Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, October 25, 2013

Let's talk about MONEY!!

Assalamualaikum..

Semalam hot pasal issue sorang laki yang tak siuman tikam secara rambang.Pergh,bapak cuak siot sebab tempat kejadian tu dekat gler dengan uni aq.Dahlah nak pegi mana2 pun memang naik lrt dari stesen gombak.Tak boleh bayanglah kan auntie yang aq slalu usha jagung manis dia tu kena tikam.Ya Allah,seriously memang sangat dasyat.Padahal kelmarin tu baru je aq kuar berhungga-hungga dengan member2 aq laik lrt.Even takde kat tempat kejadian,trauma tu trasa jugak.Takut.

Today,hot issue pasal bajet 2014.Aq tak tengok details lagi pasal bajet 2014.Tapi issue yang banyak orang post kat facebook pasal gula dikurangkan jumlah subsidi sebanyak 34 sen.That means,gula naik harga 34 sen dari current price.

Gula naik harga oi!!


Wohoo,Malaysian sangat sensitif.Actually I'm not really bother about harga gula naik sebab skang ni pun aq dah kurang minum manis.Makin tua ni,kenalah jaga kesihatan.Oklah,sebenarnya tak perlu pun nak kecoh sangat pasal gula naik harga or even kau tak payah jadi politician pun untuk kawal ekonomi negara because we part of economy.

Tips mudah,tak payah beli gula.Weyh,mana bley idop takde gula!!Nanti teh tarik naik harga!!Beb,kau lepak kat Starbuck bayar kopi RM10 boleh je kan?So,here the basic concept needs to be applied.When demand increase,price increase.Untuk menurunkan demand of sugar,kurangkan beli gula.Banyak je yang boleh ganti gula contoh madu dan susu pekat manis.

Honestly,sejak bapak aq agak cautious pasal kesihatan kat rumah aq boleh kata penggunaan gula tu dapat dikurangkan.Boleh kata stok gula kat rumah aq tu 1 kg gula untuk sebulan atau lebih.Tak tipu tau,ni fakta,bukan auta.

Tapi,untuk bakers yang slalu buat kek ni memang tak dapat nak elak jugaklah.Untuk buat kek,memang banyak pakai gula.Jap,aq rasa sebab dah ramai sangat amateur bakers nilah punca2 gula naik harga.hmm.Semua orang nak jadi bakers sebab untung lagi banyak dari jual nasi lemak.hmm.

Rakyat Malaysia kecoh harga gula naik,tapi masih mampu makan KFC,makan kat Secret Recipe,beli iphone 5S,beli galaxy note 3.Takpelah,duit sendiri gaji sendiri,Tapi bler gula naik,time tu fikir plak pasal naseb orang yang tak bernaseb baik.Slama ni makan sedap2,tukar2 henpon ada fikir diorang tak??Tak kan.Kat sinilah kte kena tengok jugak,macamna kita punya sumbangan kepada masyarakat sekeliling.

Memandangkan golongan berpendatan sederhana RM3000++ ni boleh dikatakan golongan majoriti,jadi golongan ni yang lebih diberi perhatian untuk buat research berbanding golongan minoriti yang susah samada kat bandar atau luar bandar.Senang cter,gaji RM3k belanja macam orang gaji RM5k susahlah macamtu.Hutang keliling pinggang sebab nak idop mewah.Definisi idop mewah tu dah disalah tafsir dengan kete mewah,henpon canggih,shopping barang branded.Bagi aq idop mewah tu,makan minum sumer cukup,pakai cukup,henpon boleh nak call sms,fesbuk sket2 dan yang paling penting hutang aq tak banyak.Bila hutang dah banyak,hati tak tenang.Bila hati tak tenang,mulalah depress dan seterusnya jadi gila.
Aq depress sebab assignment tak siap lagi.

Sebab tu ramai yang jadi gila sebab duit.Sanggup bunuh orang sebab duit.At least,tolonglah fikir satu benda ni.Duit banyak2 pun mati takdenye angkut duit tu masuk kubur.Sebelum buat sesuatu demi duit,fikirlah untuk benda lain.Lebih elok fikir keje tu nak tolong family ke,untuk bersedekah ke...something yang bermanfaat jadi bukti kte idop kat dunia ni bukan sia2.Money is something,but not for everything.

p/s : Berhati2 anda di walau dimana jua.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bala yang melampau, kecelakaan, keputusan yang tidak baik dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mintalah perlindungan daripada Allah kerana segala ketetapan yang baik atau tidak baik semuanya datang daripada Allah. Tiada yang lain boleh melindungi kita selain Allah.


Tuesday, October 22, 2013

Welcome back!!

Assalamualaikum..

Pergh...gler lama siot aq tak mengendap blog aq.Serius lama gler.Last entry bulan April aritu.So,skang ni dah nak masuk bulan November,adalah dalam 7 bulan macamtu.Orang pregnant bley dah nak bersalin klow masuk bulan ketujuh.hehe 

Ni boleh kata aq punya coming back setelah kesekian lamanya aq menyepi dari dunia blogging ni.Dulu ada jugak rasa nak tutup je,tapi bler tengok balik..rindunya kat blog sendiri.Dah macam jumpa kawan lama plak bler bukak blog sendiri.So,tak jadilah nak tutup.Maybe aq at least once a week update blog ni. :)

Taktau lagi nak buat genre apa untuk season baru blog aq ni.Aiseh,dah macam drama series Desperate Housewives plak ada season baru bagai kan.Tapi rasanya lebih kepada genre ikot-suka-hati-aq-nak-tulis- apa.

