Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Showing posts with label Sit Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Sit Nurhaliza. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Ada apa dengan nama?

As-Salam..

Nama saya SITI ZARIDAH MOKHTAR.Boleh panggil Jaedie (bunyik dia Jedai).Haa,Jaedie??Kejadahnya nama ko pelik sangat?Ko Master Jedi dalam Star Wars tu ke?Macam tulah reaksi pelik orang ramai apabila sesi taaruf(perkenalan) diri.Semua pakat duk pedajal aq bila tau nama aq.Diorang bertambah2 pedajal aq bila diorang tau nama sebenar aq ada SITI.Ceh.=.=

Gambor lama,pipi kelihatan agak kempis. =.=

Nama sebenar aq diberi khas oleh bapak aq yag bernama Mokhtar.Mula2,bapak aq kata nak letak nama Zuraidah..tapi sebab makcik jiran sebelah anak dia baru lahir dah cop nama Zuraidah dulu,so bapak aq suka2 adjust nama Zuraidah jadi Zaridah.Nama pangkal SITI plak pun suka2 bapak aq nak letak.Kononnya aq bakal membesar menjadi seorang pompuan Melayu Terakhir yang sejati.Tapi yang sebenarnya,aq dengar cter nama SITI tu dicedok dari nama salah seorang ex-girlfren bapak aq masa dia muda2.

Naper tak panggil SITI?

Owh,nama tu terlalu ayu untuk pompuan macam aq.Even nama tu nama pangkal aq.Ko tengok DATO' SITI tu ada ke cakap kasar2,gelak macam orang kena sampuk?Takde kan.Klow tak nama glamer DATO' SITI akan bertukar menjadi IJAH.(pandai2 aq je..) Tapi tulah hakikat diri sebenar aq.Cakap kasar dan slalu gelak macam orang kena sampuk bila tengok Maharaja Lawak yang asyik duk ulang-tayang kat Astro Warna.



Dato' Siti Nurhaliza.

Astroboy takde kena mengena langsung dengan Astro walaupun diorang ada nama yang sama.

Naper tak panggil Zaridah?

Nama tu sebenarnya nama komersial aq.(eh,bajet ko artis ke??).Masa skolah rendah dulu,nama Zaridah slalu diguna pakai.Once bler ada member aq complain..nama ko panjang sangatlah.Tak dapat dinafikan untuk memanggil 'Zaridah' perlukan nafas yang cukup untuk memenuhi harakat yang betol.Tiga suku kata ZA-RI-DAH.Panjang sangat ke??
Dari situ,muncullah macam2 nama panggilan yang mula2 di short-formkan menjadi Zaridah. Macamnapun,nama Zaridah ni slalu digunakan untuk golongan pertengahan umor.

Why Jaedie?Suka tengok Star Wars ke?

Honestly,aq tak suka pun movie tu.10 minit je aq tengok.5 minit terawal aq tertido,5 minit terakhir aq terjaga tengok2 dah sampai ending dah.Boring.Tapi yang aq tau Star Wars ada Darth Vader yang ada helmet super-cool dan Master Jedi yang glamer dengan light-sabernya.Wacha!!Kemunculan nama Jaedie disebabkan member aq yang tak suka nak panggil panjang2.Dia pun bagi idea..eh,pe kata panggil ko Jaedie..pendek sket(masa tu Star Wars II baru kuar cinema).ni panggil ZARIDAH tergeliat lidah aq.suka2 ko je..fikir2 balik..cool gak nama ni aey..So,aq ambik nama ni sebagai nama panggilan aq di kalangan member2 hinggalah ke hari ni.Yang mana dah malas sangat nak panggil Jaedie,diorang akan panggil Jade atau Jay.

eh,bangganya!taknak bentang karpet merah skali ke?:P

Ada jugak orang kata nama aq ni nampak klasik.Zaridah nama yang agak jarang dijumpai.Tapi bila skali ko dengar,mesti ko rasa..pergh!!!!Orang 1st yang aq jumpa ada sama nama dengan aq professor kat UPM.Pastu kawan kakak aq yang sama universiti masa dia kat UM dulu.So,the next Zaridah will be..who knows kan?? ;)

*Nama manja kat rumah??biarlah rahsia...hehe :P


p/s:Berbanggalah dengan nama sendiri kerana itu melambangkan identiti anda yang tersendiri.Be different,be yourself. :)

Tuesday, June 21, 2011

Kesalahan Lalu

As-Salam..

