Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Saturday, December 22, 2012

B.D.V - Membeli Sambil Menderma

As-Salam...

Harap maaf kepada sumer warga readers diatas kemalasan aq untuk update blog ni.Busy dengan assignment dan segala macam jenis program.Final exam pun dah tak lama je lagi,Sabtu next week 1st paper aq.Tapi harini aq takde mood nak study.hehe.So,harini aq ada mood nak update blog plus aq dah janji dengan member aq.Pe kah janji itu?hehe :P

Ok,sebenarnya dah lama member aq,Adlyka mintak aq introducekan dia punya blogshop.Ni bussiness online member aq tu dengan adik dia.Serius,aq tak tipu memang cool gler idea minah ni! :D


Sambil anda membeli,anda juga menderma!50% of your money buying stuff from this blogshop will be donated!Agak rare jumpa blogshop yang buat konsep membeli sambil menderma..

Baju-baju dia sumer comel-comel!Argh,super kawaii!!! >.<

Skirt blouse.sweet je.



Hoodie style.


Baju macamni tengah hot.Pe orang panggil..pepelam?peplum. :P

Polka dot & ribbon!!


For those gurls yang suka ala-ala korean style ni,baju-baju macamni sangat sesuai dengan korang!!
Skang ni tengah ni pun diorang tengah buat sale!!& FREE POSTAGE!!!wohoo!!

Tak payah susah2 nak pergi shopping mall,meredah jam ,bayar tol dan parking semata-mata untuk sehelai baju.Nak tengok lagi baju-baju diorang yang awesome ni?Silalah klik SINI.
Ni plak facebook page B.D.V (BuyDonateVolunteer)

Ok,selamat bershopping dan beramal!! :D

P/s: Skang ni member aq tu tengah bercuti kat Iceland.Weyh,jangan lupa souvenir aq!!haha :P


Saturday, November 10, 2012

Tips Kulit Chantek

As-salam...

Ok,hari ni aq agak rajin nak update blog.Ada mood,wifi pun laju.Idea pun bagaikan mencurah2 ke ladang gandum.Amboi,hyperbola btol ayat.Nak show off ko dapat A dalam SPM r tu.Owh,tu cter sumer dah basi.Argh,pedulikkan.

Skang ni banyak sangat  produk2 kechantekkan.Jangan senang tertipu r dengan iklan2 photoshop tu.Pakai 3 hari kulit muka terus nampak flawless.Tipu sangat,kadang2 tu ada plak harga gler mahal tapi efek tak semegah mana pun.So,takmau membebel banyak kita terus ke tajuk utama.Aq nak bagi sket tips2 kulit chantek dan sehat.Simpel,murah dan jimat!! :D

1. Basuh tangan sebelum pegang muka.
Yes,ni memang pantang yang sangat2 perlu dijaga.Jangan ko dah pegang itu ini,pastu terus pegang muka,No!no!no!jangan weyh...bahaya.Kot2,ada yang baru kuar toilet,tangan tak sempat basuh nampak jerawat terus gatal tangan nak picit.Kang makin merebak jerawat tu.Basuh tangan dulu,baru pegang muka.

2.Lap muka dengan tuala bersih.
Benda ni pun basic jugak.Yelah,dah cuci muka bersih2 pastu lap plak dengan tuala mandi 2 minggu tak basuh.Pergh,mau berkurap muka tu.Klow malas,beli tisu banyak2.Dah guna terus buang.



3.Cari produk yang seswai dengan muka.
Tak perlu yang mahal2.Klow mampu takpe,tapi klow tak mampu jangan buat2 mampu sampai semata2 nak beli cuci muka ko tak cukup makan.Tu kesian namanye.Paling parah,dah r beli mahal2.pastu tak seswai plak dengan kulit muka.Tak sumer produk mahal tu elok dan tak sumer produk murah tu hampeh. Honestly bagi aq r..produk2 yang dari US,UK dan seumpanya tak seswai dengan kulit orang Asia.Maybe seswai dengan diorang,tapi bukan kita.Klow produk macam dari Jepun,Korea..seswai dengan kulit orang Asia.Tapi,kena rajin baca ingredient dia.Klow tak paham pe benda dia tulis,google.Cari info pasal produk tu.Kot dia letak gelatin kulit bab*,tak ke naya tu ko kena basuh muka guna air tanah plak.So,nak selamat cari produk yang berunsurkan tumbuh2an dan alam semulajadi.Skang ni pun dah banyak produk tempatan,harga pun murah.Cari je yang mana berkenan. :)

Aq cuma pakai sabun ni..

& krim ni...



4.Cuci muka bersih2 pas mekap.
Ni satu lagi.Sehari suntuk mekap 8 inchi,balik rumah penat2 terus tido.Sekali sekala oklah,tapi klow slalu mau parah kulit.Seelok2nya,sebelum cuci muka tu..guna make up remover untuk buang sumer kesan2 mekap,pastu baru cuci muka bersih2.Malam2 tu tak payah nak mekap2 bagai.Bagi ruang untuk kulit bernafas dengan sehatnye.

Aq guna yang ni.Seswai untuk tanggal mekap dengan mudah & pantas.

5.Jaga luar,kena jaga dalam jugak.
Kulit nak sentiasa anggun menawan,dalaman pun kena jaga.Oklah,tak tipu aq ada ambik supplemen.Nama dia lechitin..Sebenarnya,aq ambik supplemen ni untuk otak (sebab daya ingatan aq dah tahap pre-alzheimer).Selain untuk otak,lechitin ni jugak bagus untuk kulit.Nak tau lagi,bley refer kat SINI.Bila sistem dalam badan pun elok,kat luar pun mesti chantek. :)

nilah hasilnye.. :)


Tips2 ni bukan untuk akak2 je tau,abang2 pun boleh apply jugak (except yang no.4 tu :P).Bak kata Rozita Che Wan,nak chantek kena rajin.Sebab tu klow tau umur sebenar dia ko akan panggil dia makcik,tapi sebab dia cantik ko tak sanggup panggil dia makcik tapi panggil dia akak.Meletops u'olls.

Nak chantek kena rajin u'olls.

P/s: Tak kesah kulit hitam manis atau putih jelita,yang penting hati mesti mau baik punyerr.
Baru bley kata perfect beauty. ;)




Thanx for reading!! :D

Wednesday, November 7, 2012

Problem???

As-Salam...

Setelah kesekian kalinya,aq muncul kembali dalam dunia blogging.Aiseh,ayat macam artis suam2 kuku buat coming back je.Aq kepupusan idea nak update entry baru.Pastu line internet plak slow macam siput.Tu yang malas nak update.Terus takde mood..

