudah2nya panggil Senah je,takpun Jemal.Klow ko duk di kawasan perkampungan maybe nama tu agak femes lah jugak.Contoh:Senah mana?Ala..Senah Comel anak Pak Jemal tu..Ok,once bila si Senah tu pindah ke Kay-ELL..nama secara tak langsung jadi Sanny.Glamer kau Senah....Pastu mulalah Senah lupa diri..(cerekarama btol r ko ni!!)

Aq kat sini bukan nak menghina ke pe,cuma trasa klakar plak bila fikir2 balik ada certain orang sanggup tukar nama dalam sebab nak ikot keserasian.Dah tukar tu rasa macam glamer je kan(slalu terjadi di kalangan artis2 sebab taknak orang gelak nama ic dia).Nak tukar nama panggilan bolehlah,kang klow nama ko panjang2 sangat habis2 orang panggil ko oi je.Tapi,yang paling tak boleh blah bila ada jugak dah sedap2 letak nama Mohd,tiba2 nak jadi Nurul plak..dah lain sangat plak tu.Nama tu sebenarnya ibarat hadiah pertama yang mak bapak kita bagi kat kita(in case atok ko yang bagi nama,tu atok ko bagi hadiahlah kan).Dan nama yang dah diberi tu pun sebenarnya dah termaktub dalam luh mahfuz.Nama ko Senah,ko Senahlah sampai ke mati.Ko takkan boleh jadi Joyah mahupun Dania.Just appreciate yourself.It's a truth of u. :)

p/s:Joyah takmau kuar sebab dia majok takde orang nak join segmen dia. :P
*nama2 di atas tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.





Tuesday, October 11, 2011

Aq bukan Joyah!!

As-Salam...

Eh2,ko tau Senah(bukan nama sebenar),anak pompuan si Kamil(bukan nama sebenar) kawen lari dengan bangla jual karpet!!Agaknya Kamil hutang kot dengan si bangla tu...

Huish,beginikah tahap ke-joyah-an mulot anda??Katakan TIDAK!!

Jom join segmen AQ BUKAN JOYAH!!!

Tak susah pun.
1.Letak banner blog aq.
2.Suka ati nak jadi followers ke taknak.Takde paksaan.Tapi digalakkan untuk 'LIKE' page aq.
3.Nyatakan sebab mengapa anda bukan Joyah.


HOI,AQ BUKAN JOYAH!! :P

*tarikh tutup hari esok(12/10/2011),tepat jam 12.00 tengah hari.
*Sesape2 dah join,bolehlah meninggalkan jejak komen korang kat bawah entry ni.
*blogger2 yang sanggup menyatakan diri mereka bukan Joyah,akan di shortlistkan. :)





Jalan2 Tak Kurus2-Seoul Garden & Dream House (Part 1)

As-Salam...

Dah 3-4 hari aq kebuntuan idea untuk update blog ni.*ceh,ko bajet ada orang baca blog ko hari2 ke?? =.='
Maka,aq pun jalan2 untuk mencari idea2 bernas unytuk diisi kat blog aq ni..hehehe :D

En.Amal Aziz awal2 dah bagi warning kat aq sowh tak payah makan banyak2.Makan sket je.Gler pe sowh aq makan sket kan???Jeng..jeng!!!Dia tiba2 dan tak semena2 ajak aq makan kat SEOUL GARDEN hari Sabtu lepas.

SEOUL GARDEN ni ala2 restoren Korea gitu.En.Amal Aziz dah prasan habis cakap muka sendiri lagi hensem dari Kim Hyun Jung.Restoren ni menyediakan makanan steamboat buffet.That's mean,ko bayar skali makan berkali2 pun takpe.

