Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Personaliti Facebook-er & Blogger

As-Salam...

Dah buhsan duk ngadap laptop buat assignment,aq blogwalking jap..Stalk FB orang..Sambil2 baca entry tu kadang2 aq terfikir..macamna agaknya blogger/facebook-er ni kat luar aganye aey?Kat blog bukan main laser mencanang cter..kot2 lah kat luar pun memang semulajadi joyah..eh,contoh je tu.Ko jangan trasa plak..hehe :P

So,kat sini aq ada buat beberapa research berdasarkan aq punya suka.Personaliti blogger & facebook-er.Aq dah cakap,ni aq punya suka.Ko nak percaya ke tak,ko punya suka.

1. Bajet Cute.

Ramai jugak blogger2/FBer macamni sebenarnye.Tak kisah r laki ke pompuan,muka semua nak flawless habis.Ala2 boleh jadi model Fair & Lovely ko.Mata pun bukak bagi nampak besor sket.Yang mana rasa kurang cute,efek pengembungan pipi ala2 ikan emas slalu digunapakai.Orang2 macamni kurang keyakinan diri.Sebab tu diorang susah nak tunjukkan muka sebenar diorang.Klow rasa nak tambahkan keyakinan diri,bolehlah beli buku2 motivasi Dato' Fadzillah Kamsah mahupun kaset2 beliau di toko buku berdekatan.



2.Tak suka tunjuk muka

Haa..ni lagi satu spesies.Blogger/FBer yang macamni diorang tak penah2 nak tunjuk muka diorang kat blog/FB.Kira klow ko dapat tengok muka dia tu,rasa macam...ergh,i'm speechless!!Diorang ni plak bukan kurang keyakinan diri,tapi diorang ni penuh misteri.Susah nak jumpa orang2 misteri macamni.Diorang punya misteri ni memang tahap boleh masuk Misteri Nusantara.Yang bestnye,orang2 misteri ni diorang menimbulkan rasa curious orang lain nak tau spekah identiti diorang sebenarnya. 



3.Suka tayang muka

Ni geng2 bajet cute jugak r ni.Tapi diorang ni lebih berkelakuan jujur.Muka baru bangun pagi,bertompok2 air liur basi pun boleh buat DP.Tengah berak pun sempat lagi nak update status.Diorang ni orang2 yang overconfident.Mempunyai ego yang tinggi dan seorang yang agak degil.Prinsip idop diorang:ada aq kesah?ko ke yang bagi aq makan?



4.Kaki Novel

Golongan macamni plak suka buat status/entri nak sedih2 je.Tangkap jiwang habis.Klow buat entri/update status ayat penuh puitis,penuh dramatis.Ni memang sah2 golongan yang suka baca novel.Ko bagi novel Ombak Rindu,satu hari je konfem bley habis.Dikatakan jugak anak didik A.Samad Said.Takpayah nak cter banyak..dah nampak terang,nyata lagi bersuluh kan torch light!Diorang ni memang kuat feeling...TT.TT



5.Geng Joyah

Suka update status/entri pasal hal2 isu semasa dan jarang2 tunjuk muka.Habit diorang suka like status orang lain.Tak suka sangat nak show off muka, tunjuk muka pun sket2 je.Katanye sebab takot Melodi cari.Nampak je cenggitu,tapi sebenarnya tulah bezfren Joyah..Orang2 macamni ko kena fikir 85 kali klow ko nak buat kawan.Depan cakap lain,blakang cakap lain.Talam 18 muka dia ni....danger!danger!


p/s:Ko yang mana satu?? hehe ;P





Wednesday, June 15, 2011

Kritik-Kutok Blogger Lain:Quantity VS Quality

As-Salam...

Setelah seharian menanti,tiba2 terfikir jugak nak tulis entry.Aq ada usha beberapa blog blogger lain..Kebanyakkan blogger2 femes ni seolah2 menyuarakan ketidakpuasan hati diorang kat orang yang duk2 sibuk2 kritik-kutuk blog dia.Aq kata diorang ni blogger femes sebab followers dah lebih 1000++.Rasa klakar plak bler blogger A kata si blogger B.Blogger B konon nak bajet cool cakaplah 'Aq punya blog,aq punya sukalah nak tulis apa!ko kecoh sangat apesal??''.Lebih kurang macam tu jugaklah apa yang aq baca.Tak salah bagi aq nak mengkritik,tapi better ko kritik benda baik dan membangun.SEBAB BLOG NI UMUM.Klow ko cakap benda2 tak elok,saham dosa ko akan bertambah secara tak langsung.Klow nak tegur pun,biar secara berhemah.Jangan tambah musuh.:)