So,memandangkan wifi skang ok aq pun mengambil inisiatif nak update dengan entry yang baru dan lebih segar.Ehem2.

Hari ni aq nak cter pasal masalah.Orang kampung aq sebut problem.Dah pe hal ribut takde,taufan takde nak cter pasal masalah?Argh,suka ati aq r aq nak cter pe.Aq bukan nak cari masalah,tapi nak cter macamna nak menghadapi masalah dengan hati yang tenang.




Honestly,aq ni jenis cepat menggelabah bler ada problem yang tak semena2 datang.Tapi,pastu aq ok je.
Hati yang tenang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada adalah kunci utama kebahagian.Cewah,ayat sket tak bley blah.Tapi kat situ ada btolnye.

Tengok je contoh orang2 kaya ni lagi2 plak yang kedekut (bukan sumer,tapi ambik contoh je),hati sentiasa tak tenang.Takot duit hilang,hutang kad kredit,hutang rumah,hutang kete sampai 4-5 biji...Nak bagi makan anak bini lagi..Ada jugak orang yang tak berapa kaya,tapi dia sentiasa bersyukur.Hidup dia cukup2 je.Kete pakai bese2.Hutang takde,makan cukup,tido cukup.Hati pun senang.

So,spe2 yang tengah ada problem skang ni tak payah nak gelisah sangat.Take your own time to relax.Klow aq punya cara nak relax aq suka makan coklat,tengok cter2 lawak,baca buku motivasi..klow dah taktau nak   buat pe,aq tido jelahBuat something yang korang suka,tak payah ambik peduli pasal masalah tu buat sementara.

Ni feveret aq,time rasa tension.Oppa Gangnam Style.

Rasa2 dah tenang sket tu,barulah buat keputusan untuk setelkan masalah yang belom selesai tu.Masalah yang diselesaikan sebenarnye batu loncatan untuk kita jadi lebih matang.Ala,macam kau main game,dah lepas satu level naik satu level lagi kan.Makin lama,makin expert dan paham macamna nak menghadapi masalah tu.Satu lagi,sebagai orang Islam jangan lupa kte ada Allah.Sentiasa mintak petunjuk dariNya. :)

Al-Quran is the best medicine for heart. :)

Oklah,internet dah makin slow.Orang dah makin ramai yang online.Aq chow dulu!! ;)



   

Friday, August 17, 2012

Raya Datang Lagi

As-salam.. Pejam celik,pejam celik dah nak habis dah bulan Ramadhan.Jap je rasa.Klow dah nak habis pose ni,maknanye dah nak raya lah kan??Yeah!Raya!Raya! :D

Amboi,semangat kau klow nak raya.Cuba klow puasa,melepek macam tapak sulaiman tak cukup air.So,u'olls sumer ni dah bayar zakat,dah beli baju raya?Yang mana on the way nak balik kampung tu.hati2 lah di jalan raya.Ingatlah ketupat lemang yang bakal menanti di pagi raya.eh?Yelah,kang klow raya kat hospital kan tak best tak dapat makan ketupat..lemang..kuih raya..hehehe :P

Takmau cter banyak pun,tapi nak cter jugaklah.Boleh dikatakan tahun ni punya bulan Ramadhan agak mencabar bagi aq.Adik aq sakit sampai tak boleh nak berjalan.Pastu,ada pompuan gler yang kcow kehidupanku yang aman damai ini dengan menabur fitnah cakap aq yang bukan2.Ikutkan hati nak je aq hantar santau kat minah gler tu.Tapi aq tau,sumer tu perbuatan khurafat lagi syirik.Aq pun masih waras lagi.Maka,biarlah Allah memberi balasan yang selayaknya atas perbuatannya itu.Amin.Syukur alhamdulillah,everything is going better than expected.Adik aq dapat berjalan semula seperti sedia kala.Klow dulu nak shopping kat Econsave kena duduk dalam troli,skang ni dia dah boleh jalan.hee :)

Oklah,dah takde benda aq nak cter lagi.Ni kad raya aq yang tak seberapa untuk semua readers,likers dan jugak followers aq.Thanx a lot for your support! *pergh,ayat macam dapat Anugerah Bintang Popular je. :P

Kad Raya 1

Kad Raya 2

Akhir kalam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin. :)


Monday, August 13, 2012

Raya Owh Raya

As-Salam...

Dalam diam tak diam,jap je dah nak raya.Aq rasa aq baru je update blog hari tu.eh?Dah lama aey??Hehehe..Takpelah,blog cikai macamni sape jelah sudi membaca..*argh.kau tak sudah2 merendah diri kononnya diri itu bajet tinggi sangatlah kan. :P

Dah tak berapa hari nak raya ni..ada tak sesape lagi blom beli baju raya?kasut raya?aq?dah beli dah..hari Sabtu hari tu kat Jalan TAR.Macam nak mampus punya ramai orang.B***ot berlanggar b***ot r senang cter.(sila isi tempat kosong dengan huruf yang sepatutnye)Memang mencabar keimanan sampai trasa macam nak bukak pose je.hee.Sumer pakcik makcik,uncles and aunties sumer duk sibuk belek2 baju raya untuk anak2.Yang aq ni pun taknak kalah jugak,datang duk semakkan lagi Jalan TAR yang dah sedia semak tu.Owh,aq g dengan En.Amal Aziz.Kitorang decide nak shopping kat sana sebab bley tawar-menawar.Bak kata abang jual samping kat area Jalan TAR tu,kualiti pavi (pavilion) harga Mydin.Haa,mampu kau??hahaha

Lebih kurang macamni lah sesaknye Jalan TAR. 
*Import dari google je..Xde gmbar sndri.tak sempat ambik..=.='


So,sebulan duk gaduh dengan En.Amal Aziz,aq pun ikut jugaklah kehendak dia nak baju raya tahun ni tema kaler merah.Warna feveret u'olls.Memandangkan aq tak penah ada baju raya kaler merah,so ok jelah.Tema baju raya dengan famili kaler oren.Jubah kaler hitam satu.Meriahnye tahun ni.Takdelah,baju2 sumer tu bley kata nak pakai untuk jangka masa yang panjang.Aq g klas pun slalu pakai baju kurung,jubah tu pun 1st time aq beli.Ok,fine.Kena alter bawah sket.Hmm. =.='

Masa jejalan kat Jalan TAR tu kan,macam2 gaya orang pakai tudung.Hana Tajima,Yuna,Najwa Latif..kau sebut je.Confirm ada.Aq rasa macam....woah,terernye diorang maintainkan gaya tudung diorang tanpa sebarang cacat cela!!Aq pnye tudung memang dah serabut habis.En.Amal Aziz cakap klow datang sini nak mekap2 sumer tu tak payahlah,cair habis.Klow nak mekap2,g jejalan kat KLCC.

