Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, August 26, 2011

Top 5 Lagu Raya

As-Salam...

Mintak maaf banyak2 sebab dah hampir seminggu tak update blog.(aiseh,bajet ko blogger glamer ke??).Ok,seminggu ni sebenarnya aq agak kemalasan dan kekurangan idea untuk tulis entry best.(best ke??)
Aq agak sibuk buat kuih raya,baju raya yang ditempah sahabat handai,jahit langsir rumah,cat rumah kaler pink perpel..Nipu benor gayanye!!bahahahaha!

Sejak dari 15 Ramadhan lagi aq asyik duk dengar lagu raya kat Jusco.Dari bukak kedai,sampailah tutup kedai..Kadang2 dengar lagu raya ni,terfeeling jap sorang2..mengalir air mata ni..huhu

Ni carta Top 5 Lagu Raya yang sedap didengar telinga aq:

Top 5.Dendang Perantau-P.Ramlee
Pergh,lagu ni memang tangkap jiwa!!Kena plak aq dah 2 bulan lebih tak balik rumah..alahai,sayunya hati..Tapi lagu ni hanya mampu membangkitkan rasa sedih di pagi raya mengenang naseb anak perantau tanpa sebarang unsur kegembiraan.Mesti student foreigner dengar lagu ni menangis gler.(klow diorang paham.)

Top 4.Suasana Hari Raya-Anuar Zain & Ellina
Seswai dengan tajuknya,lagu ni memang kedengaran meriah ditambah pula dengan suara Anuar Zain yang masih lagi kanak2 riang ketika tu.Bila dengar lagu ni mesti terkenang ketupat,rendang,lemang dan segala juadah wajib ada ketika hari raya.Tengah2 hari buta dengar,terfikir plak makanan..kesian perot aq ni...

Top 3.Sesuci Lebaran-Siti Nurhaliza
Aq ingat lagi lagu ni mula release masa tahun 1995 or 1996.Masa tu aq baru je 5-6 tahun macam tulah.Dato' Siti nyanyi untuk rancangan kat TV1(if i'm not mistaken).1st time dengar,terus tangkap jiwa.Dengan lirik yang penuh keinsafan plus suara Dato' Siti Nurhaliza yang lemak merdu disukai ramai..hoho,superb!!

Top 2:Balik Kampung-Sudirman
Lagu ni tak kesah pun time bila2 ko boleh bukak.Tak kesahlah time raya ke,time exam ke,time hujan ke,time ribut ke..janji ko ada feeling nak balik kampung!!!yeaaahh!!!balik kampung!!!Lagu ni sangat seswai didendangkan di dalam kenderaan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengingatkan para pemandu supaya berhati2 di jalan raya.Biar disambut  oleh kaum kerabat dengan hepi,jangan disambut denagn tangisan airmata sebab dah jadi jenazah..

Top 1:Menjelang Hari Raya-DJ Dave
Lagu ni sumpah berhantu.Bukan aq kata hantu2 suka lagu ni,tapi lagu ni slalunya dapat membangkitkan suasana raya yang penuh keceriaan.Tak kesahlah ko dalam bas on the way nak balik kampung malam raya,dengar lagu ni terus rasa nak cepat2 raya meskipun ko dah berbuka puasa awal di tengah hari pada hari tu.(alasan kukuh,musafir di angin lalu...)

Ni antara lagu2 raya yang harus-wajib aq dengar time raya ni.Lagu Eminem,Justin Bieber,Super Junior,SNSD bagaikan pupus ketika dihari raya dan hanya kedengaran selepas bulan Syawal berlalu..Lagu raya feveret korang plak??


Nilah kad raya aq yang tak seberapa ni ditujukan khas untuk followers,likers dan sesape je yang mengenali diri ni... ;)

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN!!! :D
*mode:nak balik kampung...nak balik kampung..nak balik kampung..nak balik kampung..






Thursday, August 18, 2011

Kampung vs Bandar

As-Salam..

Bila tengok Upin dan Ipin,teringat balik zaman kanak-kanak aq yang penuh keriangan.Honestly I said,aq rasa jadi budak kampung ni lebih merasa nikmat idop berbanding budak2 idop kat bandar.Aq tak dimanjakan dengan PSP,PS2,X-Box dan semua2 tulah.Maybe kat kampung tak serba-serbi ada,tapi disebabkan kekurangan tulah munculnya idea2 kreatif.Kereta Honda City version kotak,swimming pool dalam besen,main masak2,main batu seremban(aq tak reti main),main congkak(En.Amal Aziz champion congkak),main layang2,panjat pokok jambu(pokok rambutan tak boleh,banyak kerengga)...

Ko bayangkan Honda City ni version kotak..

Gua juara congkak...lu??-En.Amal Aziz

Aq tak dibesarkan kat kampung pun,sebab aq lahir kat Pulau Langkawi,Kedah.Pastu aq pindah kat Muor.So,masa aq masih lagi kanak-kanak yang sedang membesar ada beberapa stage yang aq lalui.Dari duk kat pulau,pastu aq pindah kat bandar.Muor bukanlah bandar besar macam KL,JB..but it's really a nice town!Pemandangan yang cantek,dan udara yang nyaman.Pagi2 mesti nak cari lontong takpun mee rebus untuk breakfast.I've a great life during my childhood!!:D

Then,pas bapak aq pencen barulah aq pindah kat kampung Muhd.Amin,Simpang Renggam Kluang,Johor.Tempat kelahiran bapak,abang dan kakak aq.Mula2 aq tak suka jugak duk kat kampung ni sebab kampung ni agak hulu.Tapi sejak aq sambung study kat KL,aq lebih appreciate kampung aq sendiri.Ko takkan dapat morning scent,beautiful sunset disebalik pokok2 rambutan dan durian,tempe goreng garing yang sedap kat KL ni.

Jemput2 sedap dimakan panas2..

Nasi ayam kat KL RM5.00..kat rumah aq free,boleh tambah berkali2 tanpa sebarang caj tambahan..

Barang2 kat kampung pun jauh lagi murah berbanding kat KL ni.Biasanya petang2 aq akan lepak2 kat halaman depan rumah dengan bapak dan ibu aq sambil menikmati tea-time yang lazat!Goreng pisang,jemput2(orang Johor panggil a.k.a cucur) dihidang panas2 bersama kopi.Duk kat kampung sangat2 relax sebab malam2 ko takkan dengar mat2 rempit merempit kat hi-way yang diorang ingat hi-way tu bapak diorang yang punya.Owh,lupa nak bagitau..rumah aq kat kampung tu dekat dengan kawasan perkuburan.*everytime lalu kawasan perkuburan secara tak sengaja aq pun ter-rempit juagk..=.='

AQ NAK BALIK KAMPUNG!!!!!TT_TT








Jejak-Jejak Joyah