Blog 1st yang aq baca blog FATIN LIYANA.Secara peribadinya,bagi aq dia ni cun dan budak pandai(sebab dia student medic).No wonder(bukan Wondergirl mahupun Gula-Gula) ramai yang followers dia.Pas FATIN LIYANA slow update blog,aq try usha CIK EPAL plak..muka ko macam familiar r..CIK EPAL ni seorang yang agak laser dan akan cakap apa yang dia tanpa memikirkan side efek.Tapi disebabkan ke-laser-an dia tulah dia jadi sape dia skang ni. :)
Pastu,aq usha2 plak blog BEN ASHAARI.Aq suka blog dia sebab dia slalu cter pasal realiti kehidupan dan kadang2 akan bagi nasihat berguna untuk blogger hingusan macam aq ni.Dia tu gler blogging sebab 1 hari boleh update sampai 10+ entry!!Dan aq pun masih terus meng-usha blog2 blogger lain.Blog yang aq baru usha ni pun jadi feveret aq .THEOTHERKHAIRUL dan KERETA MAYAT.Entry diorang memang best gler dan slalu terkesan kepada sape2 yang membacanya.Try r baca! :)

Aq blogger hingusan yang slalu ketandusan idea.(sumpah,tak tipu!).Aq takde rupa yang terlalu menawan dengan mata yang besar untuk di show-off-kan.Aq takde duit yang banyak hari2 boleh beli barang branded kemudian bley di-show-off-kan jugak.Dan aq takde duit untuk bercuti2 sampai ke hujung dunia.Aq tak jiwang(aq tak suka novel,tapi suka komik) untuk bermadah-berhelah untuk bagi tips2 tulis surat cinta kepada pakwe/makwe korang .Santapan minum petang aq cuma goreng pisang buatan ibu aq +tongkat ali cafe 5 in 1(tongkat ali orang pompuan bley minum tau!).So, seriously aq takde bahan extraordinary menarik untuk aq tulis.I've nothing to be proud of.Just a typical normal person with not-so nerdy look.That's really myself. :)

(Kononnya)Memandang masa depan yang jauh...


Tongkat Ali Cafe 5 in 1 ais..minum panas2 pun sodap! :P

As a blogger hingusan yang baru je 2 bulan berblogging,aq ni boleh dikatakan budak baru dalam dunia blogging2 ni.Dulu,blog is like a diary tapi skang ni dah macam magazine yang sentiasa mencari publisiti baru.Ko yang banyak followers,tulah yang paling tip-top.2 bulan aq fulltime blogger,baru je dapat mengumpul 53 followerd dan 26 orang yang like blog.Jumlah yang sket,tapi sangat bererti bagi aq.Thanx sangat2 tau!!Aq sangat2 hargai sape2 blogger yang dah follow aq dan sape2 yang dah like blog picisan ni.!!!hee ;D


My beloved followers.. ;)


Thanx LIKERs !! :D


Aq tak macam certain blogger yang dah followers beriban2 even baru je 4-5 bulan blogging.It's a good number..Tapi bler usha2 certain blog yang dah beriban2 followers tu,tak sumer entry best2..Kadang2 tu cuma cter pasal ko baru putus cinta dengan si polan tu,cter pasal ko single lagi(seolah2 nak promot diri sendiri),takpun cter pasal siri drama cinta  dengan si boipren A dan skandal B(buat drama siri Samarinda ok ni!)...Ada jugak blog yang menampilkan pompuan2 bogel pastu the blogger claimed that it's an art.Seni ko!Ko tayang gambar pompuan2 bogel,ko pun secara tak langsung merangsang satu2nya nafsu para pembaca lelaki serta menambah saham2 dosa yang sedia ada.Takpun,ada entry yang copy paste dari blog blogger lain.Aq tak kata blog aq ni superb sangat.Yelah,followers pun ciput je.Tapi aq try avoid cter benda2 yang dah lapuk tu.Aq try cari kelainan,cari cter2 baru,cari cter yang lebih seswai untuk tontonan umum(13SG pun taknak klow bley) dan bermanfaat untuk pembaca.SEBAB BLOG NI UMUM. Sejujurnya,cter2 dalam blog aq ni kebanyakkan berdasarkan pengalaman sebenar dan diolah untuk menjadikannnya lebih menarik tanpa menghilangkan tahap originity(pergh,sedap ayat ko ye!!):P


P/S:Saya bukan blogger hebat,saya cuma blogger hingusan.Saya tak kesah ada orang yang tak suka blog saya.(Klow yang suka,saya lagi suka!).Tapi saya sangat suka berblogging.Adalah lebih baik jika kita sesama blogger memberi nasihat dan kritikan secara berhemah untuk kebaikkan bersama.Saya sedia menerima kritikan yang boleh membantu saya untuk lebih maju dalam blogging ni.Buang yang keruh,ambik yang jernih.chill bebeh! :D

Suka?Boleh LIKE! :D





Jejak-Jejak Joyah