So,hasil bershopping kat Jalan TAR..maka dapatlah aq beli sepasang baju kurung,2 helai tudung dan skirt.Pastu aq belikn jugak ibu aq blouse.En.Amal Aziz plak beli sepasang baju melayu,samping,songkok dan butang baju Melayu.Complete set,harga sumer tawar baik punya.hehehe ;D

Oklah,setakat ni je dulu cter aq pasal shopping raya.Nanti dah raya,baru kite tunjuk baju raya kite aey... :P

p/s:Ramadhan yang berbaki ni perbanyakkanlah lagi amal ibadah.
Eh,zakat dah bayar??? :)




Thursday, July 19, 2012

Revolusi Spek

As-Salam..

Berkurun lama aq tak mengupdate blog tak seberapa ni.Apakan daya,mood takde.Balik2 bukak fesbuk,stalk orang,usha blog orang.Tapi idea2 bernas tak muncul2 jugak.Kena plak rumah aq ni dah kat seminggu takde air,nseb jelah hujan hari2.Alhamdulillah. :)

Baru je dua hari lepas,spek(cermin mata) yang aq tempah siap.Boleh kata tiap2 tahun jugaklah aq tukar spek,nak ikot peredaran zaman (kononnye).Ntah bapak aq tiba2 mood dia baik plak,aq saje nak mintak sponsor untuk buat spek baru..terus je hulur duit.hehehe :D Maka,dengan muka tak berapa nak malu,terus ambik duit tu dan terus ke kedai spek untuk membuat spek...lalalalala

Klow ikot tahun ni,dah 9-10 kali jugak(aq tak berapa ingat) aq tukar spek since dari aq darjah 5 masa mula2 pakai spek dulu2.
Bila tengok balik gambar2 lama.ya Allah...huduhnyelah muka aq.Pakai spek frame bulat.Muka pulak bulat.Memang patut member2 aq masa darjah 5 dulu panggil aq Doraemon.Doraemon pakai spek Nobita.Huh,sungguh kejam mereka kutok aq sedemikian rupa.*memang burok pun.. sila trima hakikat.TT.TT

Ko bayangkan Doraemon ni pakai spek macamna??


Masa tu aq darjah 6, dah masuk kali ke-3 tak silap tukar spek (yang ke-2 patah,tak sampai 3 bulan pakai).Zaman frame besi.Hipster sumer2 tu tak wujud lagi.Dari spek bulat,tukar ke bentuk bujur2.Nak ubah bentuk muka sket.Aiseh,berlagak kau pakai spek.Muka ala2 genius gitu.Padahal time kelas kuat memekak je.Ada satu hari tu aq kena debik dari blakang dengan cikgu disiplin sebab memekak tahap maksima,member aq yang duk sebelah tak bagi signal pun cikgu datang.Skali dia pun kena.wuahahahahahaha!!hambik ko! :P

Dah masuk tingkatan 2,aq mula berevolusi dari frame besi ke frame plastik.Bapak aq yang memang dari dulu sebagai sponsor utama pembekal spek aq ni bertanya.. "Apsal tak pakai frame besi je.Kan lagi tahan",aq dengan penuh konfiden pun menjawab.. ''Frame besi cepat bengkok,frame plastik ni tak boleh bengkok.Dia terus patah".Bapak aq yang sedkit bengang dengan jawapan over konfiden aq tu pun membalas.. "Kang klow patah,abah dah taknak ganti.Gasak kau lah".


Ok,abah.Fine.Fine.



My second plastic frame speck.*Ni gambar 2009.Aq kurus lagi masa ni.Dem!Dem! TT.TT


Power spek pun makin bertambah2,dari 200++ sampai skang ni 500++.Dari bulat kebujur,besi ke plastik..Aq pun mengambil langkah yang lebih ke hadapan,pakai spek yang berbentuk petak,kaler white-silver,besi+plastik.Kelas kau mak jemah.Lama jugaklah bertahan spek tu bertahan,setahun lebih.Pastu aq pun tukar ke spek yang lebih simple,tapi masih anggun bergaya.Ala2 hispter.



Ni masuk tahun ke-4 aq pakai spek frame fully plastik.Masa skolah2,tak berani sangat nak ambik kaler striking.Just common kaler macam coklat gelap.Berani sket,ambik kaler purple gelap..Paling brani..TADAA!!! Purple cerah u'olls.. 

Muka aq yang innocent tanpa spek.Pernah dituduh tido ketika meeting. =.='


Mata kelihatan besar sket.Sket jelah.


Ni spek baru gua!!yohohohoh! :D 

Contact lens aq pakai jugak,tapi tak kerap sangatlah sebab leceh sket nak pakai lens ni.Klow pakai spek ni dapat menyembunyikan mata aq yang sepet dan eye bag akibat kurang tidur mahupun terlebih tidur.

Wokeyh,setakat ni jelah aq mengarut.Lain kali ada cter best aq update lagi.Bye!Bye! :D

Thanx for reading!
Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa.:)






Saturday, June 30, 2012

Terlampau Sudah

As-Salam...

Awak sehat?Lama tak dengar cter..hehehehe
Ececech..bajet ayat nak usha aweklah konon.Euw..poyo je. :P

*Harap maaf,entry ni ada sket kelucahan bahasa. :P

Dalam beberapa hari aku tak mengupdate ni adalah kerana ke-busy-an dan juga kepenatan bekerja.Yep,kerja kat fast food restaurant.Aku memang plan nak buat part time pun sebab cuti yang ada ni tak elok dibazirkan + aku nak kumpul duit beli DSLR Canon 550D.

Tapi,baru je 3 hari ni aku decide untuk berhenti.Sebabnya??

1.Aku kena tegur sebab berak lama di waktu pagi.
2.Aku dengar cter dari staf lama kat situ dia nak solat Jumaat pun susah.
3.OWNER restoren tu adalah seorang MELAYU dan ISLAM.


Aku sebenarnya tak kesah sangat pun penat2 keje ni.Standardlah keje penat kan.Tapi aku cukup pantang klow bos besar melarang keras untuk aku menunaikan solat or even aku nak berak.Benda ni dah memang wajib,tak boleh tak buat.Masa nak berak bukannya kita tau timing dia bler.Dah klow sakit perot time2 busy tu,pe slah pergi jap ke toilet.Takkanlah nak berkira sangat kan.Kang tak buang,penyakit lain plak datang.Dan klow dah sembelit tiga hari berak 5 minit mana cukup,kurang-kurang pun mau 15-20 minit.

