As-Salam...
Tetiba dikeheningan pagi ni teringat plak zaman tadika dolu..Klow main teka-teki je mesti nama Ali jadi favorite.Bezfren dia Abu.Jiran sebelah rumah dia Muthu.Kawan kat skolah dia nama Ah Chong.Nama ni sangat popular dan slalu diguna pakai sampai masuk kat buku teks Bahasa Melayu darjah 2 lagi ko.Paling2 nama nak canggih sket pun letak lah Alias ke..Alia ke...
Ko ingat tak teka-teki sapa dapat rambutan?
Seiring perkembangan semasa,aq agak terkejut tengok buku teks Bahasa Melayu adik aq yang darjah 2 skang ni dah tak guna lagi nama Ali,Abu,Ah Chong mahupun Muthu.Nama diorang dah glamer dah.Nama semua nak artis sangatlah kan.Erra,yusri...Dania,Daniel,Damia(tu nama anak sedare aq)..Klow tnye je aq adik aq sapa nama kawan2 dia mesti ko pun terkejut..Klow dalam surat beranak tu,nama anak je paling2 tidak pun dua patah perkataan..contoh:Nurul Markonah dan Mohd. Jemal.Nak nampak kononnya up-to-date sket letak 4 patah perkataan.Siti Nurul Markonah Senah dan Mohd Jemal Abdullah Sani(tak masuk nama bapak lagi ni).Tapi sudah2nya panggil Senah je,takpun Jemal.Klow ko duk di kawasan perkampungan maybe nama tu agak femes lah jugak.Contoh:Senah mana?Ala..Senah Comel anak Pak Jemal tu..Ok,once bila si Senah tu pindah ke Kay-ELL..nama secara tak langsung jadi Sanny.Glamer kau Senah....Pastu mulalah Senah lupa diri..(cerekarama btol r ko ni!!)
Aq kat sini bukan nak menghina ke pe,cuma trasa klakar plak bila fikir2 balik ada certain orang sanggup tukar nama dalam sebab nak ikot keserasian.Dah tukar tu rasa macam glamer je kan(slalu terjadi di kalangan artis2 sebab taknak orang gelak nama ic dia).Nak tukar nama panggilan bolehlah,kang klow nama ko panjang2 sangat habis2 orang panggil ko oi je.Tapi,yang paling tak boleh blah bila ada jugak dah sedap2 letak nama Mohd,tiba2 nak jadi Nurul plak..dah lain sangat plak tu.Nama tu sebenarnya ibarat hadiah pertama yang mak bapak kita bagi kat kita(in case atok ko yang bagi nama,tu atok ko bagi hadiahlah kan).Dan nama yang dah diberi tu pun sebenarnya dah termaktub dalam luh mahfuz.Nama ko Senah,ko Senahlah sampai ke mati.Ko takkan boleh jadi Joyah mahupun Dania.Just appreciate yourself.It's a truth of u. :)
p/s:Joyah takmau kuar sebab dia majok takde orang nak join segmen dia. :P
*nama2 di atas tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
6 Pengkritik Tegar:
hahaha ~
najah terlibat sme ke?? :P
good post. jangan tulis je. hehe :b
hikhikhikhik...btl tu..nama bebudak skunk mmg pjg2..penat taw ckgu nk tulis lam register..hukhukhuk
mak bapak skang ni nak anak glamer macam artis...hehe :P
kat blog world ni, nama aku lain sbb aku nak lain dari orng lain..leh? hehe
Pengkritik tegar/>