Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Saturday, May 21, 2011

Mentaliti Orang Melayu

As-Salam..

Mentaliti,pemikiran atau persepsi seseorang itu terhadap sesuatu perkara dapat dilihat jelas melalui perbuatan individu tersebut.perh,ayat dah macam ahli falsafah..(bajet gler..hehe).Tajuk entry ni mungkin akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.Harap maaf. (aq cakap awal,kang nanti ada yang sound aq..)

Sebenarnya aq tengah panas ati dengan certain orang yang duk sibuk bising aq nak tukar course.Hello,open minded r sket.Aq tukar course ni ada kaitan idop mati ko ke?ada terjejas pendapatan bulanan ko ke?takkan...
Agak2 r..Aq nak relate sket dengan apa yang dah tengok dan ni persepsi aq..(dari aq kecik sampailah dah nak jejak 21 tahun ni)..

Orang Melayu kita suka keje kerajaan sebab bila dah pencen,senang idop.Dapat duit pencen tiap2 bulan.Of course lah,kerajaan dah banyak bagi subsidi kat kita(Orang Melayu).Orang Melayu ni jugak suka nak berlagak.Pantang dapat duit lebih sket mulalah nak berlagak.Beli kete besor2,tapi makan megi ari2(bapak aq kata).Bila duit takda,hutang keliling pinggang kena kejar dengan Ah Long.Orang Melayu ni kuat jeles.Pantang jiran sebelah pakai emas sampai ke lengan,dia pun nak jugak tu..tak boleh kalah.Orang Melayu ni suka mendabik dada,bajet dialah yang bagus.Pantang tegur sket,dah melenting.Orang Melayu ni tak pandai meniaga,cepat je gulung tikar.Klow dah maju sket,ada plak yang hantar santau (kes dengki)..

Aktiviti men-joyah jugak merupakan aktiviti harian yang wajib dilakukan oleh suri rumah tangga di waktu senggang
*hanya sekadar hiasan

Ok2,aq bukan nak kutuk bangsa sendiri.AKU PUN MELAYU,dilahirkan di Malaysia.Ya,aq berbangga aq jadi ANAK MELAYU,ORANG MALAYSIA.Aku cuma nak bagitau apa yang dah lama terpendam di ati ni.Aq rasa kebanyakkan Orang Melayu berfikiran tipikal seperti di atas.Aq tak kata aq bagus sangat,aq perfect sangat.Aq ni baru je baru nak idop,baru je nak tengok dunia yang lebih luas lagi.Tapi,tulah orang2 dewasa yang aq nampak sepanjang aq membesar ni.Aq terdedah dengan surrounding yang macam tu.Aq tak tau yang mana yang betol,yang mana yang salah(masa kecik2 dululah).Skang aq dah makin dewasa(taknak kata tua)Aq dah boleh berfikir dengan cara aq sendiri.

Filem 2 Alam
*inikah tanda mentaliti global Orang Melayu yang nak ditunjukkan??

Sikap Orang Melayu yang kuat jeles dengan orang lain tu sampai skang pun ada lagi.Tapi,ada bangsa Melayu yang berfikiran maju ke depan ambik cara yang susah,tapi sampai tujuh keturunan boleh merasa hasil dia tu.

Contoh ni dari sebuah kisah yang tak berapa nak benar ni..Sheikh Razak (bukan nama sebenar) ni menjadi tauke minyak gamat kepada Ali (bukan nama sebenar),Abu(bukan nama sebenar) dan juga Ahmad(bukan nama sebenar).Ali seorang budak miskin,SPM pun tak pass.Dia pun baru je kematian bapaknya yang langsung takda harta.Senang cter miskin gler r.Mak dia pun keje jadi cleaner je.Adik ada 5 orang,masing2 skolah lagi.Tapi bagusnya,si Ali ni tak penah mengeluh dengan nasibnya.Dia terus je keje dengan Sheikh Razak pas habis SPM tu.Sheikh Razak ni pendatang dari Dubai,nak buat bisnes minyak gamat.Ali ni taulah sket2 nak cari gamat ni kat laut.Ok,tutup 
cter si Ali ni dulu.

produk gamat oleh company SR.


watak Ali dilakonkan oleh Iqram Dinzly.

Abu,lepasan diploma yang berjaya dari kolej swasta XXXX.Sementara nak tunggu panggilaan universiti untuk sambung degree,dia pun keje jugak dengan Sheikh Razak ni jadi manager company baru beliau.Tapi masalah besor dia ni,dia jeles dengan kesenangan Sheikh Razak(kita pendekkan jadi SR),dia tau SR ni orang kaya dari Dubai.Macam2 cara dia buat nak jatohkan si SR ni..Santau angin,santau air,santau tanah dan segala jenis santau dia duk hentam kat SR tu(jangan tiru aksi ini,SYIRIIIKKK!!!)..ish2,busuk ati betol...Tapi SR ni kebal,kuat ilmu agama.Gua tak main santau2 ni.Kuno weyh,dah kuno!!