Dulu masa aku buat part time jadi promoter pun,memang bos ada bising jugak pasal waktu solat.Tapi aku rasa boleh trima lagilah sebab bos tu non-Muslim.So,maybe diorang tak paham sangat kita punya waktu solat tu macamna.

Lepas je kena tegur macam tu,baik aku terus je berhenti dari kena mentally abuse setiap hari.Bos ni plak jenis kuat komplen dan tak suka nak dengar pendapat orang lain.

Adalah hari last aku keje tu,aku jawab call ibu aku.Terpaksa angkatlah sebab ibu aku yang call takot2 adik aku lagi teruk ke.Ibu aku memang jarang call pagi2,so bler call tetiba tu buat hati rasa cuak je.

Yes,aku tau time keje memang tak boleh nak main henfon.Tapi bila dah melibatkan hal emergency,takkan tak boleh nak consider sket.Bos tu nampak aku,dia sound aku macam aku ni budak tak paham bahasa.Aku cakap ni emergency call,tapi dia macam tak boleh nak trima.Sumpah,gua bengang gler.Dalam hati masa tu,klow ada sape2 mati,takkan tak boleh nak angkat henfon?

Huish,dari aku keje buat dosa kering je sebab kutok bos, baik aku berhenti.Tiga hari aku keje ni pun aku tak tuntut gaji aku.Gasak r.Tak sanggup aku nak menghadap dia.

Aku bukan nak cakap apa,tapi staff dia sumer baik2.Cool dan relax2 je.Diorang sangat welcoming aku masa mula2 aku masuk keje tu.Sayang sangat klow bos tu tak reti nak appreciate staff yang baik2 macam diorang.

Ok,ni research yang aku buat hasil pertolongan dari En.Google pasal etika Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management ethics):

The unethical practice of Human Resource Management itself has also hit public attention:
* Off-shoring and exploiting ‘cheap’ labour markets;
* Using child labour;
* Reneging on company pension agreements;
* Longer working hours;
* Increasing work stress;
* The use of disputed and dubious practices in hiring and firing of personnel.
It has been shown that just as consumers’ perception of the ethics of a company
can affect sales, so the views of its investors will affect its share price. Similarly, 
it has been suggested that poor standards of conduct emanating from the top 
management affect employee motivation and commitment to organisational goals
(Schramm, 2004).


Dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.
Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini
  1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
  2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
  3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.


Pasal gaji pulak,kiranya kat area kampung2 aku ni takdelah tinggi mana.Standard RM2.50 sejam.

RM2.50 X 8 hours = RM20.00
RM20.00 X 26 days (4 days off) = RM520.00
#elaun kedatangan = RM100.00
#OT = RM150.00
Total Salary= RM770.00
#Socso = Deduct RM100.00
Net Salary : RM 670.00

Ni estimating salary for permanent staff.Klow untuk yang bujang nak sara idop sorang2 bolehlah.Tapi yang ada anak sampai 5 orang macamna?

Aku punya salary yang dipersetuju RM650.00 (termasuk elaun kedatangan).Aku pun takde nak sara sape2.Aku rasa ok,sebab keje 8 jam je .Penat tu tak kesah sangat,tapi paling tak tahan dengan azab mulut bos tu.Nauzubillah.

Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya
  • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
  • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)
2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam
3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan
  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputikepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.
5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
  • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
  • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
  • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak
Aku ada cter dengan bapak aku,bapak aku cakap.. 

"Dalam 10 jari ni,setiap satu ada tugas masing2.Apatah lagi manusia.Bukan sumer orang baik''

I'll take note about that and if one day i'll be the boss,insyaAllah i'll treat my staffs equally and nicely. :)

p/s: Alhamdulillah,adik aku dah kluar hospital. :) 

Monday, June 25, 2012

Diskriminasi

As-salam..

Malam ni tetiba mood aq terajin nak mengupdate blog.Padahal aq tak siap lipat kain lagi ni.Dua hari punya stok baju lima orang punya pakai(semalam hujan,baju tak kering).Penuh bakul.Sebab rumah aq takde bibik ,maka aq lah bibik di rumah ni.Korang yang ada bibik kat rumah tu,jangan memerintah je kejenye.Sesungguhnya menjadi bibik mahupun suri rumah sepenuh masa sangat memenatkan.

Dah,membebel plak aq ni.Dah berjangkit mak2 punya penyakit r ni kuat membebel.Oklah,kang aq membebel berepisod plak entry ni.Tak habis2.Aq nak cter sket pasal diskriminasi.

Perkataan diskriminasi ni aq kenal masa aq skolah menengah.Masa skolah rendah dulu jahil2 lagi,mana nak paham apa tu diskriminasi.Tapi bila dah meningkat dewasa,sebenarnya aq dah lama mengalami prasaan diskriminasi itu.Cewah,ayat ko sket tak boleh blah.

Diskriminasi 1

Dari kecik lagi,aq ingat lagi aq slalu dibuli dari segi emosional.Orang slalu menganjeng aq gemok.Aq takdelah gemok sangat pun,maybe sebab diorang yang kata aq gemok tu sebenarnya diorang tu prasan kurus atau tak cukup makan,badan melidi je.Sumer tu hanya kerana hasad dengki sebab diorang takde daging dan lemak lebih macam aq.




Tipulah aq tak penah berusaha nak kurus.Tapi apakan daya,dah memang jenis rangka lebar nak kurus pun susah.Kena plak aq jenis kuat makan,memang takde harapanlah nak badan macam Erra Fazira.


Jusmate 5 aq tak penah cuba lagi.Kot2 Dr. Rozmey nak sponsor aq jadi duta dia ok gak. :P

Dulu-dulu memang aq tertekan jugak bila ada orang mengata aq gemok,tapi skang aq tak ambik kesah.Aq ada simpan satu tekad,klow aq nak cari bakal suami orang tu mestilah tak kesah sape aq.Boleh terima aq seadanya.Buat apa klow bakal suami ko tu suka ko sebab ko cantek,sebab ko kurus langsing macam Megan Fox.Kang dah kawen,beranak sumer,berat naik..laki ko pun komplen kata ko dah tak cantek mula nak cari pompuan yang lagi bergetah.

Diskriminasi 2

Honestly,aq rasa menyesal jugaklah masuk UIAM.Bukan tak best,tapi susah nak grad.Banyak subjek ko kena ambik.Sape jelah hati tak berbulu tengok geng2 skolah sumer dah nak grad..nak keje..aq plak tersadai lagi..