Klow nak update pasal retis,rasanya macam mainstream sangatlah plak kan.Pasal gambar2 pelik,bukan minat aq.Pasal hal ehwal semasa,Berita Harian dah ada kan?hahaha :P

Owh,baru teringat nak cter apa.Aq baru je lepas mid-sem break.Tak pegi mana2 pun,menapak kat rumah je.Tapi ntah tiba2 hormon ganjil kuar aq jadi rajin masak.Macam2lah aq masak.


Pizza

Chili cheese fries.

Ok,takdelah macam2 pun aq masak.Yang penting,skali masak je trus habis tau.Laku u'olls.hehe :P

Skang ni aq sangat obses dengan series Awkward.
Mula-mula bakal adik ipar yang bagi (eh?).Dia yang suggest kat aq sowh tengok cter ni.
Dah tengok tu,addicted plak.Sumpah taktipu best gler.:D


Malam ni season baru.can't wait!! >.<

Ok,aq nak pegi makan dulu.Tadi lunch bihun sup segera je.Bye! :D

Thanx for reading peeps! ;)

p/s : I pun dah ada account instagram.hehe




Monday, April 15, 2013

The Paperbag Giveaway!!

As-Salam...

wehooo!!!dah lama tak berkunjung ke blog sendriri.hehehe
I kan orang busy,so takde mase nak update2 blog ni.*sila baca dengan nada so called datin yang tak berapa nak busy,konon2 buat busy.ehem. argh,kau memang dah malas cakap jelah.muahahahaha!!

Ok,simple and short.Nak bagitau je,online shop kite yang menjual beg2 terkini skang ni ada buat giveaway.Mula-mula dateline dia harini 15/04/2013,so disebabkan kite ni seorang yang baik hati lagi berhati mulia maka dateline extend sampai hari Sabtu,20/04/2013. :)


Macamna nak join?Sangat senang wokeyh!
1)Like page The Paperbag
2)Share di Facebook korang.
3)Invite member Facebook korang.

 or


1)Follow blog ni.
2) Buat short entry pasal The Paperbag
3) Letak 2 nama kengkawan bloggers korang kat entry tu. :)

So,apa lagi?adik kakak abang yang hensem2 dan comel ni jom giveaway The Paperbag!!
Hadiah misteri menunggu anda...

p/s : sangat tak suka hari Isnin...huhuhu TT.TT

Friday, March 22, 2013

Hijabdreamboat

As-salam...

Minggu ni boleh kata minggu yang agak busy bagi aq.Tak kesah pun sumer tu,tapi yang paling sedih aq kena ketumbit.

Tepon ibu nak mengadu naseb..


Aq :  Ibu,ida kena ketumbit lah.
Ibu :  Ida mengendap orang berak ke?
Aq :  Mana ada. Ta*k sendiri pun tak tengok.


Dah tak pasal2 kena tuduh ngendap orang berak.Sangat sadis.Sobs. :'(

  
Ok,dah habis sesi mengadu naseb kepada rakyat jelata

.Hari ni Mak Jemah nak promot kat u'olls satu lagi produk mak tau.Ni dia!TADAA! 




Ni lagi satu online shop yang jual segala jenis shawl dan tudung bawal dengan design yang terkini.
Dia punya design sumernye cute2 je.Untuk yang suka pakai baju plain,tudung2 corak ni sangat seswai untuk anda. :)


Yang jadi model tu owner dia sendiri.Cik Iffah.

*Aq sampai skang jeles dengan mata dia yang besor tu.haha :p

\
Bunga-bunga cinta...layu di pusara...



 
Parsley..bukan fazli ye..



Corak bunga kanak2...hehe



Kuning si kunang2..eh,pe benda aq melalut ni? @.@

Amacam?dah cakap kan dia punya design baik punya..nak tengok lagi/boleh klik SINI. :)

Range harga dia sangatlah berpatutan,around RM15-RM25 je.
Shawl dan tudung ni ada dalam fabrik chiffon,satin dan cotton.Weyh,mana nak dapat fabrik2 macamtu dengan harga murah??

Fabrik chiffon.


Fabrik satin.


So,klow rasa nak beli shawl/tudung murah + cantek + malas nak cari parking,anda sangat2 digalakkan shopping online kat HIJAB.DREAM.BOAT. :)

P/s: yeah!yeah!cuti mid-sem!muahahahaha!! :D

Thursday, March 14, 2013

The Paperbag

As-salam...

Pe kabo orang kampung??!!sudah lama kita tidak ketemu ya..I ni beselah,busy je memanjang.Argghh,tu sumer dusta belaka.Banyak je free time,cuma rasa takde mood nak update blog.Takde mood = malas.Ada jugak terfikir nak tutup je blog ni.Tapi..bler fikir2 balik..tak jadi r..heuheuheu

Kte ada cter ni awak..kte kan dah bukak online shop baru..nama dia The Paperbag.



Ni hasil kolabrasi aq dengan member aq,Kaera.Dia bagi idea nak jual beg,aq bagi idea untuk nama online shop kitorang tu.Ok ke nama The Paperbag tu?Macam ada poyo2 sket pun ada jugak kan..kehkehkeh

Kitorang jual beg.Tu sumber utama,insyaAllah ada penambahan lagi.Setakat ni baru handbag dan flower brooch.

