Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, August 26, 2011

Top 5 Lagu Raya

As-Salam...

Mintak maaf banyak2 sebab dah hampir seminggu tak update blog.(aiseh,bajet ko blogger glamer ke??).Ok,seminggu ni sebenarnya aq agak kemalasan dan kekurangan idea untuk tulis entry best.(best ke??)
Aq agak sibuk buat kuih raya,baju raya yang ditempah sahabat handai,jahit langsir rumah,cat rumah kaler pink perpel..Nipu benor gayanye!!bahahahaha!

Sejak dari 15 Ramadhan lagi aq asyik duk dengar lagu raya kat Jusco.Dari bukak kedai,sampailah tutup kedai..Kadang2 dengar lagu raya ni,terfeeling jap sorang2..mengalir air mata ni..huhu

Ni carta Top 5 Lagu Raya yang sedap didengar telinga aq:

Top 5.Dendang Perantau-P.Ramlee
Pergh,lagu ni memang tangkap jiwa!!Kena plak aq dah 2 bulan lebih tak balik rumah..alahai,sayunya hati..Tapi lagu ni hanya mampu membangkitkan rasa sedih di pagi raya mengenang naseb anak perantau tanpa sebarang unsur kegembiraan.Mesti student foreigner dengar lagu ni menangis gler.(klow diorang paham.)

Top 4.Suasana Hari Raya-Anuar Zain & Ellina
Seswai dengan tajuknya,lagu ni memang kedengaran meriah ditambah pula dengan suara Anuar Zain yang masih lagi kanak2 riang ketika tu.Bila dengar lagu ni mesti terkenang ketupat,rendang,lemang dan segala juadah wajib ada ketika hari raya.Tengah2 hari buta dengar,terfikir plak makanan..kesian perot aq ni...

Top 3.Sesuci Lebaran-Siti Nurhaliza
Aq ingat lagi lagu ni mula release masa tahun 1995 or 1996.Masa tu aq baru je 5-6 tahun macam tulah.Dato' Siti nyanyi untuk rancangan kat TV1(if i'm not mistaken).1st time dengar,terus tangkap jiwa.Dengan lirik yang penuh keinsafan plus suara Dato' Siti Nurhaliza yang lemak merdu disukai ramai..hoho,superb!!

Top 2:Balik Kampung-Sudirman
Lagu ni tak kesah pun time bila2 ko boleh bukak.Tak kesahlah time raya ke,time exam ke,time hujan ke,time ribut ke..janji ko ada feeling nak balik kampung!!!yeaaahh!!!balik kampung!!!Lagu ni sangat seswai didendangkan di dalam kenderaan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengingatkan para pemandu supaya berhati2 di jalan raya.Biar disambut  oleh kaum kerabat dengan hepi,jangan disambut denagn tangisan airmata sebab dah jadi jenazah..

Top 1:Menjelang Hari Raya-DJ Dave
Lagu ni sumpah berhantu.Bukan aq kata hantu2 suka lagu ni,tapi lagu ni slalunya dapat membangkitkan suasana raya yang penuh keceriaan.Tak kesahlah ko dalam bas on the way nak balik kampung malam raya,dengar lagu ni terus rasa nak cepat2 raya meskipun ko dah berbuka puasa awal di tengah hari pada hari tu.(alasan kukuh,musafir di angin lalu...)

Ni antara lagu2 raya yang harus-wajib aq dengar time raya ni.Lagu Eminem,Justin Bieber,Super Junior,SNSD bagaikan pupus ketika dihari raya dan hanya kedengaran selepas bulan Syawal berlalu..Lagu raya feveret korang plak??


Nilah kad raya aq yang tak seberapa ni ditujukan khas untuk followers,likers dan sesape je yang mengenali diri ni... ;)

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! :D
*mode:nak balik kampung...nak balik kampung..nak balik kampung..nak balik kampung..






Thursday, August 18, 2011

Kampung vs Bandar

As-Salam..