Student UIAM je yang paham prasaan aq ni kerana mereka juga mengalami naseb yang sama.Tapi,susah2 tu jugaklah sebenarnya yang banyak ajar aq untuk jadi lebih tabah.Banyak faedah bila dah lama kat u ni..dari seorang yang liat nak solat,aq rajin2kan diri nak tunaikan solat 5 waktu..dari seorang yang loser english tahap gaban,skang ni aq bolehlah nak speaking dengan student foreigner.Banyak lagi benda yang aq nak perbaiki diri ni..

Even hati ni masih lagi berbulu bila tengok orang lain dah nak grad,tapi aq tetap tabahkan hati untuk meneruskan perjuangan yang berbaki untuk bergelar graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.*ehem.

I want to be part of you!! :)

Challenge yourself with the most unwanted choice,and you will get the unpredictable result if you win the challenge.Keep strong bebeh!

Diskriminasi 3

Ni paling aq tak puas hati.Memanglah student tajaan JPA dan MARA dikatakan bertuah sebab sponsor diorang sumer kaya-kaya dan baik hati.Ok,aq memang trasa bler tengok member2 yang blaja kat oversea mampu melancong dan beli gajet2 mewah(aq tak pasti dari mana sumber kewangan tu).Sedangkan student PTPTN bagaikan merempat di negara sendiri.Nak balik kampung kat Johor ni pun duk berkira2 bajet.Yelah,kena plak aq ni dilahirkan dari keluarga yang serba sederhana.Sumer cukup2 je.

Alhamdulillah,aq bersyukur dengan rezki yang ada.Cuma rasa sakit hati bila orang susah disusahkan lagi,orang senang lagi bersenang-lenang.Mana taknya,budak2 MARA dan JPA adalah tajaan,manakala PTPTN adalah pinjaman.Kena plak bayar extra dari yang dipinjam.Sebagai negara berdaulat,aq rasa patut yang senang kena tolong yang susah. :)

*ni secara general je.

Aq bukan nak mengharapkan simpati dari sesape,tapi cuma nak meluahkan apa yang dah lama terbuku.Segala isu berbangkit adalah luahan hati seorang student yang baru-baru nak blaja tentang hidup.

P/s : Awak,jangan trasa tau apa kite cakap.I'm sorry. ;P


THANX FOR READING!! ;D


Saturday, June 23, 2012

Hard and Easy

As-salam... Ya Allah...berkurun dah aq tak mengupdate blog aq ni.Ceh,bajet blogger femes plak.Takpe,aq prasan sorang2..

Rasa-rasa ada r kot dalam sebulan lebih aq tak update blog aq ni since nak start exam aritu(bulan lepas).Sampai result pun dah kuar.Argh,jangan di ambil pedulik pasal resultku.Just ok-ok jelah.Takde failed.Syukur alhamdulillah... :)

Tapi ada jugak cter yang tak berapa nak best.Adik aq sakit kena radang saraf sampai dia tak boleh nak berjalan.Masa mula2 kena tu,nak gerak kaki pun susah.Skang ni,dah ok sketlah.Dia still lagi kat wad masih dalam rawatan kat Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu.So,kat sni aq nak mintak jasa budi baik sesape yang terbaca entry ni untuk doakan semoga adik aq,Muhammad Farhan bin Mokhtar cepat sembuh.Amin..insyaAllah.. :')

Sebab tu jugaklah aq buat keputusan untuk drop shortsem yang sepatutnya aq ambik bulan depan.Ibu aq jaga adik kat hospital,sian plak tengok bapak aq jadi suri rumah sepenuh masa.Takpelah,bleylah klow aq nak tolong apa2 yang patut selama 2 bulan aq cuti ni..:)

Dari hari Selasa aritu,sampai Jumaat semalam aq g KL sebab nak berangkut sumer barang2 yang tersimpan dalam stor kat hostel tu.Risau aq klow tinggal barang lama2 kat stor kang tak pasal2 sumer barang kena sita.Thanx sangat2 kepada Cik Juju sebab sudi menumpangkan barang2 saya.Nanti I blanja u makan ok. :P

Alang-alang dah ke KL,haruslah berjumpa dengan En.Amal Aziz yang dikasihi.Memandangkan beliau kini dah jadi orang kuat CapeTown Cafe,maka tak sahlah klow aq tak menyebok untuk menikmati hidangan
lazat lagi menyelerakan.Yang bestnye,restoren ni dah selamat di-shootingkan untuk rancangan 'Jalan-jalan Cari Makan'.insyaAllah,ni untuk season baru yang bakal ditayangkan pada bulan Julai nanti.

Ok,benda yang buat aq excited tahap gaban sebenarnya Iqram Dinzly jadi pengacara untuk season baru Jalan-jalan Cari Makan' ni!!wohoo!!Aq memang minat dia..(*blushing).Tapi masa jumpa aritu,I'm speechless.Seolah-olah macam jumpa crush yang dah lama tak jumpa,tak reti nak cakap apa (nyaris2 terlupa En.Amal Aziz).hahahaha!! 

*Honestly,aq tak bley deny beliau memang hensem.Goyah jap. -..-

So,sesape rasa nak makan western food ke,malay cuisine ke anda sumer sangat2 dialu-alukan datang ke CapeTown Cafe ni.Makanan dia sumer sedap2.Paling aq suka dia punye grilled chicken dan lassie.Superb!
CapeTown Cafe ni ada 2 branch,satu kat area Ara Damansara dan satu lagi kat Sunway-PJ.

Sesi penyerahan plaque 'Jalan-jalan Cari Makan'.Yang sebelah tu anak tokey restoren ,Aiman Syamsul.

Oklah,bapak aq dah bising sowh g masak nasi ni.Nanti ada masa,aq rajin2kan diri untuk update blog ni dengan entry yang lagi hot dan lebih sensasi! *pergh,promot lbey..

p/s :En.Amal Aziz ada bagitau aq benda ni..
''Bagi kte,tak sumer benda kat dunia ni senang..ada susahnye.Bagi awak plak,tak sumer benda kat dunia ni susah..ada senangnye.Sebab tu agaknye kte dipertemukan.''

*Thanx for the very inspiring words. :)


THANX FOR READING TOO MY BELOVED READERS!! :D





Tuesday, May 15, 2012

Short entry:Muka cantek,mulut longkang.

As-Salam...

