Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Saturday, June 30, 2012

Terlampau Sudah

As-Salam...

Awak sehat?Lama tak dengar cter..hehehehe
Ececech..bajet ayat nak usha aweklah konon.Euw..poyo je. :P

*Harap maaf,entry ni ada sket kelucahan bahasa. :P

Dalam beberapa hari aku tak mengupdate ni adalah kerana ke-busy-an dan juga kepenatan bekerja.Yep,kerja kat fast food restaurant.Aku memang plan nak buat part time pun sebab cuti yang ada ni tak elok dibazirkan + aku nak kumpul duit beli DSLR Canon 550D.

Tapi,baru je 3 hari ni aku decide untuk berhenti.Sebabnya??

1.Aku kena tegur sebab berak lama di waktu pagi.
2.Aku dengar cter dari staf lama kat situ dia nak solat Jumaat pun susah.
3.OWNER restoren tu adalah seorang MELAYU dan ISLAM.


Aku sebenarnya tak kesah sangat pun penat2 keje ni.Standardlah keje penat kan.Tapi aku cukup pantang klow bos besar melarang keras untuk aku menunaikan solat or even aku nak berak.Benda ni dah memang wajib,tak boleh tak buat.Masa nak berak bukannya kita tau timing dia bler.Dah klow sakit perot time2 busy tu,pe slah pergi jap ke toilet.Takkanlah nak berkira sangat kan.Kang tak buang,penyakit lain plak datang.Dan klow dah sembelit tiga hari berak 5 minit mana cukup,kurang-kurang pun mau 15-20 minit.

Dulu masa aku buat part time jadi promoter pun,memang bos ada bising jugak pasal waktu solat.Tapi aku rasa boleh trima lagilah sebab bos tu non-Muslim.So,maybe diorang tak paham sangat kita punya waktu solat tu macamna.

Lepas je kena tegur macam tu,baik aku terus je berhenti dari kena mentally abuse setiap hari.Bos ni plak jenis kuat komplen dan tak suka nak dengar pendapat orang lain.

Adalah hari last aku keje tu,aku jawab call ibu aku.Terpaksa angkatlah sebab ibu aku yang call takot2 adik aku lagi teruk ke.Ibu aku memang jarang call pagi2,so bler call tetiba tu buat hati rasa cuak je.

Yes,aku tau time keje memang tak boleh nak main henfon.Tapi bila dah melibatkan hal emergency,takkan tak boleh nak consider sket.Bos tu nampak aku,dia sound aku macam aku ni budak tak paham bahasa.Aku cakap ni emergency call,tapi dia macam tak boleh nak trima.Sumpah,gua bengang gler.Dalam hati masa tu,klow ada sape2 mati,takkan tak boleh nak angkat henfon?

Huish,dari aku keje buat dosa kering je sebab kutok bos, baik aku berhenti.Tiga hari aku keje ni pun aku tak tuntut gaji aku.Gasak r.Tak sanggup aku nak menghadap dia.

Aku bukan nak cakap apa,tapi staff dia sumer baik2.Cool dan relax2 je.Diorang sangat welcoming aku masa mula2 aku masuk keje tu.Sayang sangat klow bos tu tak reti nak appreciate staff yang baik2 macam diorang.

Ok,ni research yang aku buat hasil pertolongan dari En.Google pasal etika Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management ethics):

The unethical practice of Human Resource Management itself has also hit public attention:
* Off-shoring and exploiting ‘cheap’ labour markets;
* Using child labour;
* Reneging on company pension agreements;
* Longer working hours;
* Increasing work stress;
* The use of disputed and dubious practices in hiring and firing of personnel.
It has been shown that just as consumers’ perception of the ethics of a company
can affect sales, so the views of its investors will affect its share price. Similarly, 
it has been suggested that poor standards of conduct emanating from the top 
management affect employee motivation and commitment to organisational goals
(Schramm, 2004).


Dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.
Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini
  1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
  2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
  3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.


Pasal gaji pulak,kiranya kat area kampung2 aku ni takdelah tinggi mana.Standard RM2.50 sejam.

RM2.50 X 8 hours = RM20.00
RM20.00 X 26 days (4 days off) = RM520.00
#elaun kedatangan = RM100.00
#OT = RM150.00
Total Salary= RM770.00
#Socso = Deduct RM100.00
Net Salary : RM 670.00

Ni estimating salary for permanent staff.Klow untuk yang bujang nak sara idop sorang2 bolehlah.Tapi yang ada anak sampai 5 orang macamna?

Aku punya salary yang dipersetuju RM650.00 (termasuk elaun kedatangan).Aku pun takde nak sara sape2.Aku rasa ok,sebab keje 8 jam je .Penat tu tak kesah sangat,tapi paling tak tahan dengan azab mulut bos tu.Nauzubillah.

Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya
  • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
  • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)
2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam
3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan
  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputikepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.
5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
  • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
  • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
  • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak
Aku ada cter dengan bapak aku,bapak aku cakap.. 

"Dalam 10 jari ni,setiap satu ada tugas masing2.Apatah lagi manusia.Bukan sumer orang baik''

I'll take note about that and if one day i'll be the boss,insyaAllah i'll treat my staffs equally and nicely. :)

p/s: Alhamdulillah,adik aku dah kluar hospital. :) 

Monday, June 25, 2012

Diskriminasi

As-salam..

Malam ni tetiba mood aq terajin nak mengupdate blog.Padahal aq tak siap lipat kain lagi ni.Dua hari punya stok baju lima orang punya pakai(semalam hujan,baju tak kering).Penuh bakul.Sebab rumah aq takde bibik ,maka aq lah bibik di rumah ni.Korang yang ada bibik kat rumah tu,jangan memerintah je kejenye.Sesungguhnya menjadi bibik mahupun suri rumah sepenuh masa sangat memenatkan.

Dah,membebel plak aq ni.Dah berjangkit mak2 punya penyakit r ni kuat membebel.Oklah,kang aq membebel berepisod plak entry ni.Tak habis2.Aq nak cter sket pasal diskriminasi.

Perkataan diskriminasi ni aq kenal masa aq skolah menengah.Masa skolah rendah dulu jahil2 lagi,mana nak paham apa tu diskriminasi.Tapi bila dah meningkat dewasa,sebenarnya aq dah lama mengalami prasaan diskriminasi itu.Cewah,ayat ko sket tak boleh blah.

Diskriminasi 1

Dari kecik lagi,aq ingat lagi aq slalu dibuli dari segi emosional.Orang slalu menganjeng aq gemok.Aq takdelah gemok sangat pun,maybe sebab diorang yang kata aq gemok tu sebenarnya diorang tu prasan kurus atau tak cukup makan,badan melidi je.Sumer tu hanya kerana hasad dengki sebab diorang takde daging dan lemak lebih macam aq.




Tipulah aq tak penah berusaha nak kurus.Tapi apakan daya,dah memang jenis rangka lebar nak kurus pun susah.Kena plak aq jenis kuat makan,memang takde harapanlah nak badan macam Erra Fazira.


Jusmate 5 aq tak penah cuba lagi.Kot2 Dr. Rozmey nak sponsor aq jadi duta dia ok gak. :P

Dulu-dulu memang aq tertekan jugak bila ada orang mengata aq gemok,tapi skang aq tak ambik kesah.Aq ada simpan satu tekad,klow aq nak cari bakal suami orang tu mestilah tak kesah sape aq.Boleh terima aq seadanya.Buat apa klow bakal suami ko tu suka ko sebab ko cantek,sebab ko kurus langsing macam Megan Fox.Kang dah kawen,beranak sumer,berat naik..laki ko pun komplen kata ko dah tak cantek mula nak cari pompuan yang lagi bergetah.

Diskriminasi 2

Honestly,aq rasa menyesal jugaklah masuk UIAM.Bukan tak best,tapi susah nak grad.Banyak subjek ko kena ambik.Sape jelah hati tak berbulu tengok geng2 skolah sumer dah nak grad..nak keje..aq plak tersadai lagi..


Student UIAM je yang paham prasaan aq ni kerana mereka juga mengalami naseb yang sama.Tapi,susah2 tu jugaklah sebenarnya yang banyak ajar aq untuk jadi lebih tabah.Banyak faedah bila dah lama kat u ni..dari seorang yang liat nak solat,aq rajin2kan diri nak tunaikan solat 5 waktu..dari seorang yang loser english tahap gaban,skang ni aq bolehlah nak speaking dengan student foreigner.Banyak lagi benda yang aq nak perbaiki diri ni..

Even hati ni masih lagi berbulu bila tengok orang lain dah nak grad,tapi aq tetap tabahkan hati untuk meneruskan perjuangan yang berbaki untuk bergelar graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.*ehem.

I want to be part of you!! :)

Challenge yourself with the most unwanted choice,and you will get the unpredictable result if you win the challenge.Keep strong bebeh!

Diskriminasi 3

Ni paling aq tak puas hati.Memanglah student tajaan JPA dan MARA dikatakan bertuah sebab sponsor diorang sumer kaya-kaya dan baik hati.Ok,aq memang trasa bler tengok member2 yang blaja kat oversea mampu melancong dan beli gajet2 mewah(aq tak pasti dari mana sumber kewangan tu).Sedangkan student PTPTN bagaikan merempat di negara sendiri.Nak balik kampung kat Johor ni pun duk berkira2 bajet.Yelah,kena plak aq ni dilahirkan dari keluarga yang serba sederhana.Sumer cukup2 je.