Bila tengok Upin dan Ipin,teringat balik zaman kanak-kanak aq yang penuh keriangan.Honestly I said,aq rasa jadi budak kampung ni lebih merasa nikmat idop berbanding budak2 idop kat bandar.Aq tak dimanjakan dengan PSP,PS2,X-Box dan semua2 tulah.Maybe kat kampung tak serba-serbi ada,tapi disebabkan kekurangan tulah munculnya idea2 kreatif.Kereta Honda City version kotak,swimming pool dalam besen,main masak2,main batu seremban(aq tak reti main),main congkak(En.Amal Aziz champion congkak),main layang2,panjat pokok jambu(pokok rambutan tak boleh,banyak kerengga)...

Ko bayangkan Honda City ni version kotak..

Gua juara congkak...lu??-En.Amal Aziz

Aq tak dibesarkan kat kampung pun,sebab aq lahir kat Pulau Langkawi,Kedah.Pastu aq pindah kat Muor.So,masa aq masih lagi kanak-kanak yang sedang membesar ada beberapa stage yang aq lalui.Dari duk kat pulau,pastu aq pindah kat bandar.Muor bukanlah bandar besar macam KL,JB..but it's really a nice town!Pemandangan yang cantek,dan udara yang nyaman.Pagi2 mesti nak cari lontong takpun mee rebus untuk breakfast.I've a great life during my childhood!!:D

Then,pas bapak aq pencen barulah aq pindah kat kampung Muhd.Amin,Simpang Renggam Kluang,Johor.Tempat kelahiran bapak,abang dan kakak aq.Mula2 aq tak suka jugak duk kat kampung ni sebab kampung ni agak hulu.Tapi sejak aq sambung study kat KL,aq lebih appreciate kampung aq sendiri.Ko takkan dapat morning scent,beautiful sunset disebalik pokok2 rambutan dan durian,tempe goreng garing yang sedap kat KL ni.

Jemput2 sedap dimakan panas2..

Nasi ayam kat KL RM5.00..kat rumah aq free,boleh tambah berkali2 tanpa sebarang caj tambahan..

Barang2 kat kampung pun jauh lagi murah berbanding kat KL ni.Biasanya petang2 aq akan lepak2 kat halaman depan rumah dengan bapak dan ibu aq sambil menikmati tea-time yang lazat!Goreng pisang,jemput2(orang Johor panggil a.k.a cucur) dihidang panas2 bersama kopi.Duk kat kampung sangat2 relax sebab malam2 ko takkan dengar mat2 rempit merempit kat hi-way yang diorang ingat hi-way tu bapak diorang yang punya.Owh,lupa nak bagitau..rumah aq kat kampung tu dekat dengan kawasan perkuburan.*everytime lalu kawasan perkuburan secara tak sengaja aq pun ter-rempit juagk..=.='

AQ NAK BALIK KAMPUNG!!!!!TT_TT








Wednesday, August 17, 2011

Chibimaruko

As-Salam..

Naperlah dah tua2 ni ko ske lagi dengan komik?Jawapan aq..yang buat komik tu pun orang tua!!bahahahhaa!!Jawapan yang aq slalu jawab bler bapak aq sound aq sowh pergi study.

Pernah tak baca manga Chibimaruko?Takpun tengok anime dia kat NTV7.Cter dia pasal kehidupan sorang budak pompuan ni darjah 3.Nama sebenar dia Momoko Sakura,tapi famili dan kengkawan dia panggil dia Maru-Chan atau Maruko. Ko nak tau,almost 10 years i've waiting for Chibimaruko anime coming out on our channel. =.='

Lukisan dia yang simple dan kawaii!! >.<

Sebenarnya aq kenal Maruko ni sejak aq darjah 3 kebetulan sebaya dengan Maruko time tu.Honestly, life dan personaliti aq masa darjah 3 agak sama macam Maruko.Dengan fesyen rambut tembikai pastu mempunyai tahap kemalasan yang lebih kurang sama.Lebih suka membuang masa baca komik dari study.Ok,itu aq masa darjah 3.Skang dah rajin.Owh,tapi masih menggilai komik macam dulu. 

Fesyen rambut tembikai.

