Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Friday, October 28, 2011

Personaliti Facebook-er & Blogger

As-Salam...

Dah buhsan duk ngadap laptop buat assignment,aq blogwalking jap..Stalk FB orang..Sambil2 baca entry tu kadang2 aq terfikir..macamna agaknya blogger/facebook-er ni kat luar aganye aey?Kat blog bukan main laser mencanang cter..kot2 lah kat luar pun memang semulajadi joyah..eh,contoh je tu.Ko jangan trasa plak..hehe :P

So,kat sini aq ada buat beberapa research berdasarkan aq punya suka.Personaliti blogger & facebook-er.Aq dah cakap,ni aq punya suka.Ko nak percaya ke tak,ko punya suka.

1. Bajet Cute.

Ramai jugak blogger2/FBer macamni sebenarnye.Tak kisah r laki ke pompuan,muka semua nak flawless habis.Ala2 boleh jadi model Fair & Lovely ko.Mata pun bukak bagi nampak besor sket.Yang mana rasa kurang cute,efek pengembungan pipi ala2 ikan emas slalu digunapakai.Orang2 macamni kurang keyakinan diri.Sebab tu diorang susah nak tunjukkan muka sebenar diorang.Klow rasa nak tambahkan keyakinan diri,bolehlah beli buku2 motivasi Dato' Fadzillah Kamsah mahupun kaset2 beliau di toko buku berdekatan.



2.Tak suka tunjuk muka

Haa..ni lagi satu spesies.Blogger/FBer yang macamni diorang tak penah2 nak tunjuk muka diorang kat blog/FB.Kira klow ko dapat tengok muka dia tu,rasa macam...ergh,i'm speechless!!Diorang ni plak bukan kurang keyakinan diri,tapi diorang ni penuh misteri.Susah nak jumpa orang2 misteri macamni.Diorang punya misteri ni memang tahap boleh masuk Misteri Nusantara.Yang bestnye,orang2 misteri ni diorang menimbulkan rasa curious orang lain nak tau spekah identiti diorang sebenarnya. 



3.Suka tayang muka

Ni geng2 bajet cute jugak r ni.Tapi diorang ni lebih berkelakuan jujur.Muka baru bangun pagi,bertompok2 air liur basi pun boleh buat DP.Tengah berak pun sempat lagi nak update status.Diorang ni orang2 yang overconfident.Mempunyai ego yang tinggi dan seorang yang agak degil.Prinsip idop diorang:ada aq kesah?ko ke yang bagi aq makan?



4.Kaki Novel

Golongan macamni plak suka buat status/entri nak sedih2 je.Tangkap jiwang habis.Klow buat entri/update status ayat penuh puitis,penuh dramatis.Ni memang sah2 golongan yang suka baca novel.Ko bagi novel Ombak Rindu,satu hari je konfem bley habis.Dikatakan jugak anak didik A.Samad Said.Takpayah nak cter banyak..dah nampak terang,nyata lagi bersuluh kan torch light!Diorang ni memang kuat feeling...TT.TT



5.Geng Joyah

Suka update status/entri pasal hal2 isu semasa dan jarang2 tunjuk muka.Habit diorang suka like status orang lain.Tak suka sangat nak show off muka, tunjuk muka pun sket2 je.Katanye sebab takot Melodi cari.Nampak je cenggitu,tapi sebenarnya tulah bezfren Joyah..Orang2 macamni ko kena fikir 85 kali klow ko nak buat kawan.Depan cakap lain,blakang cakap lain.Talam 18 muka dia ni....danger!danger!


p/s:Ko yang mana satu?? hehe ;P





Tuesday, October 25, 2011

Awkward Moment

As-Salam...

Awak2 semua sihat tak?Dah lama tak hapdet blog lapok aq ni.Busy memanjang(tak busy pun kata busy jugak,padahal malas!hahaha)Oklah,tak tipu..memang busy pun.Kelas,assignment,program...macam2lah keje yang membusykan diri.Sampai tak sempat menyempat nak hapdet blog ni.

Ko pernah tak rasa satu situasi yang macam awkward gler?Time tu tiba2 senyap,sumer orang speecless.Mak aq cakap tu malaikat lalu.Takpun,bila orang yang ko tak penah2 tegur tiba2 peramah gila dengan ko.Mesti ko terfikir...eh,naper dia ni?takkanlah dah sampai masa kot..??tengok,orang nak baik2,ko kata dia nak meninggal..

Benda ni slalu terjadi bila dah habis topik untuk berjoyah.Mulalah rasa awkward tiba2,pastu dua2 speechless.Klow benda ni berlanjutan,at the end habis macam tu.Trick ni tak bagus untuk mamat2 yang baru nak usha awek yang dah lama diminati.Ko kena banyak mulot sket dan pandai cari minat awek tu untuk korang terus berborak.Klow tak,nanti korang akan direject dan awek tu berkemungkinan besar akan tersangkut dengan mamat yang lebih menarik hati beliau.



HOW DOES THE AWKWARD MOMENT FEEL???
*sebagai contoh je,tiada kaitan sama ada yang idop mahupun yang sudah meninggal dunia.sesape yang trasa, maknanye ko lah tu.muahahahaha!!

You saw a very fat lady wore a white tide legging.And an uncle looked at her without he noticed you were watching at him actually.

..................................................................

.................................

..............

......errrr....


hmm......
*speechless.