Sejarah mungkin berulang..walau engkau ku maafkan owh kekasih..tulah bait2 lagu New Boyz band Tomok masa zaman dia muda rumaja dolu2.Aq sumpah tak suka dengar lagu tu.Tangkap leleh gler.Meleret benor,macam orang mati bini punya lagu.Tapi lagu tulah yang duk ulang2 kat radio masa tu.Aq time tu baru darjah 5 kot rasanya.Dah tak ingat dah.

Muka budak lagi.

Bukan pasal lagu tu aq nak cterkan.Tapi pasal kesalahan yang dah lama,orang asyik duk ungkit2 lagi.Rasa macam nak tampor2 je kan orang yang kuat mengungkit tu?Takde manusia yang perfect dalam dunia ni.Jangan katalah ko tak pernah kencing dalam seluar.Masa kecik2 dulu asyik 'ngompol' je,jenuh mak ko basuh tilam hari2.Dah tua2 ni klow kencing dalam seluar,tu buang tebiat namanye.Kesalahan di ambil kira bila kita takde ilmu atau pengetahuan atas satu2 benda tu.paham tak?Contohnya macam ko 'ngompol' tu kan.Adakah dikira kesalahan?Yes,tapi mak ko marah macamna pun takde guna sebab ko tak mumayyiz lagi.

Curi buah pelam/asam Makcik Gayah rumah sebelah,terbaling bola sampai pecah tingkap rumah Pak Samad masa main roundest pastu taknak ngaku,main kat rumah member tak ingat nak balik rumah..tu semua adalah kesalahan yang lalu klow diungkit pun ko kena gelak oleh sedara mara yang lain.Tapi ada jugak kesalahan lalu yang teramat sukar untuk dimaafkan oleh sesiapa.Aq baru je tengok cter 'Juvana' tadi,kebanyakkan yang masuk skolah tu semua sebab kesalahan2 yang dibuat secara sengaja atau tak sengaja.Masyarakat susah nak trima balik orang2 macam tu.Macam diorang ni dah takde peluang langsung untuk kali kedua.

Daim yang bermuka innnocent agak comel. :P

Siapa kita untuk judge orang yang dah buat salah akan terus buat kesalahan?Boleh ke kita baca hati orang tu?Sejujurnya,aq jenis yang cepat memaafkan orang tapi untuk terima balik tu mungkin susah.Senang cter,skali ko buat taik dengan aq,sepuloh kali aq buat taik dengan ko.Tapi,maybe persepsi aq mungkin akan berubah bila aq tengok orang tu dah berubah.Kita boleh tengok sendiri berdasarkan kisah benar para sahabat.Sayidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum keISLAMannya beliau seorang yang menentang kuat perjuangan Rasulullah S.A.W.Selepas beliau memeluk ISLAM,beliau menjadi sahabat terapat dengan Rasulullah S.A.W.See,how Allah can change people heart?

If dulu ko budak paling nakal dalam kelas,skang ko dah jadi presiden MPP kat universiti.Pergh,mantop gler!!tabik r gua sama lu!Untuk berubah menjadi yang lebih baik tu bukanlah sesuatu yang mustahil,tapi perlukan usaha.Niat kena padu,usaha kena jalan,doa perlu berterusan.Tak boleh ko kata ada niat nak masuk minang anak dara cun melecun Wak Jabir hujung kampung tu,tapi hari2 duk lepak kat kedai main dam haji.Anak dara Wak Jabir ko tak dapat,hajinya tak naik2.Takde usaha,niat ntah ke mana.Doa pun takda makna.

Anak Wak Jabir macam Dato' Siti Nurhaliza woo!!nak sign!!

Menjadi lumrah manusia akan memandang kembali sejarah lampau.Yang penting kita ambik pengajaran,bukan untuk diungkit atau diulang balik kesalahan yang kita pernah buat.The totally loser is someone who keep repeating the same mistake without realizes it's a mistake.

Daniel,cepat salam atok tu.Kang dia bagi duit raya RM50 tau..
*demand betol budak2 skang ni.. =.=

p/s:Memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan mulia.Ko tak puas hati dengan aq meh face to face kita bincang elok2.chill! :D





Jejak-Jejak Joyah