Aq pun dah lama tinggalan Chibimaruko sebab skang aq lebih fokus pada One Piece.Tapi nak tunggu manga One Piece diterbitkan kat Malaysia biasanya makan masa paling kurang 3 bulan.Aq tak berapa nak gemar baca secara online.So,aq cuba beralih arah sket(bukan curang tau)
Masuk2 ke kat dalam COMIC PARADISE,mata aq teralih ke komik Chibimaruko..Owh,sweetnya!!Teringat plak masa aq darjah 3 slalu baca Chibimaruko.Pastu aq pun belilah sebuah-2 buah komik Chibimaruko yang mana aq tak pernah baca lagi.
*psst..ko takkan jumpa pompuan umor 21 tahun lebih suka masuk kedai komik dari kedai baju.tapi tulah aq. :P

WOHOOO!!!Kegembiraan terserlah sehingga terlupa En.Amal Aziz disebelah. :D

Jarang2 skali kat Malaysia ni drama diadaptasikan dari komik.Cuma ada novel diadaptasi jadi filem atau drama.Kat Jepun,benda ni dah jadi common.Even Dragonball pun dah ada filem dia(tak sama sangat pun dengan cter asal).Chibimaruko ni pun ada anime dan drama live-action dia sendiri.It's quite interesting when the character you always read in a comic suddenly exists in reality.And u'll compare if the actor/actress can be exactly as same as character in the comic.


Aq usha2 youtube,rupa2nya dah lama Chibimaruko ni ada live-action dia.Slama ni aq tau dia cuma ada anime.=.='
Basically,cter dia 99% sama macam dalam komik!!Aq dah baca 13 volume komik Chibimaruko dan kebanyakkan scene dalam drama serupa macam dalam komik jugak.Watak2 yang drama live-action pun hampir 80% sama.


ni version anime


ni version live-action


Ni drama live-action Chibimaruko yang aq jumpa kat Youtube.Enjoy it! :D


p/s:macamna klow One Piece live-action r??? :D















Friday, August 12, 2011

I'm a designer

As-Salam..

Ko designer?Poyo gler statement tu.. =.=
Sebab aq bukanlah student archi,mahupun design multimedia etc blablabla.Yes,i do i love art.Dulu masa kat CFS teringin jugak nak ambik archi,maka aq pun masuk AED(Architecture n Environmental Design).Kat CFSIIUM lebih kepada hand-made berbanding design menggunakan adobe photoshop yang lebih murah,menjimatkan masa serta lebih perfek.Tapi apa kan daya,masa baby cute2 lagi aq tak suka dibedung.Bedung senang terlepas sebab aq lasak sangat.Kes tangan tak berapa nak bedung.Dan kesan dia,aq tak reti nak buat garisan lurus.Skang ni aq tengah struggle nak tukar course bisnes plak..=.='

Aq lebih suka kepada free-style dan tak suka dengar arahan orang lain.Art is something about everything what you want to draw and create not about people thinking.Itu pandangan ikhlas aq mengenai seni.Aq ni pun bukan jenis telinga kebal dapat menangkis segala teguran 'sweeeeeeett' gler lecturer even dari luaran aq kelihatan tabah dan sabar.Tahniah kepada semua student archi and design2 ni sebab anda berjaya menangkis semua halangan sebesor Tembok Cina tu. :)

Kata2 'manis' lecturer bagaikan Tembok Cina terhempap ke kepala.

Masa kat MRSM dulu,pernah jugak apply nak jadi sidang redaksi.Tapi direjek.Nak buat macamna,bukan rezeki aq.Tapi aq ada sket rasa terharu bler buku tahunan skolah edisi ke berapa aq tak ingat basically guna idea aq,something related to KOMIK.Aq penggila komik.Aq ada bagi idea tu masa sesi temuduga pertama,temuduga kedua aq kena rejek. :'(

Lukisan aq lebih kepada manga.