Amboi-amboi..sedap ko nak kata aq mulut longkang aey??Ko ingat ko tu bak sangat ke??Eh,yang ko sentap sangat tu dah kenapa?Ada aq cakap ko??Bukan-bukan..orang lain.Ko baik je kan..kan?? ;)

Beberapa bulan yang lepas,aq adalah terserempak dengan hamba Allah ni.Muka bleylah tahan,tapi mulut dia..mengalahkan bau longkang busuknya!Bukan sebab tak gosok gigi 45 hari,tapi sebab tak reti jaga percakapan.

Mulut longkang 1.


Sangat-sangatlah tidak manis,terutamatanya golongan hawa bermulut longkang.Aq pun takdelah kata aq baik sangat,tapi aq rasa nak sound orang kat public dengan kata-kata cacian amatlah tidak manis skali.Pastu nak jerit-jerit bagai.Nak post kat fb konon-konon ko sorang je hebat,ko sorang je betol.Sungguh tidak senonoh skali perbuatan itu.

Mulut longkang 2.


Aq takde pun nak sound balik dengan kata-kata makian kat insan yang terbabit,cuma nak tegur klow diteruskan perangai macamtu amatlah tidak disarankan.Lebih baik sila ubah perangai anda sebelum terlambat,sebelum orang lain dapat hidu perangai sebenar anda.Agak-agak nak bercaci makian sumer,adalah lebih baik anda meluahkan prasaan itu kepada sahabat handai yang terdekat.(sebab aq pun buat macam tu jugak.hahahaha!!)Muka dah cun,perangai jugak haruslah cun.Sikap hipokrit yang nak tunjuk baik depan orang-orang tertentu je haruslah diubah,dengan orang lain yang tak suka tu buat taktau jelah.At least,keep the respect to yourself.Mendedahkan aib orang seperti mendedahkan aib sendiri.Nak tegur,tegur elok-elok.Tegur cara baik.Tegur depan-depan(face to face),bukan sound depan orang ramai.


Contoh 1(sound depan orang ramai):

A:    Woi A,ko ni busuklah!!
    B:     Ko ingat ko wangi sangat?
 C(Strangers) : Yang A nak kutuk2 B ni apsal,dia wangi sangat ke?Busuk jugak aq bau.

Contoh 2(sound face-to-face,cakap baik-baik):

A: Awak,bau awak kurang menyenangkanlah.
B:  Ye ke?Patutlah boipren saya dah takmau dating dengan saya.
A : Takpe2,nanti kita cari deodorant sama-sama aey. ;)

See the differences??Kan lagi manis nak tegur tu cakap elok-elok,takde pun yang sakit hati.
(tapi klow dah tak makan saman tu,tamparkan aje) :P

Plus,untuk bloggers yang terbaca entry ni or sesape punlah saya disini nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku atas kemalasan nak update entry dan jugak klow-klow ada entry yang membuat anda semua rasa sentap.Doakan  yang terbaik untuk diriku ini memandang exam sudah dekat..huhuhu



p/s: PEACE,NO WAR. ;)

thanx for reading! :D




Monday, May 7, 2012

Tanda-tanda Orang Glamer

As-Salam...

Ko rasa diri glamer sangat ke?Orang asyik usha ke??Tak payahlah berangan..syok sendiri je...hehe :P
Kejam gler kan statement aq?Hari ni aq nak bagitau tanda-tanda orang glamer @ popular.Bukan yang gler glamer,tapi kerana ke-glameran itu mengejar mereka.Pergh,ayat sket tak boleh blah.

Berdasarkan pemerhatian aq,tanda-tanda orang glamer ni ialah:

1.Ada clone.
Orang-orang glamer ni memang banyak clone.Sumer orang nak tiru dia.Mereka yang glamer tu pakai baju pink from head to toe,orang lain pun nak ikot macam dia.Klow bley,muka pun nak operate macam orang glamer tu.Contoh terdekat;Yuna.Since dia 1st singer yang bertudung,nyanyi sambil main gitar then tak lama pastu ramai yang follow dia.Ada yang jadi,ada jugak yang hampeh.Lagi satu,muka orang glamer ni jugak slalu di cetak rompak untuk dijadikan profile picture kat Facebook.

Yuna,dia je yang aq rasa cool bler nyanyi sambil main gitar.


2.Ramai secret admirers@stalker
Hohohohoho..orang glamer mesti ramai secret admirers.Hari-hari ada je orang pm nak kenal..kan?kan?Hari-hari ada orang bagi surat nak berkenalan.Macam zaman aq skolah rendah dulu.Eh,aq takdelah macam tu..aq tak glamer pun..takde orang nak kenal dengan aq..huhu TT.TT
Stalker plak bley terbahagi kepada dua,satu secret admirers satu lagi haters.




3.Ramai haters
Klow dah glamer,mesti ramai fans.Mesti ramai orang nak kawan.Tapi adakah anda sedar,dalam ramai-ramai kawan tu mesti ada yang tak suka?Mesti ada je orang kutok.Itu takpe lagi,jangan sampai ada yang tikam belakang.Orang-orang glamer ni kena berhati cekal untuk menangkis cter-cter burok haters yang busok ati.Orang glamer,tak kira baik ke jahat mesti ada je cter-cter diorang orang lain nak dengar.Semakin banyak cter burok,semakin orang nak tau sape orang glamer itu. :)

4.Kurang kawan
Percaya tak aq cakap orang glamer ni sebenarnya kurang kawan??Betol..even diorang ni glamer,tapi diorang susah nak cari sahabat sejati.Nak cari sahabat yang ikhlas tu macam cari contact lens yang tercicir kat lantai bilik air.Susah gler dowh.Senang cter,dalam 100 orang kawan maybe 2-3 ketul je yang sanggup tolong orang glamer ni ketika mereka dalam kesusahan..Tak percaya jugak?Ko g tanya member ko yang frenz kat Facebook mencecah 1000++..berapa orang je yang tanya dia sihat ke tak?





5.Nama orang slalu sebut.
Berbalik kepada statement di atas,orang glamer ni mesti slalu je nama dia disebut-sebut.Eh,ko tau tak si Tipah tu hari ni pakai kete BMW pergi klas..gler dowh,siap tampal P lagi!!tak sampai 15 minit,berita tu sampai ke telinga Dekan Kuliyyah sehingga beliau berasa rendah diri kerana beliau hanya memandu kete MyVi je...

Lecturer mana tak sentap tengok student pakai BMW siap tampal P lagi..

So,macamna??Korang ada tak kesemua ciri-ciri di atas ni?Klow ada,yes ko memang glamer.Klow takde,tak cukup glamer lagi.
*ni sumer berdasarkan kajian aq secara suka-suka tanpa sebarang pengiktirafan.Klow ada yang tak puas hati,bleylah nak tokok tambah. :)

P/S: Aq baru tau En.Amal Aziz slalu stalk Facebook aq.Even dari zaman Friendster lagi.

