Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, October 25, 2013

Let's talk about MONEY!!

Assalamualaikum..

Semalam hot pasal issue sorang laki yang tak siuman tikam secara rambang.Pergh,bapak cuak siot sebab tempat kejadian tu dekat gler dengan uni aq.Dahlah nak pegi mana2 pun memang naik lrt dari stesen gombak.Tak boleh bayanglah kan auntie yang aq slalu usha jagung manis dia tu kena tikam.Ya Allah,seriously memang sangat dasyat.Padahal kelmarin tu baru je aq kuar berhungga-hungga dengan member2 aq laik lrt.Even takde kat tempat kejadian,trauma tu trasa jugak.Takut.

Today,hot issue pasal bajet 2014.Aq tak tengok details lagi pasal bajet 2014.Tapi issue yang banyak orang post kat facebook pasal gula dikurangkan jumlah subsidi sebanyak 34 sen.That means,gula naik harga 34 sen dari current price.

Gula naik harga oi!!


Wohoo,Malaysian sangat sensitif.Actually I'm not really bother about harga gula naik sebab skang ni pun aq dah kurang minum manis.Makin tua ni,kenalah jaga kesihatan.Oklah,sebenarnya tak perlu pun nak kecoh sangat pasal gula naik harga or even kau tak payah jadi politician pun untuk kawal ekonomi negara because we part of economy.

Tips mudah,tak payah beli gula.Weyh,mana bley idop takde gula!!Nanti teh tarik naik harga!!Beb,kau lepak kat Starbuck bayar kopi RM10 boleh je kan?So,here the basic concept needs to be applied.When demand increase,price increase.Untuk menurunkan demand of sugar,kurangkan beli gula.Banyak je yang boleh ganti gula contoh madu dan susu pekat manis.

Honestly,sejak bapak aq agak cautious pasal kesihatan kat rumah aq boleh kata penggunaan gula tu dapat dikurangkan.Boleh kata stok gula kat rumah aq tu 1 kg gula untuk sebulan atau lebih.Tak tipu tau,ni fakta,bukan auta.

Tapi,untuk bakers yang slalu buat kek ni memang tak dapat nak elak jugaklah.Untuk buat kek,memang banyak pakai gula.Jap,aq rasa sebab dah ramai sangat amateur bakers nilah punca2 gula naik harga.hmm.Semua orang nak jadi bakers sebab untung lagi banyak dari jual nasi lemak.hmm.

Rakyat Malaysia kecoh harga gula naik,tapi masih mampu makan KFC,makan kat Secret Recipe,beli iphone 5S,beli galaxy note 3.Takpelah,duit sendiri gaji sendiri,Tapi bler gula naik,time tu fikir plak pasal naseb orang yang tak bernaseb baik.Slama ni makan sedap2,tukar2 henpon ada fikir diorang tak??Tak kan.Kat sinilah kte kena tengok jugak,macamna kita punya sumbangan kepada masyarakat sekeliling.

Memandangkan golongan berpendatan sederhana RM3000++ ni boleh dikatakan golongan majoriti,jadi golongan ni yang lebih diberi perhatian untuk buat research berbanding golongan minoriti yang susah samada kat bandar atau luar bandar.Senang cter,gaji RM3k belanja macam orang gaji RM5k susahlah macamtu.Hutang keliling pinggang sebab nak idop mewah.Definisi idop mewah tu dah disalah tafsir dengan kete mewah,henpon canggih,shopping barang branded.Bagi aq idop mewah tu,makan minum sumer cukup,pakai cukup,henpon boleh nak call sms,fesbuk sket2 dan yang paling penting hutang aq tak banyak.Bila hutang dah banyak,hati tak tenang.Bila hati tak tenang,mulalah depress dan seterusnya jadi gila.
Aq depress sebab assignment tak siap lagi.

Sebab tu ramai yang jadi gila sebab duit.Sanggup bunuh orang sebab duit.At least,tolonglah fikir satu benda ni.Duit banyak2 pun mati takdenye angkut duit tu masuk kubur.Sebelum buat sesuatu demi duit,fikirlah untuk benda lain.Lebih elok fikir keje tu nak tolong family ke,untuk bersedekah ke...something yang bermanfaat jadi bukti kte idop kat dunia ni bukan sia2.Money is something,but not for everything.

p/s : Berhati2 anda di walau dimana jua.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mintalah perlindungan daripada Allah kerana segala ketetapan yang baik atau tidak baik semuanya datang daripada Allah. Tiada yang lain boleh melindungi kita selain Allah.