Alhamdulillah,aq bersyukur dengan rezki yang ada.Cuma rasa sakit hati bila orang susah disusahkan lagi,orang senang lagi bersenang-lenang.Mana taknya,budak2 MARA dan JPA adalah tajaan,manakala PTPTN adalah pinjaman.Kena plak bayar extra dari yang dipinjam.Sebagai negara berdaulat,aq rasa patut yang senang kena tolong yang susah. :)

*ni secara general je.

Aq bukan nak mengharapkan simpati dari sesape,tapi cuma nak meluahkan apa yang dah lama terbuku.Segala isu berbangkit adalah luahan hati seorang student yang baru-baru nak blaja tentang hidup.

P/s : Awak,jangan trasa tau apa kite cakap.I'm sorry. ;P


THANX FOR READING!! ;D


Saturday, June 23, 2012

Hard and Easy

As-salam... Ya Allah...berkurun dah aq tak mengupdate blog aq ni.Ceh,bajet blogger femes plak.Takpe,aq prasan sorang2..

Rasa-rasa ada r kot dalam sebulan lebih aq tak update blog aq ni since nak start exam aritu(bulan lepas).Sampai result pun dah kuar.Argh,jangan di ambil pedulik pasal resultku.Just ok-ok jelah.Takde failed.Syukur alhamdulillah... :)

Tapi ada jugak cter yang tak berapa nak best.Adik aq sakit kena radang saraf sampai dia tak boleh nak berjalan.Masa mula2 kena tu,nak gerak kaki pun susah.Skang ni,dah ok sketlah.Dia still lagi kat wad masih dalam rawatan kat Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu.So,kat sni aq nak mintak jasa budi baik sesape yang terbaca entry ni untuk doakan semoga adik aq,Muhammad Farhan bin Mokhtar cepat sembuh.Amin..insyaAllah.. :')

Sebab tu jugaklah aq buat keputusan untuk drop shortsem yang sepatutnya aq ambik bulan depan.Ibu aq jaga adik kat hospital,sian plak tengok bapak aq jadi suri rumah sepenuh masa.Takpelah,bleylah klow aq nak tolong apa2 yang patut selama 2 bulan aq cuti ni..:)

Dari hari Selasa aritu,sampai Jumaat semalam aq g KL sebab nak berangkut sumer barang2 yang tersimpan dalam stor kat hostel tu.Risau aq klow tinggal barang lama2 kat stor kang tak pasal2 sumer barang kena sita.Thanx sangat2 kepada Cik Juju sebab sudi menumpangkan barang2 saya.Nanti I blanja u makan ok. :P

Alang-alang dah ke KL,haruslah berjumpa dengan En.Amal Aziz yang dikasihi.Memandangkan beliau kini dah jadi orang kuat CapeTown Cafe,maka tak sahlah klow aq tak menyebok untuk menikmati hidangan
lazat lagi menyelerakan.Yang bestnye,restoren ni dah selamat di-shootingkan untuk rancangan 'Jalan-jalan Cari Makan'.insyaAllah,ni untuk season baru yang bakal ditayangkan pada bulan Julai nanti.

Ok,benda yang buat aq excited tahap gaban sebenarnya Iqram Dinzly jadi pengacara untuk season baru Jalan-jalan Cari Makan' ni!!wohoo!!Aq memang minat dia..(*blushing).Tapi masa jumpa aritu,I'm speechless.Seolah-olah macam jumpa crush yang dah lama tak jumpa,tak reti nak cakap apa (nyaris2 terlupa En.Amal Aziz).hahahaha!! 

*Honestly,aq tak bley deny beliau memang hensem.Goyah jap. -..-

So,sesape rasa nak makan western food ke,malay cuisine ke anda sumer sangat2 dialu-alukan datang ke CapeTown Cafe ni.Makanan dia sumer sedap2.Paling aq suka dia punye grilled chicken dan lassie.Superb!
CapeTown Cafe ni ada 2 branch,satu kat area Ara Damansara dan satu lagi kat Sunway-PJ.

Sesi penyerahan plaque 'Jalan-jalan Cari Makan'.Yang sebelah tu anak tokey restoren ,Aiman Syamsul.

Oklah,bapak aq dah bising sowh g masak nasi ni.Nanti ada masa,aq rajin2kan diri untuk update blog ni dengan entry yang lagi hot dan lebih sensasi! *pergh,promot lbey..

p/s :En.Amal Aziz ada bagitau aq benda ni..
''Bagi kte,tak sumer benda kat dunia ni senang..ada susahnye.Bagi awak plak,tak sumer benda kat dunia ni susah..ada senangnye.Sebab tu agaknye kte dipertemukan.''

*Thanx for the very inspiring words. :)


THANX FOR READING TOO MY BELOVED READERS!! :D





Jejak-Jejak Joyah