Ahmad Idham sebagai Abu


Ahmad ni pulak bese2 je.Mak bapak dia duk risau kat Ahmad ni sebab si Ahmad ni tak menunjukkan yang dia minat belajar atau nak keje.Duk perabis beras kat rumah je.Burok rupa klow orang bujang duk melepek dengan mak bapak ni.Kawen ko nak plak. :P
So,sebagai kenalan rapat kepada SR..bapak Ahmad ni pun sowh dia keje dengan SR jadi pengedar minyak gamat.

Farid Kamil sebagai Ahmad


Selepas 4 tahun kemudian...

Ali berhenti keje,nak bukak bisnes minyak gamat dia sendiri.SR sangat hepi dengan cita-cita si Ali ni sebab dia tau Ali ni seorang yang berwawasan.Memandangkan SR ni seorang yang murah ati,dia pun menyokong 100% plan Ali tu.bagus,good job Ali!!thumbs up for u!! ;D

Abu..ko takyah cter r pasal dia..buat sakit ati je(eh,aq plak emo tak tentu pasal..).Dek kerana sibuk duk nak santau SR,ntah macamna dia plak yang terkena.SR pun tau niat jahat si Abu,maka Abu ni pun diberhentikan.Offer universiti tu terpaksa di tolak mentah2 sebab dia ada beguk dan kurap di muka yang tak dapat disembuhkan oleh pakar perubatan moden.Lebih malang lagi,bomoh Thailand yang dia upah tu melarikan diri ke New York selepas bertaubat dan berkahwin dengan minah saleh dari negara sana.Tok bomoh tu dah janji tak mau buat dajal lagi kat orang,dia dah serik.Dia nak memulakan kehidupan baru bersama isterinya..how sweet.. ;)

Si Ahmad plak,dari tahun pertama sampailah 4 tahun kemudian..macam tulah jugak dia.duk jadi promoter minyak gamat kepada company SR ni.prestasi dia tak penah nak naik,sedangkan Awil yang baru bekerja dengan SR 2 tahun setengah yang lalu dah pun dah jadi manager pas Abu diberhentikan..

*Cerita di atas hanya rekaan semata2 berdasarkan idea spontan cik blogger. :)

See,3 Orang Melayu,dari latar belakang berbeza,matlamat yang berbeza dan mentaliti yang berbeza.Tak kesahlah ko ada campur Jawa ke,Bugis atau Banjar kita tetap dari satu rumpun yang sama.Dari latar belakang sejarah yang sama.Kita ni bangsa Melayu,rakyat Malaysia cuma ada satu je dalam dunia ni..Kita nak maju,kena contohi mentaliti hebat macam Ali.It's not where you come from,but where are you right now.Tak kesahlah klow kita pernah gagal dulu,yang penting kita tau apa silap kita dan terus maju ke depan.Klowlah dari awal sampai ke akhir asyik duk nak dengki je sesama sendiri,memanglah tak ke mana..

Bangsa Melayu,aq mintak kita sama2 sedar.Ubah cara kita berfikir.Ubah mentaliti kita.Jadilah bangsa yang bermatlamat,berwawasan.Bangsa yang maju mempunyai intelek yang tinggi,sama ada dari segi pengetahuan dan akhlak yang baik.Someone had said to me,the most successful person can control his EQ wisely.Emotional Intelligence, or EI, describes an ability or capacity to perceive, assess, and manage the emotions of one's self, and of others.  Our EQ, or Emotional Quotient, is how one measures Emotional Intelligence(ayat copy paste je ni).Maksudnya(aq simpelkan) EQ ni sangat2 berkaitan dengan akhlak dan emosi kita.Ko tengok orang blajor tinggi2 sampai Ph.D(not permanent head damage) klow jadi gila(tak dapat kawal emosi) kan masuk wad sakit jiwa sudahnya.Dah nampak sangat betapa pentingnya peranan EQ dalam mengawal tindak tanduk kita.Sebijak mana pun orang tu,tapi klow dah takda manner..aii,susahlah jawabnya..

p/s:Tak guna klow pembangunan lahiriah mencecah ke langit ke tujuh sedangkan mentaliti rakyat cuma setinggi rumput baru nak tumbuh..chill!! :D

Ni sajak dari Tun Dr. Mahathir-Melayu Mudah Lupa..sama2 kita hayati maksudnya..:)


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil


Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

*adakah anda ingin menjadi bangsa Melayu seperti ini??





3 Pengkritik Tegar:

dimitar bertabov said...

ko ttukar kos dari apa ke apa?

Jaedie said...

aq dari quantity surveying nak tukar bisnes admin..haa,dh ko jgn nk complain lbey2..haha

Zuhairi Md Zan . said...

persekitaran menyebabkan pemikiran mcm tuh.

Jejak-Jejak Joyah