Tuesday, October 22, 2013

Welcome back!!

Assalamualaikum..

Pergh...gler lama siot aq tak mengendap blog aq.Serius lama gler.Last entry bulan April aritu.So,skang ni dah nak masuk bulan November,adalah dalam 7 bulan macamtu.Orang pregnant bley dah nak bersalin klow masuk bulan ketujuh.hehe 

Ni boleh kata aq punya coming back setelah kesekian lamanya aq menyepi dari dunia blogging ni.Dulu ada jugak rasa nak tutup je,tapi bler tengok balik..rindunya kat blog sendiri.Dah macam jumpa kawan lama plak bler bukak blog sendiri.So,tak jadilah nak tutup.Maybe aq at least once a week update blog ni. :)

Taktau lagi nak buat genre apa untuk season baru blog aq ni.Aiseh,dah macam drama series Desperate Housewives plak ada season baru bagai kan.Tapi rasanya lebih kepada genre ikot-suka-hati-aq-nak-tulis- apa.

Klow nak update pasal retis,rasanya macam mainstream sangatlah plak kan.Pasal gambar2 pelik,bukan minat aq.Pasal hal ehwal semasa,Berita Harian dah ada kan?hahaha :P

Owh,baru teringat nak cter apa.Aq baru je lepas mid-sem break.Tak pegi mana2 pun,menapak kat rumah je.Tapi ntah tiba2 hormon ganjil kuar aq jadi rajin masak.Macam2lah aq masak.


Pizza

Chili cheese fries.

Ok,takdelah macam2 pun aq masak.Yang penting,skali masak je trus habis tau.Laku u'olls.hehe :P

Skang ni aq sangat obses dengan series Awkward.
Mula-mula bakal adik ipar yang bagi (eh?).Dia yang suggest kat aq sowh tengok cter ni.
Dah tengok tu,addicted plak.Sumpah taktipu best gler.:D


Malam ni season baru.can't wait!! >.<

Ok,aq nak pegi makan dulu.Tadi lunch bihun sup segera je.Bye! :D

Thanx for reading peeps! ;)

p/s : I pun dah ada account instagram.hehe




Monday, April 15, 2013

The Paperbag Giveaway!!

As-Salam...

wehooo!!!dah lama tak berkunjung ke blog sendriri.hehehe
I kan orang busy,so takde mase nak update2 blog ni.*sila baca dengan nada so called datin yang tak berapa nak busy,konon2 buat busy.ehem. argh,kau memang dah malas cakap jelah.muahahahaha!!

Ok,simple and short.Nak bagitau je,online shop kite yang menjual beg2 terkini skang ni ada buat giveaway.Mula-mula dateline dia harini 15/04/2013,so disebabkan kite ni seorang yang baik hati lagi berhati mulia maka dateline extend sampai hari Sabtu,20/04/2013. :)


Macamna nak join?Sangat senang wokeyh!
1)Like page The Paperbag
2)Share di Facebook korang.
3)Invite member Facebook korang.

 or


1)Follow blog ni.
2) Buat short entry pasal The Paperbag
3) Letak 2 nama kengkawan bloggers korang kat entry tu. :)

So,apa lagi?adik kakak abang yang hensem2 dan comel ni jom giveaway The Paperbag!!
Hadiah misteri menunggu anda...

p/s : sangat tak suka hari Isnin...huhuhu TT.TT

Friday, March 22, 2013

Hijabdreamboat

As-salam...

Minggu ni boleh kata minggu yang agak busy bagi aq.Tak kesah pun sumer tu,tapi yang paling sedih aq kena ketumbit.

Tepon ibu nak mengadu naseb..


Aq :  Ibu,ida kena ketumbit lah.
Ibu :  Ida mengendap orang berak ke?
Aq :  Mana ada. Ta*k sendiri pun tak tengok.


Dah tak pasal2 kena tuduh ngendap orang berak.Sangat sadis.Sobs. :'(

  
Ok,dah habis sesi mengadu naseb kepada rakyat jelata

.Hari ni Mak Jemah nak promot kat u'olls satu lagi produk mak tau.Ni dia!TADAA! 




Ni lagi satu online shop yang jual segala jenis shawl dan tudung bawal dengan design yang terkini.
Dia punya design sumernye cute2 je.Untuk yang suka pakai baju plain,tudung2 corak ni sangat seswai untuk anda. :)


Yang jadi model tu owner dia sendiri.Cik Iffah.