Cute kan?cute kan? :D

Flower brooch!Bunga2 gitu.
*tempahan brooch boleh jugak dibuat secara borong. :)

Kau pakai beg ni,confirm terus jadi cun macam awek korea di atas.hehe :P


The Paperbag : murah dan cantek.Dari segi kualiti,klow ko pandai jaga,tahanlah.Tapi klow handbag bawak masuk hutan,sumbat kuah kari,air lai ci kang sumer tu..handbag Guess harga RM300 pun boleh rabak dalam masa 4 hari.Range harga yang The Paperbag tawarkan paling murah dalam market,dalam RM23.00-RM30.00 only maa...
Ni antara beg2 yang ada dalam The Paperbag.Simple but nice.









Nak tengok lagi??Nak order?Silalah ke Facebook page The Paperbag.

Jangan lupa LIKE skali tau! :D

p/s : Kredit hour sem ni tak banyak,sambil2 tu boleh berbisnes.heuheuheu ;P


Friday, January 18, 2013

Hey you!LISTEN!

As-salam..

Dah lama tak berblogging ni.Mintak maaflah I ni orang busy.Amboi,busynye kau mengalahkan bibik yang kena kemas rumah banglo 5 tingkat sengsorang.Ish2,sian bibik tu.Skang ni baru free banyak sebab awal tahun haritu aq ada exam.Dah taktau nak update pasal pe,trasa macam terpanggil nak cter pasal kes Listen!.

Ni pendapat aq secara peribadi,tiada kaitan dengan mana2 pihak politik.

Dalam video tu,cik B mempersoalkan mengenai free education kat panel Miss P.Aq rasa,tak salah untuk bertanya sebab masa tu memang tengah sesi soal jawab.So,ahli panel tu kenalah jawab soalan yang dipersoalkan tu.Bukannya jawab listen! je.Aq dah kata aq tak memihak mana2.Aq tak mempersoalkan pe isi kandungan yang disoal cik B tu,tapi lebih kepada the way of their discussion and communication.
Sila tengok contoh di bawah:

Seorang murid blur darjah 2 tanya kat cikgu Math dia :

Murid :                 Cikgu,naper dua darab dua sama dengan empat?

Cikgu Math X :     Dengar sini!Kan saya baru ajar tadi dua darab dua sama dengan
                            empat!Awak ni tak paham ke?

Murid :                *Terkedu.tak berani nak cakap pe.

Yang ni plak contoh yang bagus :

Murid :                 Cikgu,naper dua darab dua sama dengan empat?

Cikgu Math Y :    Owh..macamni..*explain....blablabla...

Murid :                Oooohhh..barulah saya paham!terima kasih cikgu! :)


See the difference??

Aq dulu memang loser math.Nak hafal sifir tiga pun susah,sampailah ada sorang cikgu macam cikgu Math Y datang ajar kat klas aq mengajar murid loser macam aq ni.Dan skang course yang aq ambik kat universiti memang kena main dengan nombor yang sangat banyak.Biar jadi bodoh untuk 5 minit apabila bertanya daripada jadi bodoh selamanya kerana tidak pernah bertanya.

Pemansuhan PTPTN

Yang ni aq kurang setuju.Pendidikan percuma sebenarnya dah lama diterapkan.Biasiswa JPA,MARA sumer tu bukan diorang dapat free ke?Dahlah banyak,free plak tu.Aq selaku peminjam PTPTN kadang2 trasa jeles dengan 'orang2 kaya' ni.Yelah,dahlah lepas bayar yuran yang tinggal pun tak seberapa.Awal2 sem bleylah nak makan Secret Recipe,kang dah hujung sem stok megi gak yang dicari.Ok,ni hakikat.Bukan cter palsu atau rekaan.

Sumer ni bergantung pada rezeki dan usaha kita.Student yang dapat scholarship tu memang tak dapat dinafikan pun diorang memang bijak2 dan rajin2 belaka.Every sem GPA mesti score 3.50 je kan.Dah kau memang layak dapat scholarship pun.Untonglah..

Tapi..tapi..student yang bijak tapi kurang rajin macam aq ni pun bley je taknak bayar pinjaman tu.Kau kenalah dapat 1st Class Degree.That means CGPA final sem kenalah score 3.50 above.haa..mampu??Tepuk dada,tanya selera.

Dah nama pun duit pinjam.Kau pinjam orang kenalah bayar.Setiap sem duit tiba2 masuk dalam akaun bank,kau beli smartphone..beli DSLR lah..belanja awek makanlah..beli handbag gucci..pastu taknak bayar.Banyak cantek muka.Kau klow pinjam dengan Ah Long mampus kena  kejar dengan parang.Pastu confirm kete ke,motor ke..basikal ke kena simbah cat merah.

Yang pasal percentage tu..hmm..ni pe yang aq dah blaja dan aq paham.Disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat dari setahun ke setahun,nilai matawang kita semakin jatuh.Harga barang plak makin naik.Dulu keropok mamee 20sen je.Skang ni standard price 30sen.Klow kat Zoo Negara atau kat Genting Highland lagi cekik darah sampai bley mencecah 50sen.Kenapa keropok mamee?Sebab aq suka makan keropok mamee.

Peneman aq dikala waktu exam.


