Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, January 18, 2013

Hey you!LISTEN!

As-salam..

Dah lama tak berblogging ni.Mintak maaflah I ni orang busy.Amboi,busynye kau mengalahkan bibik yang kena kemas rumah banglo 5 tingkat sengsorang.Ish2,sian bibik tu.Skang ni baru free banyak sebab awal tahun haritu aq ada exam.Dah taktau nak update pasal pe,trasa macam terpanggil nak cter pasal kes Listen!.

Ni pendapat aq secara peribadi,tiada kaitan dengan mana2 pihak politik.

Dalam video tu,cik B mempersoalkan mengenai free education kat panel Miss P.Aq rasa,tak salah untuk bertanya sebab masa tu memang tengah sesi soal jawab.So,ahli panel tu kenalah jawab soalan yang dipersoalkan tu.Bukannya jawab listen! je.Aq dah kata aq tak memihak mana2.Aq tak mempersoalkan pe isi kandungan yang disoal cik B tu,tapi lebih kepada the way of their discussion and communication.
Sila tengok contoh di bawah:

Seorang murid blur darjah 2 tanya kat cikgu Math dia :

Murid :                 Cikgu,naper dua darab dua sama dengan empat?

Cikgu Math X :     Dengar sini!Kan saya baru ajar tadi dua darab dua sama dengan
                            empat!Awak ni tak paham ke?

Murid :                *Terkedu.tak berani nak cakap pe.

Yang ni plak contoh yang bagus :

Murid :                 Cikgu,naper dua darab dua sama dengan empat?

Cikgu Math Y :    Owh..macamni..*explain....blablabla...

Murid :                Oooohhh..barulah saya paham!terima kasih cikgu! :)


See the difference??

Aq dulu memang loser math.Nak hafal sifir tiga pun susah,sampailah ada sorang cikgu macam cikgu Math Y datang ajar kat klas aq mengajar murid loser macam aq ni.Dan skang course yang aq ambik kat universiti memang kena main dengan nombor yang sangat banyak.Biar jadi bodoh untuk 5 minit apabila bertanya daripada jadi bodoh selamanya kerana tidak pernah bertanya.

Pemansuhan PTPTN

Yang ni aq kurang setuju.Pendidikan percuma sebenarnya dah lama diterapkan.Biasiswa JPA,MARA sumer tu bukan diorang dapat free ke?Dahlah banyak,free plak tu.Aq selaku peminjam PTPTN kadang2 trasa jeles dengan 'orang2 kaya' ni.Yelah,dahlah lepas bayar yuran yang tinggal pun tak seberapa.Awal2 sem bleylah nak makan Secret Recipe,kang dah hujung sem stok megi gak yang dicari.Ok,ni hakikat.Bukan cter palsu atau rekaan.

Sumer ni bergantung pada rezeki dan usaha kita.Student yang dapat scholarship tu memang tak dapat dinafikan pun diorang memang bijak2 dan rajin2 belaka.Every sem GPA mesti score 3.50 je kan.Dah kau memang layak dapat scholarship pun.Untonglah..

Tapi..tapi..student yang bijak tapi kurang rajin macam aq ni pun bley je taknak bayar pinjaman tu.Kau kenalah dapat 1st Class Degree.That means CGPA final sem kenalah score 3.50 above.haa..mampu??Tepuk dada,tanya selera.

Dah nama pun duit pinjam.Kau pinjam orang kenalah bayar.Setiap sem duit tiba2 masuk dalam akaun bank,kau beli smartphone..beli DSLR lah..belanja awek makanlah..beli handbag gucci..pastu taknak bayar.Banyak cantek muka.Kau klow pinjam dengan Ah Long mampus kena  kejar dengan parang.Pastu confirm kete ke,motor ke..basikal ke kena simbah cat merah.

Yang pasal percentage tu..hmm..ni pe yang aq dah blaja dan aq paham.Disebabkan kadar inflasi yang semakin meningkat dari setahun ke setahun,nilai matawang kita semakin jatuh.Harga barang plak makin naik.Dulu keropok mamee 20sen je.Skang ni standard price 30sen.Klow kat Zoo Negara atau kat Genting Highland lagi cekik darah sampai bley mencecah 50sen.Kenapa keropok mamee?Sebab aq suka makan keropok mamee.

Peneman aq dikala waktu exam.


Personally,riba tu duit bunga yang kau paksa orang bayar lepas kau bagi dia pinjam duit tanpa sebab dan alasan yang kukuh dan untuk kegunaan diri sendiri je.Contoh,kau bagi member kau pinjam RM100.Kau pun setuju dengan member kau sowh dia bayar RM100 je.Duit tu pun kiranya takde pe2 kepentingan untuk kau,macam nak bagi makan anak bini ke..tapi,disebabkan ketamakkan kau dihasut syaitan2 durjana kau mintak member kau bayar RM150.So,RM50 tu dah dikira riba.Dalam kes PTPTN plak,duit tu rewind balik untuk kegunaan generasi baru.Matawang jatuh,harga barang plak makin naik.

Pemansuhan PTPTN tu kurang relevan untuk student yang bijak,tapi kurang kaya dan kurng rajin macam aq ni dan kebanyakkan golongan majoriti student dari kelompok yang sama.Aq pun datang dari keluarga yang bese2 je.Even PTPTN tu duit pinjaman,aq pun kadang2 (slalu je) beli barang ikot kehendak naluri.Sebab aq tau,dah duit ni pun kang aq bayar jugak.Aq confident aq mampu untuk bayar balik pe yang dah dipinjamkan lepas aq graduate nanti.Pergh,lemak r dah pinjam taknak bayar.Ni prinsip aq,kau dah reti berhutang silalah reti bayar balik.If dapat diskaun untuk bayar hutang tu pun dah cukup.

Weyh,klow sumer barang kau nak free..susahlah macamtu.Kita ni klow dimanjakan sangat,semakin naik lemaknye.Kenalah rasa susah sket baru tau pe tu erti hidup. :) 

p/s : Saya tak memihak mana2 pun.Ni cuma sekadar realiti hidup yang dihadapi oleh blogger sendiri. Sekian.Thanx for reading!! :)


2 Pengkritik Tegar:

Rozita Ceritaita said...

ye la memana pun ada pro dan kon dia dik.. yang penting belajar kena mau teruskan...

cuma part org Mara tu kaya... adehhh.. dulu masa memula PTPTN diperkenalkan kami ni bebudak mara macam sedih je tau.. bebudak ptptn tu lagi kaya.. kami? siap kena keja part time..

Jaedie said...

btol tu kak..

skang ni dah terbalik..hehe
saya pun buat part time jugak. :)

Jejak-Jejak Joyah