Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Wednesday, March 7, 2012

There's a...HOPE

As-Salam...

Diberi pluang lagi untuk taip entry yang aq rasa tak seberapa mana pun.So,sapa2 sudi,rajin2kanlah mata anda untuk membaca entry tak seberapa ni.Takde gossip panas mahupun gambar2 yang boleh mengurangkan iman di dada,cuma cter bese2 je dari seorang insan..*ayat aq macam sket tak bley blah kan??

Dulu-dulu kan,ada sorang budak ni nama dia Dora(bukan nama sebenar).Dora ni baik,suka tolong orang,gila-gila dan sumer orang hepi bler dengan dia.Tapi Dora ni kan tak berapa comel,gemok.So,budak2 laki slalu kutok2 dia cakap dia ni tak lawa.Tapi Dora ni buat pekak je.Aq gemok sebab aq sehat,ko tu tak cukup makan.Macam tulah Dora bidas everytime ada budak2 nganjeng dia.

Dora ni pun boleh..tapi Dora ni seksi,nampak pusat.

Tanpa diduga,orang yang si Dora ni sayang gler2 meninggal dunia.Mak dia meninggal dunia sebab kanser.Mase tu si Dora ni baru je umor 10 tahun.Dia masih mentah lagi,tapi dia dah lalu sumer tu.Dora sedih sangat2.Tiap2 malam dia nanges.Tiba-tiba suatu hari...Dora mimpi arwah mak dia datang dalam mimpi dia dan cakap...Janganlah sedih lagi,nanti mak pun sedih..Sejak dari tu,Dora kuatkan diri.Dia tak boleh sedih2 lagi.Dia patut bersyukur sebab dia ada abah dia,abang dan kakak dia.Orang lain kecik2 lagi dah jadi yatim piatu.Dora cakap kat diri dia,yang dia kena kuat untuk harungi semua cabaran dalam hidup ni.

Masa berlalu dengan pantas.Dora semakin membesar dan semakin matang.KeluargaDora pun makin hepi sebab abah dah kawen lain.Ibu tiri Dora tu baik sangat2,tak macam ibu tiri Cinderella.Dora pun dah ada adik dua orang.Everything going smoothly.

But again,keluarga Dora diduga sekali lagi.Abah dia saket teruk.Teruk sangat2.Dora takot sangat2 abah dia ikot jejak langkah mak dia.Dora tak sanggup nak kehilangan orang yang dia sayang lagi.Hari-hari dia doa,biar Allah panjangkan usia abah dia.Alhamdulillah,doa Dora terjawab.Abah dia kembali pulih.Tapi,efek dari semua tu..result exam Dora tak seperti yang diharapkan.Dora frust,tapi dia still bersyukur sebab dia dah cuba buat yang terbaik..

Dora dapat jugak sambung study kat universiti...and you know something..she met his prince charming there(even prince charming Dora tu tak kesah pun dia gemok)!!hahaha :D

**bukan sekadar cter bohong,tapi jugak bukan dongengan semata-mata.cuma nak bagi sket pengajaran supaya jangan mudah putus harapan. 

There's always a HOPE.Just believe.
Make it true,pray to Allah.
HOPE only belongs for whom who really trust it. :)




Saturday, March 3, 2012

Realiti Dunia & Kehidupan

As-salam...

Teramat sangatlah lama aq tak hapdet blog ni.Bukan apa,cuma malas je.Banyak je idea nak dijoyahkan,tapi bila malas melanda semua keje tak jadi.Takpelah,disebabkan aq punya rajin ni susah sangat nak datang maka aq pun tiba-tiba terfikir satu entry untuk ditaip untuk anda-anda semua fikirkan.Ehem.

Honestly,I coming from middle-rank family.Aq tak malu nak mengaku aq tinggal kat kampung Muhd Amin(si Amin mana pun aq tak tau ikot ske dia je nak letak nama kampung tu nama dia),kat Simpang Renggam,Kluang Johor.Aq tak malu nak mengaku bapak aq cuma seorang pesara polis,keje part-time dia skang ni jadi pengarah filem tidak rasmi.Kot-kot ada drama series yang aq termiss mesti aq tanya bapak aq.Bapak aq boleh jawab dari  awal drama tu sampai ending dia.I don't have my own car or motorcycle (aq reti bawak motor,tapi takde lesen.memang awal-awal dah kena rejek untuk dibelikan motor ye..).Aq pergi kuliyyah hari-hari naik beskal.Pe aq kesah,aq tak pening pasal nak cari parking,tak pening pasal nak register bagai..duit minyak mahupun tol.UIA ni tak besor mana pun,nak sempit-sempitkan lagi dengan kete-kete tu.Orang tengah-tengah sesak jam,aq bersenang-senang hati naik beskal melawan arus tanpa dimarah oleh pak guard...hahahahaha!Sumpah,aq rasa heaven gler time tu.Secara tak langsung,kalori dan lemak2 degil pun terbakor bersama. :D