Kitorang yang datang awal ni pun kena duk kat luar sebab meja kat dalam dah banyak kena reserved.Aq suggest restoren ni untuk orang2 yang mempunyai kapasiti perot yang besar je.Orang2 perot kecik atau tengah diet akan trasa rugi sebab duk tahan2 makan.Aq tengok yang datang makan kat SEOUL GARDEN ni masing2 macam tak makan 10 hari.Muka comot2 pun dah tak kesah,janji makan sampai kenyang.Owh,digalakkan jugak untuk sape2 nak nak 1st date kat restoren ni sebab ko boleh tengok bakal bf/gf ko tu burok lantak ke tak

Ko bayangkan,dari pukul 11.00 pagi sampai pukul 2.00 petang asyik duk melantak kat SEOUL GARDEN.Memang sah2 perot kembong macam ular pas telan lembu sekor.


*harap maaf kualiti gambar tak berapa cantek sebab guna henfon murah je plus tangan photographer tak bedung.


Muka tenang menanti di-serve..


wuhoo!!!


huish,comotlah ko ni!!


Makang budok!!


Bajet Korean sangatlah ko..


Memang sah!burok lantak!!


Sign Board dengan shawl aq sama kaler....=.='


Dalam petang macam tu kitorang direct ke KLCC untuk jumpa geng2 karate-ka En.Amal Aziz.Muntah darah lagi makan kat Piza Hut.Macam nak mampus punya kenyang. =.='

Geng2 karate-ka...hait!!!
*from left:Daus,Lukman,Simah dan Ain.

Agak2 dah puas melantak,layan plak cinema tengok cter Dream House.Overall,cter dia so-so lah..Takde pun rupa2 hantu yang menkutkan.Cuma jalan cter dia yang agak psikotik.Dah sampai ending baru tau cter sebenarnya..


Ok,ni baru 1st part Jalan2 Tak Kurus..Nantikan episod seterusnya di STABAZ dan Chocolate Fair di IIUM!!! :D

p/s:Memang jalan2 tak kurus2 sebab dah makan banyak pun perot ni asyik lapo je..haish,nafsu2... :P








Wednesday, October 5, 2011

As-Salam...

WORDLESS WEDNESDAY #5

Bila dah takde keje..atau ada keje tapi buat2 takde keje..maka nilah jadinya...
SHAWL TUTORIAL!!! :P

1.

 2.

 3.

4.


P/S:ala2 model DARA.COM u..... ;P








Tuesday, October 4, 2011

Susuk Kurus

As-Salam..

Dah terbiasa plak pas subuh tak tido balik.aiceh..bajet ko baik sangatlah..Aq takde klas pun pagi2 ni,cuma biasanya internet connection paling laju time selepas subuh.Ehem.

Amalan pemakaian susuk dah lama orang tau.Dulu2,zaman nenek2 kita susuk ni orang pakai sebab nak nampak sentiasa muda dan jelita.Takde garis2 kedutan yang kelihatan.Memang aq rasa boleh nampak kesan jugaklah orang2 yang pakai susuk ni dia punya seri lain macam sket(pernah tengok kat tv).Agak2 nenek2 yang umor dah mencecah 80 tahun pun sentiasa kelihatan sweet seventeen..dan yang pasti klow artis2 Hollywood tau confirm diorang dah lama dah pakai.

I tak pakai susuk tau,ni natural beauty.

Tapi,pemakaian susuk ni sebenarnya ada melibatkan unsur2 syirik lagi khurafat.Mana logik nenek umor 80 tahun  nampak sweet seventeen je kan?Klow pakai botox pun aq rasa mustahil.Paling muda botox boleh buat pun nampak muda 20 tahun dari umor asal.

Ada skali tu..masa time raya filem SUSUK ada tayang kat TV3.Pas habis je filem tu aq tanya bapak aq:

Aq: Abah,susuk ni memang boleh buat orang nampak cantek aey?

Bapak: Yelah..napernye??

Aq: Susuk kurus ada?

Bapak:..............ko nak susuk kurus ko tak payah makan apa2.

Aq: Alaaaaa....takde ke? *sket kecewa.. 

p/s: jin2 yang buat orang yang pakai susuk nampak cun pun mesti give up jugak nak bagi orang yang berat 120kg nampak 45kg. =.='







Jejak-Jejak Joyah