Personally,riba tu duit bunga yang kau paksa orang bayar lepas kau bagi dia pinjam duit tanpa sebab dan alasan yang kukuh dan untuk kegunaan diri sendiri je.Contoh,kau bagi member kau pinjam RM100.Kau pun setuju dengan member kau sowh dia bayar RM100 je.Duit tu pun kiranya takde pe2 kepentingan untuk kau,macam nak bagi makan anak bini ke..tapi,disebabkan ketamakkan kau dihasut syaitan2 durjana kau mintak member kau bayar RM150.So,RM50 tu dah dikira riba.Dalam kes PTPTN plak,duit tu rewind balik untuk kegunaan generasi baru.Matawang jatuh,harga barang plak makin naik.

Pemansuhan PTPTN tu kurang relevan untuk student yang bijak,tapi kurang kaya dan kurng rajin macam aq ni dan kebanyakkan golongan majoriti student dari kelompok yang sama.Aq pun datang dari keluarga yang bese2 je.Even PTPTN tu duit pinjaman,aq pun kadang2 (slalu je) beli barang ikot kehendak naluri.Sebab aq tau,dah duit ni pun kang aq bayar jugak.Aq confident aq mampu untuk bayar balik pe yang dah dipinjamkan lepas aq graduate nanti.Pergh,lemak r dah pinjam taknak bayar.Ni prinsip aq,kau dah reti berhutang silalah reti bayar balik.If dapat diskaun untuk bayar hutang tu pun dah cukup.

Weyh,klow sumer barang kau nak free..susahlah macamtu.Kita ni klow dimanjakan sangat,semakin naik lemaknye.Kenalah rasa susah sket baru tau pe tu erti hidup. :) 

p/s : Saya tak memihak mana2 pun.Ni cuma sekadar realiti hidup yang dihadapi oleh blogger sendiri. Sekian.Thanx for reading!! :)


Saturday, December 22, 2012

B.D.V - Membeli Sambil Menderma

As-Salam...

Harap maaf kepada sumer warga readers diatas kemalasan aq untuk update blog ni.Busy dengan assignment dan segala macam jenis program.Final exam pun dah tak lama je lagi,Sabtu next week 1st paper aq.Tapi harini aq takde mood nak study.hehe.So,harini aq ada mood nak update blog plus aq dah janji dengan member aq.Pe kah janji itu?hehe :P

Ok,sebenarnya dah lama member aq,Adlyka mintak aq introducekan dia punya blogshop.Ni bussiness online member aq tu dengan adik dia.Serius,aq tak tipu memang cool gler idea minah ni! :D


Sambil anda membeli,anda juga menderma!50% of your money buying stuff from this blogshop will be donated!Agak rare jumpa blogshop yang buat konsep membeli sambil menderma..

Baju-baju dia sumer comel-comel!Argh,super kawaii!!! >.<

Skirt blouse.sweet je.



Hoodie style.


Baju macamni tengah hot.Pe orang panggil..pepelam?peplum. :P

Polka dot & ribbon!!


For those gurls yang suka ala-ala korean style ni,baju-baju macamni sangat sesuai dengan korang!!
Skang ni tengah ni pun diorang tengah buat sale!!& FREE POSTAGE!!!wohoo!!

Tak payah susah2 nak pergi shopping mall,meredah jam ,bayar tol dan parking semata-mata untuk sehelai baju.Nak tengok lagi baju-baju diorang yang awesome ni?Silalah klik SINI.
Ni plak facebook page B.D.V (BuyDonateVolunteer)

Ok,selamat bershopping dan beramal!! :D

P/s: Skang ni member aq tu tengah bercuti kat Iceland.Weyh,jangan lupa souvenir aq!!haha :P


Saturday, November 10, 2012

Tips Kulit Chantek

As-salam...

Ok,hari ni aq agak rajin nak update blog.Ada mood,wifi pun laju.Idea pun bagaikan mencurah2 ke ladang gandum.Amboi,hyperbola btol ayat.Nak show off ko dapat A dalam SPM r tu.Owh,tu cter sumer dah basi.Argh,pedulikkan.

Skang ni banyak sangat  produk2 kechantekkan.Jangan senang tertipu r dengan iklan2 photoshop tu.Pakai 3 hari kulit muka terus nampak flawless.Tipu sangat,kadang2 tu ada plak harga gler mahal tapi efek tak semegah mana pun.So,takmau membebel banyak kita terus ke tajuk utama.Aq nak bagi sket tips2 kulit chantek dan sehat.Simpel,murah dan jimat!! :D

1. Basuh tangan sebelum pegang muka.
Yes,ni memang pantang yang sangat2 perlu dijaga.Jangan ko dah pegang itu ini,pastu terus pegang muka,No!no!no!jangan weyh...bahaya.Kot2,ada yang baru kuar toilet,tangan tak sempat basuh nampak jerawat terus gatal tangan nak picit.Kang makin merebak jerawat tu.Basuh tangan dulu,baru pegang muka.

2.Lap muka dengan tuala bersih.
Benda ni pun basic jugak.Yelah,dah cuci muka bersih2 pastu lap plak dengan tuala mandi 2 minggu tak basuh.Pergh,mau berkurap muka tu.Klow malas,beli tisu banyak2.Dah guna terus buang.