But once,since aq masuk UIA..ramai anak-anak orang kaya kat sini(aq cakap bukan aq nak kerek ke pe,tapi itu realiti yang aq jumpa).

Aq: Weyh,macamna dengan drawing projek untuk assignment  tu?Dah jumpa blom?

Student A: Dah setel dah..Aq ambik dari company bapak B...(B disebelah A)

Aq: Owh,ok2...(dalam hati) Pergh,bapak dia ada company!!gler dowh!!

Ok,it may sound silly and nampak macam aq jakun.Ye,aq memang jakun.Kat kampung aq takde,time aq skolah dulu pun takde.Geng-geng skolah aq dulu pun sket lebih kurang aq je.So,bler jumpa keadaan macam tu,memang aq pun akan jadi jakun.

Aq tak boleh deny dengan surrounding macamni.Honestly,ada jugak prasaan rendah diri tu.Yelah,spelah kte ni kan..tak seberapa..tak pandai plak tu..

Memang susah jugaklah bler diri kte yang tak seberapa ni nak adapt dengan surrounding macamni.Aq kadang-kadang trasa life diorang ni kan macam Cerekarama kat TV3,setiap hari Selasa hingga Khamis,pkul 10.30 malam.Bapak ada company,anak waris..pastu bapak dia pun kawenkan dia dengan anak bos dari company lain..pastu konflik tang tu,tang ni..rupa-rupanya bapak dia tu ada anak lain yang tidak diketahui sah tarafnya.(ok,tiada kaitan sama ada yang idop mahupun meninggal dunia).

Bler kte nampak kan...eh..eh,beznye beliau ada kete sendri!!senang nak ke sana ke sini...eh..eh,beznye beliau ada pakwe hensem!!...eh..eh,beznye beliau anak tauke kapal!!naik star cruise mesti free...but who knows their difficulties??their problems??dah klow nama pun manusia..mesti ada masalah punya.Takkanlah nak jerit satu dunia...woi,aq ada masalah dengan bini aq!!!woi,aq ada masalah hutang tak bayor lagi!!ok,takde orang nak buat pun melainkan anda seorang attention whores suka nak heboh cter sendiri kat wall Facebook.

Manalah tau kan...yang beliau pakai kete tu sebenarnya hasil titik peluh beliau sendiri,so beliau ada hak nak nikmati idop dari hasil titik peluh beliau.Manalah tau kan...pakwe beliau hensem,tapi diorang slalu je gadoh sebab ramai pompuan lain try nak usha pakwe beliau tu...Manalah tau kan..tauke kapal ni banyak kejenye,si beliau tu pun mesti susah nak jumpa bapak dia..adik-beradik dia pun ramai.so bapak beliau slalu kena keje lebih masa.Aq ingat lagi  bapak aq cakap,besor periuk besor keraknye. :)

Maka,siapalah tau kan...klow kte kaya..kte jadi riak,tak ingat TUHAN,pandang rendah kat orang lain.Allah jadikan kte seadanye kte skang ni sebab kte tau spe diri kte,kte sedar dunia ni Allah yang punya.Kte ni menumpang kejap je.Allah nak tarik nyawa ni bler2 pun boleh klow Dia nak.Allah dah tetapkan setiap rezeki hamba-hambaNya.Nak lebih,usaha lebih.Doa lebih,buat keje lebih.Yang penting mesti halal dan diredhaiNya.Klow banyak,tapi tak penah cukup susah jugak kan??Biar sket,tapi cukup untuk semua.Itu lebih baik. :)

So...Just always think positive and be grateful what you have Allah already gives the best for us,it's depend on us how to use,apply,make and appreciate it.Alhamdulillah,i'm happy what i have now..:)

*Entry ni direka khas untuk motivasi anda yang ikhlas membacanya dan untuk diri sendiri.Terima kasih kerana sudi membaca.psst,klow rajin komen2lah sket aey...hehehe :P





Jejak-Jejak Joyah