*Aq sampai skang jeles dengan mata dia yang besor tu.haha :p

\
Bunga-bunga cinta...layu di pusara...



 
Parsley..bukan fazli ye..



Corak bunga kanak2...hehe



Kuning si kunang2..eh,pe benda aq melalut ni? @.@

Amacam?dah cakap kan dia punya design baik punya..nak tengok lagi/boleh klik SINI. :)

Range harga dia sangatlah berpatutan,around RM15-RM25 je.
Shawl dan tudung ni ada dalam fabrik chiffon,satin dan cotton.Weyh,mana nak dapat fabrik2 macamtu dengan harga murah??

Fabrik chiffon.


Fabrik satin.


So,klow rasa nak beli shawl/tudung murah + cantek + malas nak cari parking,anda sangat2 digalakkan shopping online kat HIJAB.DREAM.BOAT. :)

P/s: yeah!yeah!cuti mid-sem!muahahahaha!! :D

Thursday, March 14, 2013

The Paperbag

As-salam...

Pe kabo orang kampung??!!sudah lama kita tidak ketemu ya..I ni beselah,busy je memanjang.Argghh,tu sumer dusta belaka.Banyak je free time,cuma rasa takde mood nak update blog.Takde mood = malas.Ada jugak terfikir nak tutup je blog ni.Tapi..bler fikir2 balik..tak jadi r..heuheuheu

Kte ada cter ni awak..kte kan dah bukak online shop baru..nama dia The Paperbag.



Ni hasil kolabrasi aq dengan member aq,Kaera.Dia bagi idea nak jual beg,aq bagi idea untuk nama online shop kitorang tu.Ok ke nama The Paperbag tu?Macam ada poyo2 sket pun ada jugak kan..kehkehkeh

Kitorang jual beg.Tu sumber utama,insyaAllah ada penambahan lagi.Setakat ni baru handbag dan flower brooch.

Cute kan?cute kan? :D

Flower brooch!Bunga2 gitu.
*tempahan brooch boleh jugak dibuat secara borong. :)

Kau pakai beg ni,confirm terus jadi cun macam awek korea di atas.hehe :P


The Paperbag : murah dan cantek.Dari segi kualiti,klow ko pandai jaga,tahanlah.Tapi klow handbag bawak masuk hutan,sumbat kuah kari,air lai ci kang sumer tu..handbag Guess harga RM300 pun boleh rabak dalam masa 4 hari.Range harga yang The Paperbag tawarkan paling murah dalam market,dalam RM23.00-RM30.00 only maa...
Ni antara beg2 yang ada dalam The Paperbag.Simple but nice.









Nak tengok lagi??Nak order?Silalah ke Facebook page The Paperbag.

Jangan lupa LIKE skali tau! :D

p/s : Kredit hour sem ni tak banyak,sambil2 tu boleh berbisnes.heuheuheu ;P


Friday, January 18, 2013

Hey you!LISTEN!

As-salam..

Dah lama tak berblogging ni.Mintak maaflah I ni orang busy.Amboi,busynye kau mengalahkan bibik yang kena kemas rumah banglo 5 tingkat sengsorang.Ish2,sian bibik tu.Skang ni baru free banyak sebab awal tahun haritu aq ada exam.Dah taktau nak update pasal pe,trasa macam terpanggil nak cter pasal kes Listen!.

Ni pendapat aq secara peribadi,tiada kaitan dengan mana2 pihak politik.

Dalam video tu,cik B mempersoalkan mengenai free education kat panel Miss P.Aq rasa,tak salah untuk bertanya sebab masa tu memang tengah sesi soal jawab.So,ahli panel tu kenalah jawab soalan yang dipersoalkan tu.Bukannya jawab listen! je.Aq dah kata aq tak memihak mana2.Aq tak mempersoalkan pe isi kandungan yang disoal cik B tu,tapi lebih kepada the way of their discussion and communication.
Sila tengok contoh di bawah:

Seorang murid blur darjah 2 tanya kat cikgu Math dia :

Murid :                 Cikgu,naper dua darab dua sama dengan empat?

Cikgu Math X :     Dengar sini!Kan saya baru ajar tadi dua darab dua sama dengan
                            empat!Awak ni tak paham ke?

Murid :                *Terkedu.tak berani nak cakap pe.

Yang ni plak contoh yang bagus :

Murid :                 Cikgu,naper dua darab dua sama dengan empat?

Cikgu Math Y :    Owh..macamni..*explain....blablabla...

Murid :                Oooohhh..barulah saya paham!terima kasih cikgu! :)


See the difference??

