Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, July 1, 2011

Ada apa dengan nama?

As-Salam..

Nama saya SITI ZARIDAH MOKHTAR.Boleh panggil Jaedie (bunyik dia Jedai).Haa,Jaedie??Kejadahnya nama ko pelik sangat?Ko Master Jedi dalam Star Wars tu ke?Macam tulah reaksi pelik orang ramai apabila sesi taaruf(perkenalan) diri.Semua pakat duk pedajal aq bila tau nama aq.Diorang bertambah2 pedajal aq bila diorang tau nama sebenar aq ada SITI.Ceh.=.=

Gambor lama,pipi kelihatan agak kempis. =.=

Nama sebenar aq diberi khas oleh bapak aq yag bernama Mokhtar.Mula2,bapak aq kata nak letak nama Zuraidah..tapi sebab makcik jiran sebelah anak dia baru lahir dah cop nama Zuraidah dulu,so bapak aq suka2 adjust nama Zuraidah jadi Zaridah.Nama pangkal SITI plak pun suka2 bapak aq nak letak.Kononnya aq bakal membesar menjadi seorang pompuan Melayu Terakhir yang sejati.Tapi yang sebenarnya,aq dengar cter nama SITI tu dicedok dari nama salah seorang ex-girlfren bapak aq masa dia muda2.

Naper tak panggil SITI?

Owh,nama tu terlalu ayu untuk pompuan macam aq.Even nama tu nama pangkal aq.Ko tengok DATO' SITI tu ada ke cakap kasar2,gelak macam orang kena sampuk?Takde kan.Klow tak nama glamer DATO' SITI akan bertukar menjadi IJAH.(pandai2 aq je..) Tapi tulah hakikat diri sebenar aq.Cakap kasar dan slalu gelak macam orang kena sampuk bila tengok Maharaja Lawak yang asyik duk ulang-tayang kat Astro Warna.



Dato' Siti Nurhaliza.

Astroboy takde kena mengena langsung dengan Astro walaupun diorang ada nama yang sama.

Naper tak panggil Zaridah?

Nama tu sebenarnya nama komersial aq.(eh,bajet ko artis ke??).Masa skolah rendah dulu,nama Zaridah slalu diguna pakai.Once bler ada member aq complain..nama ko panjang sangatlah.Tak dapat dinafikan untuk memanggil 'Zaridah' perlukan nafas yang cukup untuk memenuhi harakat yang betol.Tiga suku kata ZA-RI-DAH.Panjang sangat ke??
Dari situ,muncullah macam2 nama panggilan yang mula2 di short-formkan menjadi Zaridah. Macamnapun,nama Zaridah ni slalu digunakan untuk golongan pertengahan umor.

Why Jaedie?Suka tengok Star Wars ke?

Honestly,aq tak suka pun movie tu.10 minit je aq tengok.5 minit terawal aq tertido,5 minit terakhir aq terjaga tengok2 dah sampai ending dah.Boring.Tapi yang aq tau Star Wars ada Darth Vader yang ada helmet super-cool dan Master Jedi yang glamer dengan light-sabernya.Wacha!!Kemunculan nama Jaedie disebabkan member aq yang tak suka nak panggil panjang2.Dia pun bagi idea..eh,pe kata panggil ko Jaedie..pendek sket(masa tu Star Wars II baru kuar cinema).ni panggil ZARIDAH tergeliat lidah aq.suka2 ko je..fikir2 balik..cool gak nama ni aey..So,aq ambik nama ni sebagai nama panggilan aq di kalangan member2 hinggalah ke hari ni.Yang mana dah malas sangat nak panggil Jaedie,diorang akan panggil Jade atau Jay.

eh,bangganya!taknak bentang karpet merah skali ke?:P

Ada jugak orang kata nama aq ni nampak klasik.Zaridah nama yang agak jarang dijumpai.Tapi bila skali ko dengar,mesti ko rasa..pergh!!!!Orang 1st yang aq jumpa ada sama nama dengan aq professor kat UPM.Pastu kawan kakak aq yang sama universiti masa dia kat UM dulu.So,the next Zaridah will be..who knows kan?? ;)

*Nama manja kat rumah??biarlah rahsia...hehe :P


p/s:Berbanggalah dengan nama sendiri kerana itu melambangkan identiti anda yang tersendiri.Be different,be yourself. :)

12 Pengkritik Tegar:

Anak Mansor said...

IDA

Jaedie said...

Anak Mansor sila diam.Ko sje nak kantoikan aq.

Unknown said...

aku menulis bukan kerna nama~
ops xde kaitn ngan entry pun.hahaha

Jaedie said...

zuan:hbs tu kerna apa?? :P

a said...

hihihi..
jaedi okies r tuh..=) sweet jek..;)

Anonymous said...

Sal muka awak cam dah pernah saya lihat ye? Musykil...

Zuha said...

entry ni memang best!!

saya suka!! keep it up...

memang saya follow la blog ni...

ada masa follow la

http://mat-jungle.blogspot.com/

terima kasih :)

Jaedie said...

bluewendy:tak sweet pun..hehe :P

muz:muka saya ni memang dah ramai org ckp mcm tu.. =.=

zuha:thanx!!ok2! :D

Asrul "iLham" Sany said...

penulis 'hantu' datang singgah, follow n komen

;-)p

bLAck_fOResT said...

comel gmbo ko yg 1st tu.. hehehe... ikhlas ni... =)

Anonymous said...

betl ne aku pernah lihat...=.=

Ainun Nadini said...

memula dulu aku kompius antara nama ko ngan za. (zakiah) aku save no. za dlm hp nama zaridah. HAHA :p

Jejak-Jejak Joyah