3.Cari produk yang seswai dengan muka.
Tak perlu yang mahal2.Klow mampu takpe,tapi klow tak mampu jangan buat2 mampu sampai semata2 nak beli cuci muka ko tak cukup makan.Tu kesian namanye.Paling parah,dah r beli mahal2.pastu tak seswai plak dengan kulit muka.Tak sumer produk mahal tu elok dan tak sumer produk murah tu hampeh. Honestly bagi aq r..produk2 yang dari US,UK dan seumpanya tak seswai dengan kulit orang Asia.Maybe seswai dengan diorang,tapi bukan kita.Klow produk macam dari Jepun,Korea..seswai dengan kulit orang Asia.Tapi,kena rajin baca ingredient dia.Klow tak paham pe benda dia tulis,google.Cari info pasal produk tu.Kot dia letak gelatin kulit bab*,tak ke naya tu ko kena basuh muka guna air tanah plak.So,nak selamat cari produk yang berunsurkan tumbuh2an dan alam semulajadi.Skang ni pun dah banyak produk tempatan,harga pun murah.Cari je yang mana berkenan. :)

Aq cuma pakai sabun ni..

& krim ni...



4.Cuci muka bersih2 pas mekap.
Ni satu lagi.Sehari suntuk mekap 8 inchi,balik rumah penat2 terus tido.Sekali sekala oklah,tapi klow slalu mau parah kulit.Seelok2nya,sebelum cuci muka tu..guna make up remover untuk buang sumer kesan2 mekap,pastu baru cuci muka bersih2.Malam2 tu tak payah nak mekap2 bagai.Bagi ruang untuk kulit bernafas dengan sehatnye.

Aq guna yang ni.Seswai untuk tanggal mekap dengan mudah & pantas.

5.Jaga luar,kena jaga dalam jugak.
Kulit nak sentiasa anggun menawan,dalaman pun kena jaga.Oklah,tak tipu aq ada ambik supplemen.Nama dia lechitin..Sebenarnya,aq ambik supplemen ni untuk otak (sebab daya ingatan aq dah tahap pre-alzheimer).Selain untuk otak,lechitin ni jugak bagus untuk kulit.Nak tau lagi,bley refer kat SINI.Bila sistem dalam badan pun elok,kat luar pun mesti chantek. :)

nilah hasilnye.. :)


Tips2 ni bukan untuk akak2 je tau,abang2 pun boleh apply jugak (except yang no.4 tu :P).Bak kata Rozita Che Wan,nak chantek kena rajin.Sebab tu klow tau umur sebenar dia ko akan panggil dia makcik,tapi sebab dia cantik ko tak sanggup panggil dia makcik tapi panggil dia akak.Meletops u'olls.

Nak chantek kena rajin u'olls.

P/s: Tak kesah kulit hitam manis atau putih jelita,yang penting hati mesti mau baik punyerr.
Baru bley kata perfect beauty. ;)




Thanx for reading!! :D

Wednesday, November 7, 2012

Problem???

As-Salam...

Setelah kesekian kalinya,aq muncul kembali dalam dunia blogging.Aiseh,ayat macam artis suam2 kuku buat coming back je.Aq kepupusan idea nak update entry baru.Pastu line internet plak slow macam siput.Tu yang malas nak update.Terus takde mood..

So,memandangkan wifi skang ok aq pun mengambil inisiatif nak update dengan entry yang baru dan lebih segar.Ehem2.

Hari ni aq nak cter pasal masalah.Orang kampung aq sebut problem.Dah pe hal ribut takde,taufan takde nak cter pasal masalah?Argh,suka ati aq r aq nak cter pe.Aq bukan nak cari masalah,tapi nak cter macamna nak menghadapi masalah dengan hati yang tenang.




Honestly,aq ni jenis cepat menggelabah bler ada problem yang tak semena2 datang.Tapi,pastu aq ok je.
Hati yang tenang dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada adalah kunci utama kebahagian.Cewah,ayat sket tak bley blah.Tapi kat situ ada btolnye.

Tengok je contoh orang2 kaya ni lagi2 plak yang kedekut (bukan sumer,tapi ambik contoh je),hati sentiasa tak tenang.Takot duit hilang,hutang kad kredit,hutang rumah,hutang kete sampai 4-5 biji...Nak bagi makan anak bini lagi..Ada jugak orang yang tak berapa kaya,tapi dia sentiasa bersyukur.Hidup dia cukup2 je.Kete pakai bese2.Hutang takde,makan cukup,tido cukup.Hati pun senang.

So,spe2 yang tengah ada problem skang ni tak payah nak gelisah sangat.Take your own time to relax.Klow aq punya cara nak relax aq suka makan coklat,tengok cter2 lawak,baca buku motivasi..klow dah taktau nak   buat pe,aq tido jelahBuat something yang korang suka,tak payah ambik peduli pasal masalah tu buat sementara.

Ni feveret aq,time rasa tension.Oppa Gangnam Style.

Rasa2 dah tenang sket tu,barulah buat keputusan untuk setelkan masalah yang belom selesai tu.Masalah yang diselesaikan sebenarnye batu loncatan untuk kita jadi lebih matang.Ala,macam kau main game,dah lepas satu level naik satu level lagi kan.Makin lama,makin expert dan paham macamna nak menghadapi masalah tu.Satu lagi,sebagai orang Islam jangan lupa kte ada Allah.Sentiasa mintak petunjuk dariNya. :)

Al-Quran is the best medicine for heart. :)

Oklah,internet dah makin slow.Orang dah makin ramai yang online.Aq chow dulu!! ;)



   

Friday, August 17, 2012

Raya Datang Lagi

As-salam.. Pejam celik,pejam celik dah nak habis dah bulan Ramadhan.Jap je rasa.Klow dah nak habis pose ni,maknanye dah nak raya lah kan??Yeah!Raya!Raya! :D

