Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Thursday, September 29, 2011

Cinta Jarak Jauh

As-Salam..

Pe kejadahnye ko nak berjiwang karat petang2 ni?Demam ke?Sketlah..demam rindu..alolololo...geli mak tau!!!*klow aq macam ni,that's mean memang aq tengah demam.. :P

Terbaca isu latest kat magazine kesukaan ramai DARA.COM pasal cinta jarak jauh.Ehem.Ehem.

Mesti sedihkan mengenang orang tersayang jauh di perantauan?susah nak contact.sebulan skali baru dapat surat.pergh,klasik gler macam tu!!aq sendiri pun tak penah nak hantar kad raya kat beliau.=.='

Ok,honestly it's happened to myself too.Tipulah kata tak susah percintaan jarak jauh ni kan.Susah nak jumpa,nak calling2 pun kadang2 je(save kredit sebab lebih gemar bermesej).Memang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kukuh.Tengok kapel2 lain study sesama,lunch sesama.. rasa jeles je.. :'(

Memang tak sangka langsung that kind of thing happened to me sebab memang bajet bolehlah merasa study satu universiti.Tup2 si dia tu(aiceh,spe si dia tu??? :P) dapat offer jadi pilot plak..Pergh,sentap mak tau!!Tinggallah aq sorang2 terkontang-kanting..huhu TT.TT

Mula2 nak trima tu memang susah sangat2.Yelah,ko dengar keje pilot je mesti dikelilingi stewardress yang cun2,pastu dengan life yang agak over-sosial(mostly,but not all of them),kaki huha-huha..macamna ni???

So,ni tips yang aq apply untuk diri sendiri:

1.Sentiasa dekatkan diri pada yang Maha Esa.Solat jangan tinggal.Subuh jangan gajah.
2.Rilex r bro..lu baru kapel,belom kawen lagi..mana boleh dekat2 slalu..
3.Join aktiviti berfaedah.Pegi camping.Berjoyah bersama sahabat handai.
4.Sentiasa berfikiran positif.Takyah nak simpan syak wasangka melampau.
5.Enjoy your life.Jangan nak melayan prasaan rindu2 sangat.Buang masa(duk termenung tengok gambar kekasih hati slama 3 jam),buang duit(dah 24 jam nak call je),buang tenaga(tak makan sehari suntuk)

Dah..takmau sedih2..Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita. :)

p/s:InsyaAllah..ada jodoh adalah tu....kesetiaan,kejujuran dan kepercayaan teras kepada apa jua hubungan.. ;)





Wednesday, September 28, 2011

Chocolate Fair

As-Salam...

Lantaran kesibukkan aq dengan aktiviti2 berfaedah,aq tak sempat2 nak update blog.Ulang alik g klas,makan tido,baca komik,stalk fb orang,meeting kelab..huish,busynye aq!!! =.='

Ok,takmau bising banyak.Aq dapat request dari En.Ikram untuk tolong promot Chololate Fair yang akan diadakan tak lama lagi sempena convocation fiesta kat UIAM nanti.Tahun lepas pun ada jugak dan dapat sambutan yang sangat2 menggalakkan!! :D

Macam2 coklat ada..coklat belgium,coklat prisa strawberi,mint..yang aq pelik durian pun boleh buat coklat.Harga coklat yang dijual pun takdelah mahal sangat.Standard student price.Kang mahal2 takde sape pun yang nak beli.Time tulah bolehlah ko nak shopping coklat puas2.Dan kebanyakkan coklat ni handmade punya tau.So,ada macam2 bentuk yang cute2 sampai ko rasa sayang nak makan.