Thanx for reading! ;D



Friday, May 4, 2012

Syukur:Aq Bernafas Lagi

As-Salam...

Wah!!Dah sebulan lebih aq tak hapdet blog aq ni.Senang cter,aq mengalami kemasalan yang agak melampau ditambah plak assignment  yang membukit.Dah siap satu,tambah satu lagi.Dan satu..dan satu..Takpelah,dah nama pun student,adatlah tu..redha jelah..aish..=.=''

Aq sebenarnya hampir-hampir terfikir nak tutup je blog ni.Bukan apa,rasa macam malas-malas je nak hapdet sumer2 ni..Sampailah ada satu harini..budak classmate aq tanya.."Weyh,pe cter dengan blog ko??Lama tak hapdet..'' eh,ko baca blog aq??*touching2!! :') Yelah,entry ntah apa-apa,mengarut je lebih.Ada jugak orang baca blog aq ni.Dari terus kemalasan tahap lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan,terus semangat nak 'hidupkan' balik blog aq yang dah berhabuk-habuk ni.YEAH,GAMBATTE KODASAI!!!FIGHTING!! :D


Aq takde benda sangat pun nak cter ni.Cuma teringat jelah masa mula-mula nak start berblogging ni,niat nak jadi macam Fatin Liyana.Sape tak kenal beliau kan??Blogger femes tu..dahlah cun,kaya,pandai plak tu..huhu 
Banyak r cter-cter beliau yang best sampai aq pun terpengaruh nak jadi femes macam dia.*prasan jugak aq ni...


Fatin Liyana.Dia cun,pandai dan kaya.


Tapi,aq tak dapat tipu diri sendiri.Rupa tak seberapa,tinggal pun kat kampung je,kurang pandai plak tu..makanya,tiadalah klon Fatin Liyana sebab takde satu pun yang bley nak disamakan aq dengan blogger femes itu.FAIL.

Lama jugaklah aq berfikir...dan terus berfikir..naper aq tak dilahirkan sebertuah seperti mereka-meraka itu??Sampai rasa dunia ni tak adil..
Bukan tak reti bersyukur,tapi itulah pertanyaan yang sering berlegar kat dalam otak ni.Aq banyak muhasabah dan motivasi diri sendiri.Last-last..aq pegang kata-kata ni :

EVERY PERSON HAVE THEIR OWN STORY.

Penatlah asyik fikir nak kalahkan orang lain je.Penat fikir nak jadi orang lain.Why not just accept who you are??Takpayah fikir mamat slalu ko duk usha tu tak suka ko sebab ko tak cun macam Neelofa,klow dia suka,rupa bukan masalah utama kerana kecantikkan itu subjektif.Agak-agak ko tu bukan anak Dato',tak payah nak berlagak macam anak Menteri plak.Mulalah berlagak dengan sumer cter-cter pembohongan yang bley kantoi busuk macam tu je...udah-udahlah tu...

Neelofa.Artis hot yang kian meletop.

Allah kurniakan yang terbaik untuk hamba-hambaNya.I'm maybe lack of certain things,but that's myself.Itulah diri aq.Aq patut bersyukur sebab aq masih ada orang-orang yang sayang dan sentiasa support aq,tak macam certain orang yang hidup sebatang kara.Even kadang-kadang terpaksa menelan air liur melihat baju atau kasut yang cantek tapi tak mampu nak beli,aq tak pernah berlapar.Makan cukup,minum cukup.Badan pun naik je,confirm takde masalah pemakanan.Tak macam sesetengah orang,nak makan sesuap nasi pun susah.Nak cari setitik air pun parah.Alhamdulillah,aq bersyukur dengan setiap kurniaan yang ada.Sumer orang ada cter masing-masing.Best ke tak best,sumernye terserah pada diri sendiri untuk menghadapinya. :)

Wajah sebenar blogger.Sumpah,dari dulu aq memang segan nak letak muka sendiri kat blog.So,anggap jelah ni for the sake to increase my self confidence.

Aq dengan spek.ye2,cakap jelah muka nerd..
*take note: tolong jangan samakan aq dengan mana-mana minah gler.


Aq tanpa spek.Make up terabur.Aq memang tak reti make up.





          p/s: Tak payah peduli sangat orang nak cakap apa. :)


Thanx for reading!! ;D

Wednesday, March 7, 2012

There's a...HOPE

As-Salam...

Diberi pluang lagi untuk taip entry yang aq rasa tak seberapa mana pun.So,sapa2 sudi,rajin2kanlah mata anda untuk membaca entry tak seberapa ni.Takde gossip panas mahupun gambar2 yang boleh mengurangkan iman di dada,cuma cter bese2 je dari seorang insan..*ayat aq macam sket tak bley blah kan??

Dulu-dulu kan,ada sorang budak ni nama dia Dora(bukan nama sebenar).Dora ni baik,suka tolong orang,gila-gila dan sumer orang hepi bler dengan dia.Tapi Dora ni kan tak berapa comel,gemok.So,budak2 laki slalu kutok2 dia cakap dia ni tak lawa.Tapi Dora ni buat pekak je.Aq gemok sebab aq sehat,ko tu tak cukup makan.Macam tulah Dora bidas everytime ada budak2 nganjeng dia.

Dora ni pun boleh..tapi Dora ni seksi,nampak pusat.

Tanpa diduga,orang yang si Dora ni sayang gler2 meninggal dunia.Mak dia meninggal dunia sebab kanser.Mase tu si Dora ni baru je umor 10 tahun.Dia masih mentah lagi,tapi dia dah lalu sumer tu.Dora sedih sangat2.Tiap2 malam dia nanges.Tiba-tiba suatu hari...Dora mimpi arwah mak dia datang dalam mimpi dia dan cakap...Janganlah sedih lagi,nanti mak pun sedih..Sejak dari tu,Dora kuatkan diri.Dia tak boleh sedih2 lagi.Dia patut bersyukur sebab dia ada abah dia,abang dan kakak dia.Orang lain kecik2 lagi dah jadi yatim piatu.Dora cakap kat diri dia,yang dia kena kuat untuk harungi semua cabaran dalam hidup ni.

Masa berlalu dengan pantas.Dora semakin membesar dan semakin matang.KeluargaDora pun makin hepi sebab abah dah kawen lain.Ibu tiri Dora tu baik sangat2,tak macam ibu tiri Cinderella.Dora pun dah ada adik dua orang.Everything going smoothly.