Amboi,semangat kau klow nak raya.Cuba klow puasa,melepek macam tapak sulaiman tak cukup air.So,u'olls sumer ni dah bayar zakat,dah beli baju raya?Yang mana on the way nak balik kampung tu.hati2 lah di jalan raya.Ingatlah ketupat lemang yang bakal menanti di pagi raya.eh?Yelah,kang klow raya kat hospital kan tak best tak dapat makan ketupat..lemang..kuih raya..hehehe :P

Takmau cter banyak pun,tapi nak cter jugaklah.Boleh dikatakan tahun ni punya bulan Ramadhan agak mencabar bagi aq.Adik aq sakit sampai tak boleh nak berjalan.Pastu,ada pompuan gler yang kcow kehidupanku yang aman damai ini dengan menabur fitnah cakap aq yang bukan2.Ikutkan hati nak je aq hantar santau kat minah gler tu.Tapi aq tau,sumer tu perbuatan khurafat lagi syirik.Aq pun masih waras lagi.Maka,biarlah Allah memberi balasan yang selayaknya atas perbuatannya itu.Amin.Syukur alhamdulillah,everything is going better than expected.Adik aq dapat berjalan semula seperti sedia kala.Klow dulu nak shopping kat Econsave kena duduk dalam troli,skang ni dia dah boleh jalan.hee :)

Oklah,dah takde benda aq nak cter lagi.Ni kad raya aq yang tak seberapa untuk semua readers,likers dan jugak followers aq.Thanx a lot for your support! *pergh,ayat macam dapat Anugerah Bintang Popular je. :P

Kad Raya 1

Kad Raya 2

Akhir kalam,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin. :)


Monday, August 13, 2012

Raya Owh Raya

As-Salam...

Dalam diam tak diam,jap je dah nak raya.Aq rasa aq baru je update blog hari tu.eh?Dah lama aey??Hehehe..Takpelah,blog cikai macamni sape jelah sudi membaca..*argh.kau tak sudah2 merendah diri kononnya diri itu bajet tinggi sangatlah kan. :P

Dah tak berapa hari nak raya ni..ada tak sesape lagi blom beli baju raya?kasut raya?aq?dah beli dah..hari Sabtu hari tu kat Jalan TAR.Macam nak mampus punya ramai orang.B***ot berlanggar b***ot r senang cter.(sila isi tempat kosong dengan huruf yang sepatutnye)Memang mencabar keimanan sampai trasa macam nak bukak pose je.hee.Sumer pakcik makcik,uncles and aunties sumer duk sibuk belek2 baju raya untuk anak2.Yang aq ni pun taknak kalah jugak,datang duk semakkan lagi Jalan TAR yang dah sedia semak tu.Owh,aq g dengan En.Amal Aziz.Kitorang decide nak shopping kat sana sebab bley tawar-menawar.Bak kata abang jual samping kat area Jalan TAR tu,kualiti pavi (pavilion) harga Mydin.Haa,mampu kau??hahaha

Lebih kurang macamni lah sesaknye Jalan TAR. 
*Import dari google je..Xde gmbar sndri.tak sempat ambik..=.='


So,sebulan duk gaduh dengan En.Amal Aziz,aq pun ikut jugaklah kehendak dia nak baju raya tahun ni tema kaler merah.Warna feveret u'olls.Memandangkan aq tak penah ada baju raya kaler merah,so ok jelah.Tema baju raya dengan famili kaler oren.Jubah kaler hitam satu.Meriahnye tahun ni.Takdelah,baju2 sumer tu bley kata nak pakai untuk jangka masa yang panjang.Aq g klas pun slalu pakai baju kurung,jubah tu pun 1st time aq beli.Ok,fine.Kena alter bawah sket.Hmm. =.='

Masa jejalan kat Jalan TAR tu kan,macam2 gaya orang pakai tudung.Hana Tajima,Yuna,Najwa Latif..kau sebut je.Confirm ada.Aq rasa macam....woah,terernye diorang maintainkan gaya tudung diorang tanpa sebarang cacat cela!!Aq pnye tudung memang dah serabut habis.En.Amal Aziz cakap klow datang sini nak mekap2 sumer tu tak payahlah,cair habis.Klow nak mekap2,g jejalan kat KLCC.

So,hasil bershopping kat Jalan TAR..maka dapatlah aq beli sepasang baju kurung,2 helai tudung dan skirt.Pastu aq belikn jugak ibu aq blouse.En.Amal Aziz plak beli sepasang baju melayu,samping,songkok dan butang baju Melayu.Complete set,harga sumer tawar baik punya.hehehe ;D

Oklah,setakat ni je dulu cter aq pasal shopping raya.Nanti dah raya,baru kite tunjuk baju raya kite aey... :P

p/s:Ramadhan yang berbaki ni perbanyakkanlah lagi amal ibadah.
Eh,zakat dah bayar??? :)




Thursday, July 19, 2012

Revolusi Spek

As-Salam..

