Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Tuesday, May 31, 2011

Kisah Facebook & Friendster

As-Salam..

FB tu apa?FS tu apa??Aq yakin dan percaya sepenuh hati sesape yang baca entry ni tau pe tu FB dan FS.FB stand for Facebook.FS stand for Friendster.Nak buat survey..sape tak de FB?Sila angkat tangan macam saya...sumpah,sape2 yang takde FB tu bakal dikutuk dan dikeji oleh kawan2 anda.Pastu confirm anda tekad beli iphone 4 dan menunjuk2 kepada kawan2 anda sambil bermegah2 dengan muka penuh riak dan bangga jika sebelum ni anda hanya menggunakan handphone nokia 3310.ok,fullstop.semput baca ayat panjang2 ni..=..=''

Nokia 3310.Menjadi kemegahan suatu ketika dahulu...


Ingat tak masa zaman skolah dulu2 tu..Korang mesti ada buku biodata kan?Buku biodata ni korang sowh kawan2 korang buat profile pasal diri sendri kat dalam sebuah buku.Tulis comel2..pass kat sorang2.Pastu hilang. =_=''
Zaman buku2 biodata ni terkenal masa aq skolah rendah.Aq ada jugak buat,tapi memang tak penah kekal lame.Confirm hilang.Agak nostalgic r sape2 yang still simpan buku biodata tu..Teringat memori indah bermain kejar2 di sekeliling surau,kena denda cuci kolam,main cop tiang dan kena marah dengan cikgu disiplin sebab mulot tak reti nak diam..

slamat tinggal Friendster..:'(

Ok,beralih ke zaman skolah menengah.FS masa tu baru mula nak idop.Sape2 yang ada paling banyak friends  ko lah yang hebat.Ko lah yang paling glamer.Kte nak ikot glamer macam dia,add lah orang tu...Dah tak payah nak tunggu budak kelas sebelah kuar sebab nak usha mamat yang diminati,FS dah ada.Usha2 jelah mamat tu kat FS.Skali tengok dia dah ada awek..owh,keciwanya hatiku!!(serius,sdey tak tipu ni!!).Takpelah,ko dah ada awek ramai lagi mamat hensem yang add aq.(Eh,berlagak plak ko..macam cun sangat! :P)..Lamalah jugak zaman kegemilangan FS ni.Sampai aq habis skolah menengah.Tapi aq slow sket FS since masuk asrama sebab internet connection lost. Myspace pun havoc jugak time tu.Seiring perjalanan dengan FS.Aq ada akaun FS je,takde Myspace.Member2 aq yang ada akaun Myspace ni biasanye diorang punya riak ni lain macam sket sebab geng2 aq tak ramai yang ada akaun Myspace.Boleh kata feeling dia macam ni "Ko ni memang up-to-date lah!'' ;P

ni Myspace rupanya.(ada lagi sorang Jakun tak penah tengok Myspace) =.='

FB is so worldwide.Mula2 bukak akaun FB ni rasa macam plain je sebab dia tak se-kaler-full macam FS yang kte boleh tukar dia punya background tu.Dah lama2 tu rasa FB macam lagi best plak sebab dapat jumpa kawan2 masa skolah dulu2.Facebook is seriously FACE-BOOK.Ada sorang member aq ni,dah kat 5 tahun tak jumpa.Last2,jumpa kat FB..Mase skolah rendah dulu muka hingus2 je lagi.Skang ni dah cun gler.Siap ambik medic lagi.Padahal mase skolah rendah slalu je kena marah dengan cikgu sebab exam slalu dapat markah sket..hehe:P

Mark Zuckerberg,pengasas Facebook.

Plus,FB ni banyak application dia yang friendly-user.Tak susah,comel dan menarik.Macam game Farmville.Boleh bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman bersama2 rakan2 FB yang
lain.Tapi,ada jugak bahayanya FB ni.Sebab cikgu2,warden asrama dan bakal mak mertua aq pun ada FB..Orang2 yang 'wanted' dan perlu kita 'beware' ni bakal buat spot-check akaun FB kita bila2 mase je.Kang klow tak add,kata tak mengenang budi plak.Haish,susah2..So,nak slamat play-safe.Gambar nak letak kat akaun FB tak payah nak over sangat,status ko tak payah macam nak kecoh sangat.Pantang gadoh sket tulislah status (sebagai contoh)
"Bab*,s**al,ce**ka!!''.Bajet macam ko terer r sangat kan (walaupun dalam hati sumpah seranah bagai nak gler).Tak perlulah nak mencarut2 ni,buat dosa kering je.Nampak tak behave.Orang lain baca pun tak best gak even bukan orang tu yang ko marahkan.Sumer tu hanya menunjukkan kebodohan diri sendiri. :)

p/s:Sape yang ada FACEBOOK,SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA..hehe :D
*chup!akaun Twitter pun aq baru je buat.."KO NI MEMANG UP-TO-DATE LAH!!'' haha :P








2 Pengkritik Tegar:

juju chomey said...

suka sangat kot post kamu ni :)

Jaedie said...

hee..thanx juju comel!! :D

Jejak-Jejak Joyah