Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Monday, June 25, 2012

Diskriminasi

As-salam..

Malam ni tetiba mood aq terajin nak mengupdate blog.Padahal aq tak siap lipat kain lagi ni.Dua hari punya stok baju lima orang punya pakai(semalam hujan,baju tak kering).Penuh bakul.Sebab rumah aq takde bibik ,maka aq lah bibik di rumah ni.Korang yang ada bibik kat rumah tu,jangan memerintah je kejenye.Sesungguhnya menjadi bibik mahupun suri rumah sepenuh masa sangat memenatkan.

Dah,membebel plak aq ni.Dah berjangkit mak2 punya penyakit r ni kuat membebel.Oklah,kang aq membebel berepisod plak entry ni.Tak habis2.Aq nak cter sket pasal diskriminasi.

Perkataan diskriminasi ni aq kenal masa aq skolah menengah.Masa skolah rendah dulu jahil2 lagi,mana nak paham apa tu diskriminasi.Tapi bila dah meningkat dewasa,sebenarnya aq dah lama mengalami prasaan diskriminasi itu.Cewah,ayat ko sket tak boleh blah.

Diskriminasi 1

Dari kecik lagi,aq ingat lagi aq slalu dibuli dari segi emosional.Orang slalu menganjeng aq gemok.Aq takdelah gemok sangat pun,maybe sebab diorang yang kata aq gemok tu sebenarnya diorang tu prasan kurus atau tak cukup makan,badan melidi je.Sumer tu hanya kerana hasad dengki sebab diorang takde daging dan lemak lebih macam aq.




Tipulah aq tak penah berusaha nak kurus.Tapi apakan daya,dah memang jenis rangka lebar nak kurus pun susah.Kena plak aq jenis kuat makan,memang takde harapanlah nak badan macam Erra Fazira.


Jusmate 5 aq tak penah cuba lagi.Kot2 Dr. Rozmey nak sponsor aq jadi duta dia ok gak. :P

Dulu-dulu memang aq tertekan jugak bila ada orang mengata aq gemok,tapi skang aq tak ambik kesah.Aq ada simpan satu tekad,klow aq nak cari bakal suami orang tu mestilah tak kesah sape aq.Boleh terima aq seadanya.Buat apa klow bakal suami ko tu suka ko sebab ko cantek,sebab ko kurus langsing macam Megan Fox.Kang dah kawen,beranak sumer,berat naik..laki ko pun komplen kata ko dah tak cantek mula nak cari pompuan yang lagi bergetah.

Diskriminasi 2

Honestly,aq rasa menyesal jugaklah masuk UIAM.Bukan tak best,tapi susah nak grad.Banyak subjek ko kena ambik.Sape jelah hati tak berbulu tengok geng2 skolah sumer dah nak grad..nak keje..aq plak tersadai lagi..


Student UIAM je yang paham prasaan aq ni kerana mereka juga mengalami naseb yang sama.Tapi,susah2 tu jugaklah sebenarnya yang banyak ajar aq untuk jadi lebih tabah.Banyak faedah bila dah lama kat u ni..dari seorang yang liat nak solat,aq rajin2kan diri nak tunaikan solat 5 waktu..dari seorang yang loser english tahap gaban,skang ni aq bolehlah nak speaking dengan student foreigner.Banyak lagi benda yang aq nak perbaiki diri ni..

Even hati ni masih lagi berbulu bila tengok orang lain dah nak grad,tapi aq tetap tabahkan hati untuk meneruskan perjuangan yang berbaki untuk bergelar graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.*ehem.

I want to be part of you!! :)

Challenge yourself with the most unwanted choice,and you will get the unpredictable result if you win the challenge.Keep strong bebeh!

Diskriminasi 3

Ni paling aq tak puas hati.Memanglah student tajaan JPA dan MARA dikatakan bertuah sebab sponsor diorang sumer kaya-kaya dan baik hati.Ok,aq memang trasa bler tengok member2 yang blaja kat oversea mampu melancong dan beli gajet2 mewah(aq tak pasti dari mana sumber kewangan tu).Sedangkan student PTPTN bagaikan merempat di negara sendiri.Nak balik kampung kat Johor ni pun duk berkira2 bajet.Yelah,kena plak aq ni dilahirkan dari keluarga yang serba sederhana.Sumer cukup2 je.

Alhamdulillah,aq bersyukur dengan rezki yang ada.Cuma rasa sakit hati bila orang susah disusahkan lagi,orang senang lagi bersenang-lenang.Mana taknya,budak2 MARA dan JPA adalah tajaan,manakala PTPTN adalah pinjaman.Kena plak bayar extra dari yang dipinjam.Sebagai negara berdaulat,aq rasa patut yang senang kena tolong yang susah. :)

*ni secara general je.

Aq bukan nak mengharapkan simpati dari sesape,tapi cuma nak meluahkan apa yang dah lama terbuku.Segala isu berbangkit adalah luahan hati seorang student yang baru-baru nak blaja tentang hidup.

P/s : Awak,jangan trasa tau apa kite cakap.I'm sorry. ;P


THANX FOR READING!! ;D


0 Pengkritik Tegar:

Jejak-Jejak Joyah