Berkurun lama aq tak mengupdate blog tak seberapa ni.Apakan daya,mood takde.Balik2 bukak fesbuk,stalk orang,usha blog orang.Tapi idea2 bernas tak muncul2 jugak.Kena plak rumah aq ni dah kat seminggu takde air,nseb jelah hujan hari2.Alhamdulillah. :)

Baru je dua hari lepas,spek(cermin mata) yang aq tempah siap.Boleh kata tiap2 tahun jugaklah aq tukar spek,nak ikot peredaran zaman (kononnye).Ntah bapak aq tiba2 mood dia baik plak,aq saje nak mintak sponsor untuk buat spek baru..terus je hulur duit.hehehe :D Maka,dengan muka tak berapa nak malu,terus ambik duit tu dan terus ke kedai spek untuk membuat spek...lalalalala

Klow ikot tahun ni,dah 9-10 kali jugak(aq tak berapa ingat) aq tukar spek since dari aq darjah 5 masa mula2 pakai spek dulu2.
Bila tengok balik gambar2 lama.ya Allah...huduhnyelah muka aq.Pakai spek frame bulat.Muka pulak bulat.Memang patut member2 aq masa darjah 5 dulu panggil aq Doraemon.Doraemon pakai spek Nobita.Huh,sungguh kejam mereka kutok aq sedemikian rupa.*memang burok pun.. sila trima hakikat.TT.TT

Ko bayangkan Doraemon ni pakai spek macamna??


Masa tu aq darjah 6, dah masuk kali ke-3 tak silap tukar spek (yang ke-2 patah,tak sampai 3 bulan pakai).Zaman frame besi.Hipster sumer2 tu tak wujud lagi.Dari spek bulat,tukar ke bentuk bujur2.Nak ubah bentuk muka sket.Aiseh,berlagak kau pakai spek.Muka ala2 genius gitu.Padahal time kelas kuat memekak je.Ada satu hari tu aq kena debik dari blakang dengan cikgu disiplin sebab memekak tahap maksima,member aq yang duk sebelah tak bagi signal pun cikgu datang.Skali dia pun kena.wuahahahahahaha!!hambik ko! :P

Dah masuk tingkatan 2,aq mula berevolusi dari frame besi ke frame plastik.Bapak aq yang memang dari dulu sebagai sponsor utama pembekal spek aq ni bertanya.. "Apsal tak pakai frame besi je.Kan lagi tahan",aq dengan penuh konfiden pun menjawab.. ''Frame besi cepat bengkok,frame plastik ni tak boleh bengkok.Dia terus patah".Bapak aq yang sedkit bengang dengan jawapan over konfiden aq tu pun membalas.. "Kang klow patah,abah dah taknak ganti.Gasak kau lah".


Ok,abah.Fine.Fine.



My second plastic frame speck.*Ni gambar 2009.Aq kurus lagi masa ni.Dem!Dem! TT.TT


Power spek pun makin bertambah2,dari 200++ sampai skang ni 500++.Dari bulat kebujur,besi ke plastik..Aq pun mengambil langkah yang lebih ke hadapan,pakai spek yang berbentuk petak,kaler white-silver,besi+plastik.Kelas kau mak jemah.Lama jugaklah bertahan spek tu bertahan,setahun lebih.Pastu aq pun tukar ke spek yang lebih simple,tapi masih anggun bergaya.Ala2 hispter.



Ni masuk tahun ke-4 aq pakai spek frame fully plastik.Masa skolah2,tak berani sangat nak ambik kaler striking.Just common kaler macam coklat gelap.Berani sket,ambik kaler purple gelap..Paling brani..TADAA!!! Purple cerah u'olls.. 

Muka aq yang innocent tanpa spek.Pernah dituduh tido ketika meeting. =.='


Mata kelihatan besar sket.Sket jelah.


Ni spek baru gua!!yohohohoh! :D 

Contact lens aq pakai jugak,tapi tak kerap sangatlah sebab leceh sket nak pakai lens ni.Klow pakai spek ni dapat menyembunyikan mata aq yang sepet dan eye bag akibat kurang tidur mahupun terlebih tidur.

Wokeyh,setakat ni jelah aq mengarut.Lain kali ada cter best aq update lagi.Bye!Bye! :D

Thanx for reading!
Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa.:)






Saturday, June 30, 2012

Terlampau Sudah

As-Salam...

Awak sehat?Lama tak dengar cter..hehehehe
Ececech..bajet ayat nak usha aweklah konon.Euw..poyo je. :P

*Harap maaf,entry ni ada sket kelucahan bahasa. :P

Dalam beberapa hari aku tak mengupdate ni adalah kerana ke-busy-an dan juga kepenatan bekerja.Yep,kerja kat fast food restaurant.Aku memang plan nak buat part time pun sebab cuti yang ada ni tak elok dibazirkan + aku nak kumpul duit beli DSLR Canon 550D.

Tapi,baru je 3 hari ni aku decide untuk berhenti.Sebabnya??

1.Aku kena tegur sebab berak lama di waktu pagi.
2.Aku dengar cter dari staf lama kat situ dia nak solat Jumaat pun susah.
3.OWNER restoren tu adalah seorang MELAYU dan ISLAM.


Aku sebenarnya tak kesah sangat pun penat2 keje ni.Standardlah keje penat kan.Tapi aku cukup pantang klow bos besar melarang keras untuk aku menunaikan solat or even aku nak berak.Benda ni dah memang wajib,tak boleh tak buat.Masa nak berak bukannya kita tau timing dia bler.Dah klow sakit perot time2 busy tu,pe slah pergi jap ke toilet.Takkanlah nak berkira sangat kan.Kang tak buang,penyakit lain plak datang.Dan klow dah sembelit tiga hari berak 5 minit mana cukup,kurang-kurang pun mau 15-20 minit.

Dulu masa aku buat part time jadi promoter pun,memang bos ada bising jugak pasal waktu solat.Tapi aku rasa boleh trima lagilah sebab bos tu non-Muslim.So,maybe diorang tak paham sangat kita punya waktu solat tu macamna.

