Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Saturday, February 11, 2012

Kerana Ayam Seketul :Make Life Easy

As-Salam...

Dah janji kan(janji ke) nak buat entry hot lagi panazz....So,tengah malam2 buta ni usha2lah kat fesbuk ternampak video Youtube yang kecoh pasal  KFC kat i-City.

Gadohlah korang...yang penting aku kaya!

Aku taknaklah tuduh sapa yang salah,sapa yang betol.I can't judge base only 26 seconds video.Dan aku takda pun kat tempat kejadian.Tapi yang klakarnye,benda ni macam dah jadi isu sampai ada jugak yang nak kaitkan dengan politik r..racist...klakar!

Dalam masa 26 saat tu kat video tu,kita cuma nampak seorang staf KFC mengganas serang customer.Memang nampak cara dia salah.Tapi sapa tau pe yang terjadi sebenarnya...kan?Member aku sendiri yang keje kat KFC tu bagitaulah yang customer tu tak sabar sebab tak dapat order dia lagi,pastu nak sembur2 orang dengan kata2 dusta berbau makian.Dah agak-agak staff tu bengang,tu yang dia nak sumbat ayam mentah tu kat mulot customer tu..maybe saat yang ke 28 tu dia cakap..'Nah,makan ko ayam mentah ni!!'.Ok,aku tipu je.

Adatlah tu..orang tengah marah klow tak bley tahan sabar ditambah plak hasutan syaiton yang berapi-api,memang bley jadi kes bunuh.Cuma bler difikir-fikirkan kembali...sangatlah bodoh bergaduh hanya kerana ayam seketul.Ayam tu pun klow idop lagi mesti dia gelak kaw2 punya.Pe punya r manusia ni,takde tamadun langsung!

Are u guys fighting becoz of me??ME??

Kebodohan dan kehinaan manusia tu terserlah bler dia tengah marah.Time tengah marah gler2,rasa diri sendiri jelah yang betol.Kang dah reda sket rasa marah tu,barulah terasa..Eeee...bodohnya aku ni!Sebab benda kecik tu pun nak kecoh!Yes,i'll feel the same way when I'm angry.

Manusia ni pun satu,penuh keegoan.Susah nak mintak maaf.Tak semestinya orang yang cari gadoh tu dulu(sebenarnye memang patut dia buat dulu pun) kena mintak maaf.Yang kena marah tu pun boleh je mintak maaf jugak.Sebab dengan cara tu jelah segala kegundahan di hati,kata-kata dusta yang telah disembur tu dapat memadamkan api kemarahan.

Please.Don't act like a child.Macam budak-budak je nak gadoh2 bagai ni.Kita selesai cara dewasa,duduk minum teh tarik kat kedai mamak,bincang elok2.Haa...kan senang tu!!

Tak payahlah nak isu-isu sangat benda kecik je ni.Untuk aku cara penyelasaian kes ni:


Customer: Dah tau KFC kat i-City tu confirm ramai orang,makan kat tempat lain.Nak jugak KFC,pergi je KFC lain.Bengang dengan KFC,bley makan McD..Pizza Hut,Domino's...megi goreng mamak..u got so many choices!

McD ada....


Pizza ada...

Staff :Huish..sumpah memang sakit hati klow jumpa customer mulot laser ni.(Aku pernah keje yang lebih kurang sama jugak).Customer ni memang takkan paham keje kita sebab diorang bukan di tempat kita.Nasihat aku,tingkatkan kesabaran dan buat taktau je...silent is best way to defeat mulot buntut ayam.Agak-agak tak puas hati sangat,ko bubuh je julap kat ayam tu..(jangan buat).



Heheheheeeeehehehehehehe!!!!



RESPECT OTHERS TO GAIN THEIR RESPECT.MAKE LIFE EASY.


Thanx for reading! :)

Thursday, February 9, 2012

Life.

As-Salam...

Pergh,ni memang dah tahap berbulan2 jugak r aku tak meng-update blog aku.Sebab malas dan sumer entry aku nak tulis orang lain dah tuliskan untuk aku.
Ok,arini aku rasa takde orang nak tuliskan topik ni untuk aku so aku pun merajin-rajinkan diri dari kemalasan melampau ni..

Too much things klow nak cter.Yelah,agak2 2 bulan jugak kot aku tak update.Memang banyak benda yang terjadi.Final exam,cuti,result.Tak lupa jugak relationship.ehem. :P

Alhamdulillah,result sem lepas agak memuaskan dari sem yang sebelumnya.Tapi application aku nak tukar course kena reject kaw2 punya.Aku takde r kesah sangat pun,tapi ayat dia reject tu buat aq sentap.Aku trime keputusan tu dengan hati yang pasrah dan redha untuk meredah sem-sem yang masih berbaki dalam QS(Quantity Surveying) ni.hukhukhuk...... TT^TT

Cuti adalah masa untuk hibernate ala-ala polar bear di kutub utara tu.Makan,tido...makan,tido.Tapi dalam makan,tido..makan,tido tu..berjaya gak aku kurangkan berat sebanyak 3kg!!muahahahahhahaha!!takde perkara yang menggembirakan selain makan tapi dapat jugak mengurangkan berat badan. :D

Lagi satu,alhamdulillah...relationship aku bersama En.Amal Aziz dah masuk 2 tahun sejak dari bulan lepas lagi.Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi bersama,tapi cinta kami masih lagi utuh.Pergh,meremang bulu roma aku jap tulis ayat macam tu..Ombak Rindu u'olls..hahaha! :P
Honestly,memang susahlah bagi aku nak serius in relationship sebab bagi aku masa muda adalah masa untuk berhuha-huha!But once dah terjebak why so serious relationship ni sket sebanyak mematangkan diri aku.Real relationship it's not just about love each other and how long the relationship is,but it's more about accepting and trusting each other.Masing-masing bley jadi diri sendiri.Takdelah time si gugurl tu bersolek 8 inci baru si boboy tu nak suka je kan??Takpun bila si boboy banyak duit,maka si gugurl pun barulah nak tergewdik2...pe2 hal,agama kena jaga dan amanah parents tu sangat2lah penting. ;)
Owh,for those rasa nak repair relationship dan sape2 nak tambah ilmu tu sangat2lah digalakkan untuk membaca buku yang berjudul 'Men are from Mars,Women are from Venus' hasil karya John Gray.Memang superb terbaik dari ladang!Pe yang dia cter tu exactly same pe yang terjadi kat real life.Nak tau lagi?Silalah baca sendiri.


Aku beli buku ni dengan voucher 1Malaysia RM200 tu. :D


Oklah,panjang plak entry aku ni.InsyaAllah,next time aku update lagi dengan entry baru yang lebih hot dan panazzzz!!chow! ;)

I think he's hot.

But this one is the hottest. :P


THANX FOR READING! :)

Jejak-Jejak Joyah