Lagi satu benda best pasal Chocolate Fair ni,dia buat kat kuliyyah aq.Kat KAED.So,everytime kelas dah habis,aq akan pusing2 satu KAED Gallery ni test coklat free.Agak2 dah puas merasa,baliklah.Esoknye datang lagi(Last2 aq tak beli jugak)*please,jangan tiru aksi keji ini. hehehe :P

So,sapa2 je yang hardcore hantu coklat tak kira ko student universiti mana pun korang dijemput bertandang untuk memeriahkan lagi Chocolate Fair ni.Jom datang ramai2!!! :D

CHOCOLATE FAIR
9TH-12TH OCTOBER 2011
KAED GALLERY,IIUM

ni poster event tu. :)

p/s:Berat aq naik 4kg sebab teroverdose makan coklat...hukhuk TT.TT





Thursday, September 22, 2011

World

As-Salam..

Pe kena plak dengan world ni?world cup ke??aq pun takde nak follow sangat world cup sumer2 ni.Cuma trasa nak berkongsi sket pe yang aq dah blaja hari ni.:)

Ramai manusia fikir dunia semata2.Bangun,celik2 mata pergi keje,balik keje,tido.At the end of the month,dapat gaji,shopping sana sini.Somehow i think,sampai bila nak jadi macam tu??Hidup takde matlamat.Cuma mengejar dunia semata2.

Dunia adalah impian semua orang.Sapa kata taknak kete Mercedes,Volkswagen Beetle yang sangatlah comel,rumah banglo mewah 10 bilik,duit berkepuk2 di akaun bank,shopping tanpa had.Aq pun nak tau.Tapi,kadang2 terfikir mati nanti takde pun nak bawak semua tu.Mati nanti cuma bawak kain kapan kaler puteh yang mana dah standardize,kena tanam 7 kaki dari aras muka bumi sambil bertemankan dua pacak batu nisan bertuliskan nama dalam ic serta tarikh kematian..Huhuhu..

Rumah besar memang best,tapi leceh nak kemas.


alololol...comelnye awak!! >.<

It's sad rite??World is actually nothing.Mak aq pernah pesan,dunia ni cuma bekalan untuk akhirat.:)

Take note:Kejelah bersungguh2 seolah2 anda hidup 1000 tahun lagi,dan beramal lah seolah2 anda akan mati esok hari.Sorry,aq tamak.Aq nak dua2. :)





Wednesday, September 21, 2011

sabar itu derita,tapi ada nilainya

As-Salam..

Sejak dua menjak ni aq tak berapa rajin nak update blog sebab aq busy sebab baru je bukak sem baru.Macam2 hal nak kena setelkan.Plus,aq tengah pening gler2 sebab procedure aq nak tukar course makin susah dan payah. TT.TT

Actually sem ni aq dah masuk 2nd year,tapi baru gatal2 nak tukar course(aq admit memang salah sendiri taknak tukar awal2).Ramai yang sowh aq stay je kat course aq skang ni je,tapi serius aq kata aq dah takde hati.Aq sendiri dah penat nak paksa diri untuk suka course aq skang ni,tapi tak boleh.Lagi aq paksa diri,lagi makan diri sendiri.Once bler aq dah tekad nak tukar,macam2 dugaan plak menimpa.Rasa berat je nak tanggung. :')

InsyAllah,setiap kesabaran itu ada nilainya.Even untuk menanggung itu sangat derita.Usaha,tawakal dan doa.Allah always know the best for us. :')

This song really inspired me.

Always be there-Maher Zain.


p/s:dah2,mode sedih dah berlalu.Jangan lupa datang ke KAEDFEST,macam2 ada!!! :D
*jangan nak berblogging sangat,cepat siap2 pergi talk.huh. =.='





Saturday, September 17, 2011

Henfon Baru

As-Salam..

Dah bersawang2 blog aq ni.Malam ni tiba2 terajin plak nak kemaskan sket.Nak cter pasal aq dah beli henfon baru!!yeah! :D

Berkat usahaku berpenat lelah (plus FAMA dan juga loan2 yang lain),akhirnya aq berjaya jugak mengangkat Sony Ericsson W8.Mula2 berkenan dengan Corby 2,tak jadilah.Touch screen dia lag.Pastu berkenan plak dengan Sony Ericsson X8.Aq usha2 harga lebih kurang je,aq belilah Sony Ericsson W8(upgradelah sket kononnya)

macamnilah aq punya,sebijik.