But again,keluarga Dora diduga sekali lagi.Abah dia saket teruk.Teruk sangat2.Dora takot sangat2 abah dia ikot jejak langkah mak dia.Dora tak sanggup nak kehilangan orang yang dia sayang lagi.Hari-hari dia doa,biar Allah panjangkan usia abah dia.Alhamdulillah,doa Dora terjawab.Abah dia kembali pulih.Tapi,efek dari semua tu..result exam Dora tak seperti yang diharapkan.Dora frust,tapi dia still bersyukur sebab dia dah cuba buat yang terbaik..

Dora dapat jugak sambung study kat universiti...and you know something..she met his prince charming there(even prince charming Dora tu tak kesah pun dia gemok)!!hahaha :D

**bukan sekadar cter bohong,tapi jugak bukan dongengan semata-mata.cuma nak bagi sket pengajaran supaya jangan mudah putus harapan. 

There's always a HOPE.Just believe.
Make it true,pray to Allah.
HOPE only belongs for whom who really trust it. :)




Saturday, March 3, 2012

Realiti Dunia & Kehidupan

As-salam...

Teramat sangatlah lama aq tak hapdet blog ni.Bukan apa,cuma malas je.Banyak je idea nak dijoyahkan,tapi bila malas melanda semua keje tak jadi.Takpelah,disebabkan aq punya rajin ni susah sangat nak datang maka aq pun tiba-tiba terfikir satu entry untuk ditaip untuk anda-anda semua fikirkan.Ehem.

Honestly,I coming from middle-rank family.Aq tak malu nak mengaku aq tinggal kat kampung Muhd Amin(si Amin mana pun aq tak tau ikot ske dia je nak letak nama kampung tu nama dia),kat Simpang Renggam,Kluang Johor.Aq tak malu nak mengaku bapak aq cuma seorang pesara polis,keje part-time dia skang ni jadi pengarah filem tidak rasmi.Kot-kot ada drama series yang aq termiss mesti aq tanya bapak aq.Bapak aq boleh jawab dari  awal drama tu sampai ending dia.I don't have my own car or motorcycle (aq reti bawak motor,tapi takde lesen.memang awal-awal dah kena rejek untuk dibelikan motor ye..).Aq pergi kuliyyah hari-hari naik beskal.Pe aq kesah,aq tak pening pasal nak cari parking,tak pening pasal nak register bagai..duit minyak mahupun tol.UIA ni tak besor mana pun,nak sempit-sempitkan lagi dengan kete-kete tu.Orang tengah-tengah sesak jam,aq bersenang-senang hati naik beskal melawan arus tanpa dimarah oleh pak guard...hahahahaha!Sumpah,aq rasa heaven gler time tu.Secara tak langsung,kalori dan lemak2 degil pun terbakor bersama. :D

But once,since aq masuk UIA..ramai anak-anak orang kaya kat sini(aq cakap bukan aq nak kerek ke pe,tapi itu realiti yang aq jumpa).

Aq: Weyh,macamna dengan drawing projek untuk assignment  tu?Dah jumpa blom?

Student A: Dah setel dah..Aq ambik dari company bapak B...(B disebelah A)

Aq: Owh,ok2...(dalam hati) Pergh,bapak dia ada company!!gler dowh!!

Ok,it may sound silly and nampak macam aq jakun.Ye,aq memang jakun.Kat kampung aq takde,time aq skolah dulu pun takde.Geng-geng skolah aq dulu pun sket lebih kurang aq je.So,bler jumpa keadaan macam tu,memang aq pun akan jadi jakun.

Aq tak boleh deny dengan surrounding macamni.Honestly,ada jugak prasaan rendah diri tu.Yelah,spelah kte ni kan..tak seberapa..tak pandai plak tu..

Memang susah jugaklah bler diri kte yang tak seberapa ni nak adapt dengan surrounding macamni.Aq kadang-kadang trasa life diorang ni kan macam Cerekarama kat TV3,setiap hari Selasa hingga Khamis,pkul 10.30 malam.Bapak ada company,anak waris..pastu bapak dia pun kawenkan dia dengan anak bos dari company lain..pastu konflik tang tu,tang ni..rupa-rupanya bapak dia tu ada anak lain yang tidak diketahui sah tarafnya.(ok,tiada kaitan sama ada yang idop mahupun meninggal dunia).

Bler kte nampak kan...eh..eh,beznye beliau ada kete sendri!!senang nak ke sana ke sini...eh..eh,beznye beliau ada pakwe hensem!!...eh..eh,beznye beliau anak tauke kapal!!naik star cruise mesti free...but who knows their difficulties??their problems??dah klow nama pun manusia..mesti ada masalah punya.Takkanlah nak jerit satu dunia...woi,aq ada masalah dengan bini aq!!!woi,aq ada masalah hutang tak bayor lagi!!ok,takde orang nak buat pun melainkan anda seorang attention whores suka nak heboh cter sendiri kat wall Facebook.

Manalah tau kan...yang beliau pakai kete tu sebenarnya hasil titik peluh beliau sendiri,so beliau ada hak nak nikmati idop dari hasil titik peluh beliau.Manalah tau kan...pakwe beliau hensem,tapi diorang slalu je gadoh sebab ramai pompuan lain try nak usha pakwe beliau tu...Manalah tau kan..tauke kapal ni banyak kejenye,si beliau tu pun mesti susah nak jumpa bapak dia..adik-beradik dia pun ramai.so bapak beliau slalu kena keje lebih masa.Aq ingat lagi  bapak aq cakap,besor periuk besor keraknye. :)

Maka,siapalah tau kan...klow kte kaya..kte jadi riak,tak ingat TUHAN,pandang rendah kat orang lain.Allah jadikan kte seadanye kte skang ni sebab kte tau spe diri kte,kte sedar dunia ni Allah yang punya.Kte ni menumpang kejap je.Allah nak tarik nyawa ni bler2 pun boleh klow Dia nak.Allah dah tetapkan setiap rezeki hamba-hambaNya.Nak lebih,usaha lebih.Doa lebih,buat keje lebih.Yang penting mesti halal dan diredhaiNya.Klow banyak,tapi tak penah cukup susah jugak kan??Biar sket,tapi cukup untuk semua.Itu lebih baik. :)

So...Just always think positive and be grateful what you have Allah already gives the best for us,it's depend on us how to use,apply,make and appreciate it.Alhamdulillah,i'm happy what i have now..:)

*Entry ni direka khas untuk motivasi anda yang ikhlas membacanya dan untuk diri sendiri.Terima kasih kerana sudi membaca.psst,klow rajin komen2lah sket aey...hehehe :P





Jejak-Jejak Joyah