Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Saturday, June 30, 2012

Terlampau Sudah

As-Salam...

Awak sehat?Lama tak dengar cter..hehehehe
Ececech..bajet ayat nak usha aweklah konon.Euw..poyo je. :P

*Harap maaf,entry ni ada sket kelucahan bahasa. :P

Dalam beberapa hari aku tak mengupdate ni adalah kerana ke-busy-an dan juga kepenatan bekerja.Yep,kerja kat fast food restaurant.Aku memang plan nak buat part time pun sebab cuti yang ada ni tak elok dibazirkan + aku nak kumpul duit beli DSLR Canon 550D.

Tapi,baru je 3 hari ni aku decide untuk berhenti.Sebabnya??

1.Aku kena tegur sebab berak lama di waktu pagi.
2.Aku dengar cter dari staf lama kat situ dia nak solat Jumaat pun susah.
3.OWNER restoren tu adalah seorang MELAYU dan ISLAM.


Aku sebenarnya tak kesah sangat pun penat2 keje ni.Standardlah keje penat kan.Tapi aku cukup pantang klow bos besar melarang keras untuk aku menunaikan solat or even aku nak berak.Benda ni dah memang wajib,tak boleh tak buat.Masa nak berak bukannya kita tau timing dia bler.Dah klow sakit perot time2 busy tu,pe slah pergi jap ke toilet.Takkanlah nak berkira sangat kan.Kang tak buang,penyakit lain plak datang.Dan klow dah sembelit tiga hari berak 5 minit mana cukup,kurang-kurang pun mau 15-20 minit.

Dulu masa aku buat part time jadi promoter pun,memang bos ada bising jugak pasal waktu solat.Tapi aku rasa boleh trima lagilah sebab bos tu non-Muslim.So,maybe diorang tak paham sangat kita punya waktu solat tu macamna.

Lepas je kena tegur macam tu,baik aku terus je berhenti dari kena mentally abuse setiap hari.Bos ni plak jenis kuat komplen dan tak suka nak dengar pendapat orang lain.

Adalah hari last aku keje tu,aku jawab call ibu aku.Terpaksa angkatlah sebab ibu aku yang call takot2 adik aku lagi teruk ke.Ibu aku memang jarang call pagi2,so bler call tetiba tu buat hati rasa cuak je.

Yes,aku tau time keje memang tak boleh nak main henfon.Tapi bila dah melibatkan hal emergency,takkan tak boleh nak consider sket.Bos tu nampak aku,dia sound aku macam aku ni budak tak paham bahasa.Aku cakap ni emergency call,tapi dia macam tak boleh nak trima.Sumpah,gua bengang gler.Dalam hati masa tu,klow ada sape2 mati,takkan tak boleh nak angkat henfon?

Huish,dari aku keje buat dosa kering je sebab kutok bos, baik aku berhenti.Tiga hari aku keje ni pun aku tak tuntut gaji aku.Gasak r.Tak sanggup aku nak menghadap dia.

Aku bukan nak cakap apa,tapi staff dia sumer baik2.Cool dan relax2 je.Diorang sangat welcoming aku masa mula2 aku masuk keje tu.Sayang sangat klow bos tu tak reti nak appreciate staff yang baik2 macam diorang.

Ok,ni research yang aku buat hasil pertolongan dari En.Google pasal etika Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management ethics):

The unethical practice of Human Resource Management itself has also hit public attention:
* Off-shoring and exploiting ‘cheap’ labour markets;
* Using child labour;
* Reneging on company pension agreements;
* Longer working hours;
* Increasing work stress;
* The use of disputed and dubious practices in hiring and firing of personnel.
It has been shown that just as consumers’ perception of the ethics of a company
can affect sales, so the views of its investors will affect its share price. Similarly, 
it has been suggested that poor standards of conduct emanating from the top 
management affect employee motivation and commitment to organisational goals
(Schramm, 2004).


Dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.
Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini
  1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
  2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
  3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.


Pasal gaji pulak,kiranya kat area kampung2 aku ni takdelah tinggi mana.Standard RM2.50 sejam.

RM2.50 X 8 hours = RM20.00
RM20.00 X 26 days (4 days off) = RM520.00
#elaun kedatangan = RM100.00
#OT = RM150.00
Total Salary= RM770.00
#Socso = Deduct RM100.00
Net Salary : RM 670.00

Ni estimating salary for permanent staff.Klow untuk yang bujang nak sara idop sorang2 bolehlah.Tapi yang ada anak sampai 5 orang macamna?

Aku punya salary yang dipersetuju RM650.00 (termasuk elaun kedatangan).Aku pun takde nak sara sape2.Aku rasa ok,sebab keje 8 jam je .Penat tu tak kesah sangat,tapi paling tak tahan dengan azab mulut bos tu.Nauzubillah.

Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya
  • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
  • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)
2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam
3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan
  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputikepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.
5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
  • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
  • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
  • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak
Aku ada cter dengan bapak aku,bapak aku cakap.. 

"Dalam 10 jari ni,setiap satu ada tugas masing2.Apatah lagi manusia.Bukan sumer orang baik''

I'll take note about that and if one day i'll be the boss,insyaAllah i'll treat my staffs equally and nicely. :)

p/s: Alhamdulillah,adik aku dah kluar hospital. :) 

3 Pengkritik Tegar:

AZLA said...

salam kenal, penuh persahabatan dan
follow 361.......
ditunggu follow balik kawan..
terima kasih

dayteenlea said...

entry menarik

done follow

aswadz said...

sbr je la. patut nyer bole report kalo agensi2 yg berkaitan kalo ada bos yg mcm tuh. slh guna kuasa.

Jejak-Jejak Joyah