Lebih kurang setahun jugak aq pakai henfon basic je,so jadi terover excited sket pakai henfon2 canggih ni.Manalah aq reti sangat2 nak main2 touch screen,qwerty kejadahnye semua tu(please,jangan tiru aksi2 orang jakun ni).Belek sana,belek sini.Mula2 tak puas hati jugak sebab aq tak dapat beli dengan harga yang aq deal (mati2 promoter tu tipu aq.),tapi pas seminggu memilikinya aq rasa sangat2 berbaloi!!yeehaa!! :D

Henfon ni bukan sekadar henfon je,dia android plus walkman.Sound dia memang bestlah untuk orang2 yang kurang pendengaran macam aq ni.Cakap 40 kali baru nak dengar.Features dia memang cun,sebab yang aq beli ni kaler biru dan sedap digenggaman tangan.Bentuk yang comel dan funky.Function dia best plus boleh download macam2 apps kat android market.Boleh skype FREE dan whatsapp FREE(if ada wi-fi FREE jugak ye.)
Tapi,kamera dia tak berapa cun sangatlah.Dah nama pun henfon je,nak gambar cantek kenalah gne DSLR ye tak???

Tadi baru download apps ala2 lomo gitu.nilah hasilnye.. :)
*takat2 gambar syok sendiri bolehlah.. ;P


Ni Johny Jawa.

p/s:aq baru tengok movie Johny English Reborn yang Mr.Bean berlakon tu dengan En.Amal Aziz.Superb!!Wajib tonton wokeyh!! :D

\

Monday, September 12, 2011

Hakikat yang pahit

As-Salam...

Setelah habis lemang2,rendang,lodeh,burasak dan segala juadah hari raya maka telah tibanya waktu kembali ke alam persekolahan.Amboi,ko tak pas2 lagi spm ke??4 bulan cuti woo..baru je start new sem.Aq yang dulu bermastautin seketika kat kampung sekali lagi terpaksa menghadapi hiruk pikuk kota metropolitan ni.Pergh,ayat sastera gler!!hahaha

Aq dengar member2 aq kebanyakkan semua dah masuk 3rd yearlah,ada yang nak habis..Even En.Amal aZIZ pun habis study hujung tahun ni.Bler orang tanya aq,aq jawab..ko tak payah tanya.Buat sentap jiwa gua je.Student di universiti lain mungkin takkan merasai keperitan blajar 4-5 tahun untuk memegang segulung ijazah di UIAM.Mula2 nak telan hakikat ni memang payah.Orang lain dah sibuk2 keje,kita baru je graduate kan..Take time jugak nak trima benda ni,kena plak aq pun gatal2 nak tukar course.Lagilah lama aq bermukim kat UIAM ni.. TT_TT

Dah malas nak fikir berapa tahun aq blajar.Sumpah,malas.Yang aq tau lambat ke cepat aq kena kawen dulu.eh??ops!!!ke lain plak.. :P
yang penting aq dapat gak pegang ijazah tu.Benda normal r duk lama2 kat universiti ni.Bley huha-huha lama sket.Bley blajar2 lebih sket.Please,jangan kecikkan skop minda anda.Time study pun bley keje jugak,bley nak berkeluarga jugak(tahniah kepada rakan).Loan ptptn tu tak payah nak pulun habis beli benda bukan2,tapi melabur sket kat ASB ke.Agak2 dah habis study tu,bley guna duit tu bayar balik hutang ptptn.Dunia ni luas,jangan sempitkan. :)

p/s:Dah takmau stress2,g study btol2 dan slamat berhuha-huha!! :D
*nak join banyak aktiviti kat..bley dapat jalan2 free,makan free,cuti dengan alasan kukuh..best2! :P


\



Jejak-Jejak Joyah