Lepas je kena tegur macam tu,baik aku terus je berhenti dari kena mentally abuse setiap hari.Bos ni plak jenis kuat komplen dan tak suka nak dengar pendapat orang lain.

Adalah hari last aku keje tu,aku jawab call ibu aku.Terpaksa angkatlah sebab ibu aku yang call takot2 adik aku lagi teruk ke.Ibu aku memang jarang call pagi2,so bler call tetiba tu buat hati rasa cuak je.

Yes,aku tau time keje memang tak boleh nak main henfon.Tapi bila dah melibatkan hal emergency,takkan tak boleh nak consider sket.Bos tu nampak aku,dia sound aku macam aku ni budak tak paham bahasa.Aku cakap ni emergency call,tapi dia macam tak boleh nak trima.Sumpah,gua bengang gler.Dalam hati masa tu,klow ada sape2 mati,takkan tak boleh nak angkat henfon?

Huish,dari aku keje buat dosa kering je sebab kutok bos, baik aku berhenti.Tiga hari aku keje ni pun aku tak tuntut gaji aku.Gasak r.Tak sanggup aku nak menghadap dia.

Aku bukan nak cakap apa,tapi staff dia sumer baik2.Cool dan relax2 je.Diorang sangat welcoming aku masa mula2 aku masuk keje tu.Sayang sangat klow bos tu tak reti nak appreciate staff yang baik2 macam diorang.

Ok,ni research yang aku buat hasil pertolongan dari En.Google pasal etika Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management ethics):

The unethical practice of Human Resource Management itself has also hit public attention:
* Off-shoring and exploiting ‘cheap’ labour markets;
* Using child labour;
* Reneging on company pension agreements;
* Longer working hours;
* Increasing work stress;
* The use of disputed and dubious practices in hiring and firing of personnel.
It has been shown that just as consumers’ perception of the ethics of a company
can affect sales, so the views of its investors will affect its share price. Similarly, 
it has been suggested that poor standards of conduct emanating from the top 
management affect employee motivation and commitment to organisational goals
(Schramm, 2004).


Dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya sudah wujud sejak tahun 1949, tapi kadarnya masih terlalu rendah tetapi terus diguna pakai dalam kehidupan masa kini. Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.
Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini
  1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
  2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
  3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.


Pasal gaji pulak,kiranya kat area kampung2 aku ni takdelah tinggi mana.Standard RM2.50 sejam.

RM2.50 X 8 hours = RM20.00
RM20.00 X 26 days (4 days off) = RM520.00
#elaun kedatangan = RM100.00
#OT = RM150.00
Total Salary= RM770.00
#Socso = Deduct RM100.00
Net Salary : RM 670.00

Ni estimating salary for permanent staff.Klow untuk yang bujang nak sara idop sorang2 bolehlah.Tapi yang ada anak sampai 5 orang macamna?

Aku punya salary yang dipersetuju RM650.00 (termasuk elaun kedatangan).Aku pun takde nak sara sape2.Aku rasa ok,sebab keje 8 jam je .Penat tu tak kesah sangat,tapi paling tak tahan dengan azab mulut bos tu.Nauzubillah.

Antara Butiran Pengumuman Gaji Minimum (Gaji Minima) Pekerja Sektor Swasta 2012

1) Gaji minimum akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik, yakni pembantu rumah, tukang kebun dan sebagainya
  • Majikan juga dibenarkan dan diberikan kelonggaran untuk menyerapkan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum
  • Maknanya di sini bukan semestinya RM900 adalah gaji pokok, tetapi majikan boleh menawarkan RM900 (gaji pokok + elaun)
2) Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM900 sebulan atau RM4.33 sejam, sementara bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam
3) Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan
  • Tetapi ada sedikit kelonggaran di sini, di mana majikan kecil atau “micro enterprises” diberikan tempoh kuat kuasa yang lebih lama iaitu selama 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi kelompok ini membuat persediaan sepenuhnya agar peniagaan mereka tidak terjejas
  • Pengecualian tempoh 12 bulan ini tidak meliputikepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja 5 orang atau kurang. Mereka mesti mematuhi gaji minima ini dalam masa 6 bulan
  • Jika ada kalangan majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
4) Kadar gaji minima ini tidak akan bersifat statik dan akan sentiasa dikaji dari semasa ke semasa Ia bergantung kepada tingkat kemakmuran negara, daya saing nasional dan produktiviti syarikat bagi memastikan gaji minimum akan sentiasa berada di atas garis kemiskinan negara.
5) Perbezaan Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia VS Sabah, Sarawak, Labuan?
  • Kadar gaji minimum yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana perbezaan struktur upah dan kos sara hidup yang ketara
  • Walaubagaimanapun begitu, untuk tempoh dua atau tiga tahun akan datang, kerajaan berharap kadar gaji minimum bagi negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dapat diselaraskan dengan kadar gaji minimum bagi Semenanjung
  • Akhirnya hanya ada satu kadar gaji minimum untuk seluruh negara kelak
Aku ada cter dengan bapak aku,bapak aku cakap.. 

"Dalam 10 jari ni,setiap satu ada tugas masing2.Apatah lagi manusia.Bukan sumer orang baik''

I'll take note about that and if one day i'll be the boss,insyaAllah i'll treat my staffs equally and nicely. :)

p/s: Alhamdulillah,adik aku dah kluar hospital. :) 

Jejak-Jejak Joyah