Untuk mengukuhkan lagi kewangan PRS masa tu,kitorang ada jual t-shirt.Aq PRS gak masa tu,so aq ditugaskan untuk design t-shirt tu.Konsep asal guna idea aq.Even ramai yang mengkritik hebat,tapi jualan laku masa tu. :)

Kat CFS plak,aq penah design banner untuk 2 big event Kelab Aikido dan Guidance and Counseling Club(GCC).Seperti biasa,design aq jugak dikritik sampai kadang2 bengang sebab banyak sangat kena ubah.But I was so proud because my design was hanging and all people can see it. :)

Dan untuk beberapa hari lepas,member akak aq cikgu jugak mintak tolong design banner sempena event kemerdekaan kat skolah dia.Diorang kata design tu cantek.And I got paid!hee.. :P

ni design tak seberapa aq untuk banner hari kemerdekaan nanti.Hope Tuan Haji Mesrandi ni suke.Highlight habis nama beliau. :)


So,I'm an amateur designer..hehehehehe ;P






Wednesday, August 10, 2011

Kisah Ikan Keli

As-Salam...

Lebih kurang seminggu dah aq tak update blog ni.Dah bersawang2 dah ni.Berhabuk.Ish,pemalas betol aq ni.So,hari ni macam ada sket rajin aq ni aq pun nak update blog.

Nak cter sket ni.Sket je,ko jangan nak lari plak.Ko makan ikan keli tak?Tak makan?Rugi woo..Dah 2 hari berturut2 aq cari ikan keli goreng sambal nak bukak pose.Mula2 aq pun tak makan,tapi since member aq tiap2 hari beli nasi+ikan keli je untuk lunch kat cafe KAED,aq pun trasa..eh,sedap ke ikan keli tu??

Maka,dengan penuh rasa gemuruh dan gementar,aq try test cubit2 sket kcow member aq punya lunch tu.Sedap gak!So,aq pun beli r ikan keli tambah sayur sket buat lauk untuk lunch dengan harga yang sangat berpatutan di cafe KAED.Takde cafe paling murah dan sedap selain di KAED!!YEAH!! :D

Ko tengok ikan keli besor gaban macamni,memang tak lalu nak makan.

haa..yang ni sodap!!cicah sambal blacan..memang ummp!!

Bapak aq fobia dengan ikan keli sebab masa kecik masa arwah nenek aq goreng ikan keli tu,ikan tu bergerak2 lagi.Sebab tu aq kurang didedahkan dengan ikan keli. =.='

Tazkirah Ramadhan:Banyak2kan bersabor di bulan pose ni,memang banyak dugaannya.Tapi klow kita mampu bersabor lagi banyak nikmatnya.InsyaAllah. :)





Thursday, August 4, 2011

Spontaneous Thursday


Aq pun dah tak ingat dah berapa banyak entry aq pasal Spontaneous Thursday ni.
Sebenarnya aq....

Wordless WEDNESDAY!!!
Aq terlupa nak buat semalam..busy main game Bejeweled Twist.Pastu petang aq masuk keje. =.=


Kuih Tepung Pelita.

My most favorite all-time nak2 bulan pose ni. :D

Ok,slamat berpose dan slamat beramal!!! ;)



Tuesday, August 2, 2011

Nak Bukak Pose Pe Aey?

As-Salam...

Alhamdulillah,hari ni dah masuk 2 Ramadhan maka genaplah 2 hari kite berpose..Aiseh,macam dah nak raya plak kan.Hari ni nak bukak pose pe plak?Semalam dah makan ikan bakar.Hari ni akak aq cakap dia nak masak mee sup plak.Ntah aq pun tak tau.

Semalam duk borak2 dengan member baik aq kat MRSM dulu2,teringat plak time bulan pose.Memang sedih dan teramatlah sayu hati ni kena pose kat hostel.Makan pun kat DS(dewan selera) je.Apa yang ada tulah yang kitorang makan.Pastu mesti bermoreh kat dalam bilik dengan rumate sumer.Sorang beli mee goreng,sorang beli sata,sorang beli nasi krabu  klow ada homeroom yang dibawak ke bazar Ramadhan..haa,makanlah 4 orang.Semua dapat merasa.Ada sekali tu,time bukak pose makan lauk kari ikan.Sedap lain macam r berbanding hari2 bese.Time terawih je,kecoh budak2 ni sebab ada sorang ni dapat extra lauk selain ikan tu.CICAK.pergh,perot dah kenyang.sedap plak tu.. =.=

Kari

+

CICAK.

Susah nak jumpa sata ni.Bese ada kat area2 pantai timur je.

