Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, August 26, 2011

Top 5 Lagu Raya

As-Salam...

Mintak maaf banyak2 sebab dah hampir seminggu tak update blog.(aiseh,bajet ko blogger glamer ke??).Ok,seminggu ni sebenarnya aq agak kemalasan dan kekurangan idea untuk tulis entry best.(best ke??)
Aq agak sibuk buat kuih raya,baju raya yang ditempah sahabat handai,jahit langsir rumah,cat rumah kaler pink perpel..Nipu benor gayanye!!bahahahaha!

Sejak dari 15 Ramadhan lagi aq asyik duk dengar lagu raya kat Jusco.Dari bukak kedai,sampailah tutup kedai..Kadang2 dengar lagu raya ni,terfeeling jap sorang2..mengalir air mata ni..huhu

Ni carta Top 5 Lagu Raya yang sedap didengar telinga aq:

Top 5.Dendang Perantau-P.Ramlee
Pergh,lagu ni memang tangkap jiwa!!Kena plak aq dah 2 bulan lebih tak balik rumah..alahai,sayunya hati..Tapi lagu ni hanya mampu membangkitkan rasa sedih di pagi raya mengenang naseb anak perantau tanpa sebarang unsur kegembiraan.Mesti student foreigner dengar lagu ni menangis gler.(klow diorang paham.)

Top 4.Suasana Hari Raya-Anuar Zain & Ellina
Seswai dengan tajuknya,lagu ni memang kedengaran meriah ditambah pula dengan suara Anuar Zain yang masih lagi kanak2 riang ketika tu.Bila dengar lagu ni mesti terkenang ketupat,rendang,lemang dan segala juadah wajib ada ketika hari raya.Tengah2 hari buta dengar,terfikir plak makanan..kesian perot aq ni...

Top 3.Sesuci Lebaran-Siti Nurhaliza
Aq ingat lagi lagu ni mula release masa tahun 1995 or 1996.Masa tu aq baru je 5-6 tahun macam tulah.Dato' Siti nyanyi untuk rancangan kat TV1(if i'm not mistaken).1st time dengar,terus tangkap jiwa.Dengan lirik yang penuh keinsafan plus suara Dato' Siti Nurhaliza yang lemak merdu disukai ramai..hoho,superb!!

Top 2:Balik Kampung-Sudirman
Lagu ni tak kesah pun time bila2 ko boleh bukak.Tak kesahlah time raya ke,time exam ke,time hujan ke,time ribut ke..janji ko ada feeling nak balik kampung!!!yeaaahh!!!balik kampung!!!Lagu ni sangat seswai didendangkan di dalam kenderaan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengingatkan para pemandu supaya berhati2 di jalan raya.Biar disambut  oleh kaum kerabat dengan hepi,jangan disambut denagn tangisan airmata sebab dah jadi jenazah..

Top 1:Menjelang Hari Raya-DJ Dave
Lagu ni sumpah berhantu.Bukan aq kata hantu2 suka lagu ni,tapi lagu ni slalunya dapat membangkitkan suasana raya yang penuh keceriaan.Tak kesahlah ko dalam bas on the way nak balik kampung malam raya,dengar lagu ni terus rasa nak cepat2 raya meskipun ko dah berbuka puasa awal di tengah hari pada hari tu.(alasan kukuh,musafir di angin lalu...)

Ni antara lagu2 raya yang harus-wajib aq dengar time raya ni.Lagu Eminem,Justin Bieber,Super Junior,SNSD bagaikan pupus ketika dihari raya dan hanya kedengaran selepas bulan Syawal berlalu..Lagu raya feveret korang plak??


Nilah kad raya aq yang tak seberapa ni ditujukan khas untuk followers,likers dan sesape je yang mengenali diri ni... ;)

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! :D
*mode:nak balik kampung...nak balik kampung..nak balik kampung..nak balik kampung..






10 Pengkritik Tegar:

fiq. said...

memang terbaik arg,,,suke layan nak amik mud graye

Jaedie said...

btol2..takde lagu raya tak best!!

AINI CHE DIN said...

lima2 lagu raya tu memang dari dlu smpai sekarang tetap di hati...lagu2 skrng ni byk unsur2 rap la ntah pe bnde je..tak awesome lgu mcm tu..hehehe

Asyraf Azizan said...

lagu raya yang evergreen. best sgt lagu2 tu

Jaedie said...

lagu raya skang tak best..tak melekat di jiwa..lagu dulu2 jugak yang sedap.. :)

asamasin said...

tp aku ase balik kg nyanyian sudirman pon best gak..cne eh?huhu..folo me back yeah.. :D apeponbolehhhh

Saiazuan said...

playlist yg best!!!

..awish.. said...

lawa kad raya.. :P

nelly said...

Nelly The Strange nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA !
:)

Zuha said...

lagu raya lagenda...nice one...

Jejak-Jejak Joyah