Aq dulu memang loser math.Nak hafal sifir tiga pun susah,sampailah ada sorang cikgu macam cikgu Math Y datang ajar kat klas aq mengajar murid loser macam aq ni.Dan skang course yang aq ambik kat universiti memang kena main dengan nombor yang sangat banyak.Biar jadi bodoh untuk 5 minit apabila bertanya daripada jadi bodoh selamanya kerana tidak pernah bertanya.

Pemansuhan PTPTN

Yang ni aq kurang setuju.Pendidikan percuma sebenarnya dah lama diterapkan.Biasiswa JPA,MARA sumer tu bukan diorang dapat free ke?Dahlah banyak,free plak tu.Aq selaku peminjam PTPTN kadang2 trasa jeles dengan 'orang2 kaya' ni.Yelah,dahlah lepas bayar yuran yang tinggal pun tak seberapa.Awal2 sem bleylah nak makan Secret Recipe,kang dah hujung sem stok megi gak yang dicari.Ok,ni hakikat.Bukan cter palsu atau rekaan.

Sumer ni bergantung pada rezeki dan usaha kita.Student yang dapat scholarship tu memang tak dapat dinafikan pun diorang memang bijak2 dan rajin2 belaka.Every sem GPA mesti score 3.50 je kan.Dah kau memang layak dapat scholarship pun.Untonglah..

Tapi..tapi..student yang bijak tapi kurang rajin macam aq ni pun bley je taknak bayar pinjaman tu.Kau kenalah dapat 1st Class Degree.That means CGPA final sem kenalah score 3.50 above.haa..mampu??Tepuk dada,tanya selera.

Dah nama pun duit pinjam.Kau pinjam orang kenalah bayar.Setiap sem duit tiba2 masuk dalam akaun bank,kau beli smartphone..beli DSLR lah..belanja awek makanlah..beli handbag gucci..pastu taknak bayar.Banyak cantek muka.Kau klow pinjam dengan Ah Long mampus kena  kejar dengan parang.Pastu confirm kete ke,motor ke..basikal ke kena simbah cat merah.

Yang pasal percentage tu..hmm..ni pe yang aq dah blaja dan aq paham.Disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat dari setahun ke setahun,nilai matawang kita semakin jatuh.Harga barang plak makin naik.Dulu keropok mamee 20sen je.Skang ni standard price 30sen.Klow kat Zoo Negara atau kat Genting Highland lagi cekik darah sampai bley mencecah 50sen.Kenapa keropok mamee?Sebab aq suka makan keropok mamee.

Peneman aq dikala waktu exam.


Personally,riba tu duit bunga yang kau paksa orang bayar lepas kau bagi dia pinjam duit tanpa sebab dan alasan yang kukuh dan untuk kegunaan diri sendiri je.Contoh,kau bagi member kau pinjam RM100.Kau pun setuju dengan member kau sowh dia bayar RM100 je.Duit tu pun kiranya takde pe2 kepentingan untuk kau,macam nak bagi makan anak bini ke..tapi,disebabkan ketamakkan kau dihasut syaitan2 durjana kau mintak member kau bayar RM150.So,RM50 tu dah dikira riba.Dalam kes PTPTN plak,duit tu rewind balik untuk kegunaan generasi baru.Matawang jatuh,harga barang plak makin naik.

Pemansuhan PTPTN tu kurang relevan untuk student yang bijak,tapi kurang kaya dan kurng rajin macam aq ni dan kebanyakkan golongan majoriti student dari kelompok yang sama.Aq pun datang dari keluarga yang bese2 je.Even PTPTN tu duit pinjaman,aq pun kadang2 (slalu je) beli barang ikot kehendak naluri.Sebab aq tau,dah duit ni pun kang aq bayar jugak.Aq confident aq mampu untuk bayar balik pe yang dah dipinjamkan lepas aq graduate nanti.Pergh,lemak r dah pinjam taknak bayar.Ni prinsip aq,kau dah reti berhutang silalah reti bayar balik.If dapat diskaun untuk bayar hutang tu pun dah cukup.

Weyh,klow sumer barang kau nak free..susahlah macamtu.Kita ni klow dimanjakan sangat,semakin naik lemaknye.Kenalah rasa susah sket baru tau pe tu erti hidup. :) 

p/s : Saya tak memihak mana2 pun.Ni cuma sekadar realiti hidup yang dihadapi oleh blogger sendiri. Sekian.Thanx for reading!! :)


Jejak-Jejak Joyah