Masa kat CFS IIUM plak,agak sweet jugaklah sebab masa tu aq masih dalam perkenalan dengan En.Amal Aziz.Cakap pun ko aq lagi,dah nama pun member kan.Slalu jugaklah membeli juadah berbuka kat bazar Ramadhan sebelah kolej tu.Yang bese aq beli nasi lemak,nasi kerabu takpun nasi tomato.1st time En.Amal Aziz belanja aq nasi tomato..dia ambik peha,aq ambik part kepak plak.Esoknya,aq plak belanja nasi kerabu.Tapi benda wajib dia beli air jambu.Air jambu kat situ memang sedap wa cakap lu!Alololo..bajet sweetlah ko ni.Cter dah basi ok. :P

nasi kerabu.

alahai..sedapnye ko wahai si ayam percik..

Aq nampak member aq letak profile picture dia ayam percik tadi,tiba2 ngidam plak nak makan. 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Beramal. :D


Monday, August 1, 2011

Benci bilang cinta

As-Salam..

Slamat berpose semua! :D
Aiseh tajuk entri sket tak boleh blah kan.Ala2 tajuk sinetron gitu.
Pernah korang rasa benda yang korang benci,tiba2 terpaksa suka jugak kan?kiranya memang tak boleh nak elak lagi r.kena suka gak!!huish,susah kan macam tu?

Honestly,it's happened in my life too.

Kes 1.
Percaya tak aq yang anti-pengawas masa skolah dulu2,member baik aq merupakan naib presiden pengawas?sebab aq ni slalu anggap rules kat skolah tak relevan dengan life aq.owh..aq yang masa tu jugak PRS yang slalu terlibat dengan aktiviti kaunseling.Dan member baik aq ni memang sangatlah anti dengan aktiviti kaunseling.Kira memang tak boleh nak co-operate langsung r.Tapi semua tu hanya berlaku apabila kami berada di organisasi masing2.Kerja2,personel2..klow kat luar tu,memang berjoyah sakan.

Kes 2:
En.Amal Aziz pilot-to-be.Dia skang ni tengah training kat flying skool kat H.M Aerospace kat Langkawi.Aq ni sebenarnya tak berapa gemar dengan pilot sebab slalu di-provok yang pilot ni besenye playboy+kerek+terlampau sosial.Serius aq memang tak suka dengan orang2 macam tu.Aq pun tak suka nak bercinta jarak jauh ni.Susah nak jumpa(dekat pun boring jugak.)Tapi nak buat macamna,tulah hakikat yang aq kena trima.Alhamdulillah,dia still lagi macam yang aq kenal dulu. :)

So,benci bilang cinta??

Salam Ramadhan dan selamat beramal! :D




Ramadhan Datang Lagi!!

As-Salam...

Berkat kurnianNya,bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan..Bulan Ramadhan.Juga disebut bulan pose.Satu2nya bulan yang wajib untuk kita berpose.Bukan pose makan minum je,tapi pose dari menahan hawa nafsu untuk melakukan segala kejahatan seperti berjoyah mahupun mengusha artis2 korea yang kacak lagi hensem(jahat ke tu).Dan tingkatkan amalan2 sunat tanpa meninggalkan amalan2 yang wajib.

I've bad mood for a few last days.Sumpah moody gler tak tentu pasal.Maybe disebabkan tekanan kerja di tempat kerja dan jugak di rumah.Customer suka try2 kasut mintak saiz tu saiz ni,last2 tak mau beli.Bengang ok.Pastu kat rumah plak belom habis penat dah dipaksa untuk kerah tenaga melakukan kerja2 rumah.Penat gler!!Aq tak sowh pun orang lain buat keje aq,tapi bagi aq masa untuk buat sumer tu.

Tapi disebabkan masuk bulan Ramadhan ni,alhamdulillah..my mood getting ok.Maybe sebab setan2 tu dah  kena ikat dan aq jugak dapat mengawal marah+moody dengan lebih baik.Syukur,alhamdulillah.. :)

Ok,tu je nak ngomel.Jangan lupa niat pose tau!!Jangan buat2 termakan megi plak esok...hehe :P

Slamat berpose! :D


Jejak-Jejak Joyah