Haa,lebih kurang macam tulah dikatakan awkward moment.Benda yang tak semena2 terjadi kat depan mata.Dan ko akan terdiam.





Thursday, October 13, 2011

Nama

As-Salam...

Tetiba dikeheningan pagi ni teringat plak zaman tadika dolu..Klow main teka-teki je mesti nama Ali jadi favorite.Bezfren dia Abu.Jiran sebelah rumah dia Muthu.Kawan kat skolah dia nama Ah Chong.Nama ni sangat popular dan slalu diguna pakai sampai masuk kat buku teks Bahasa Melayu darjah 2 lagi ko.Paling2 nama nak canggih sket pun letak lah Alias ke..Alia ke...

Ko ingat tak teka-teki sapa dapat rambutan?





Seiring perkembangan semasa,aq agak terkejut tengok buku teks Bahasa Melayu adik aq yang darjah 2 skang ni dah tak guna lagi nama Ali,Abu,Ah Chong mahupun Muthu.Nama diorang dah glamer dah.Nama semua nak artis sangatlah kan.Erra,yusri...Dania,Daniel,Damia(tu nama anak sedare aq)..Klow tnye je aq adik aq sapa nama kawan2 dia mesti ko pun terkejut..Klow dalam surat beranak tu,nama anak je paling2 tidak pun dua patah perkataan..contoh:Nurul Markonah dan Mohd. Jemal.Nak nampak kononnya up-to-date sket letak 4 patah perkataan.Siti Nurul Markonah Senah dan Mohd Jemal Abdullah Sani(tak masuk nama bapak lagi ni).Tapi sudah2nya panggil Senah je,takpun Jemal.Klow ko duk di kawasan perkampungan maybe nama tu agak femes lah jugak.Contoh:Senah mana?Ala..Senah Comel anak Pak Jemal tu..Ok,once bila si Senah tu pindah ke Kay-ELL..nama secara tak langsung jadi Sanny.Glamer kau Senah....Pastu mulalah Senah lupa diri..(cerekarama btol r ko ni!!)

Aq kat sini bukan nak menghina ke pe,cuma trasa klakar plak bila fikir2 balik ada certain orang sanggup tukar nama dalam sebab nak ikot keserasian.Dah tukar tu rasa macam glamer je kan(slalu terjadi di kalangan artis2 sebab taknak orang gelak nama ic dia).Nak tukar nama panggilan bolehlah,kang klow nama ko panjang2 sangat habis2 orang panggil ko oi je.Tapi,yang paling tak boleh blah bila ada jugak dah sedap2 letak nama Mohd,tiba2 nak jadi Nurul plak..dah lain sangat plak tu.Nama tu sebenarnya ibarat hadiah pertama yang mak bapak kita bagi kat kita(in case atok ko yang bagi nama,tu atok ko bagi hadiahlah kan).Dan nama yang dah diberi tu pun sebenarnya dah termaktub dalam luh mahfuz.Nama ko Senah,ko Senahlah sampai ke mati.Ko takkan boleh jadi Joyah mahupun Dania.Just appreciate yourself.It's a truth of u. :)

p/s:Joyah takmau kuar sebab dia majok takde orang nak join segmen dia. :P
*nama2 di atas tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.





Tuesday, October 11, 2011

Aq bukan Joyah!!

As-Salam...

Eh2,ko tau Senah(bukan nama sebenar),anak pompuan si Kamil(bukan nama sebenar) kawen lari dengan bangla jual karpet!!Agaknya Kamil hutang kot dengan si bangla tu...

Huish,beginikah tahap ke-joyah-an mulot anda??Katakan TIDAK!!

Jom join segmen AQ BUKAN JOYAH!!!

Tak susah pun.
1.Letak banner blog aq.
2.Suka ati nak jadi followers ke taknak.Takde paksaan.Tapi digalakkan untuk 'LIKE' page aq.
3.Nyatakan sebab mengapa anda bukan Joyah.


HOI,AQ BUKAN JOYAH!! :P

*tarikh tutup hari esok(12/10/2011),tepat jam 12.00 tengah hari.
*Sesape2 dah join,bolehlah meninggalkan jejak komen korang kat bawah entry ni.
*blogger2 yang sanggup menyatakan diri mereka bukan Joyah,akan di shortlistkan. :)





Jalan2 Tak Kurus2-Seoul Garden & Dream House (Part 1)

As-Salam...

Dah 3-4 hari aq kebuntuan idea untuk update blog ni.*ceh,ko bajet ada orang baca blog ko hari2 ke?? =.='
Maka,aq pun jalan2 untuk mencari idea2 bernas unytuk diisi kat blog aq ni..hehehe :D

En.Amal Aziz awal2 dah bagi warning kat aq sowh tak payah makan banyak2.Makan sket je.Gler pe sowh aq makan sket kan???Jeng..jeng!!!Dia tiba2 dan tak semena2 ajak aq makan kat SEOUL GARDEN hari Sabtu lepas.

SEOUL GARDEN ni ala2 restoren Korea gitu.En.Amal Aziz dah prasan habis cakap muka sendiri lagi hensem dari Kim Hyun Jung.Restoren ni menyediakan makanan steamboat buffet.That's mean,ko bayar skali makan berkali2 pun takpe.

Kitorang yang datang awal ni pun kena duk kat luar sebab meja kat dalam dah banyak kena reserved.Aq suggest restoren ni untuk orang2 yang mempunyai kapasiti perot yang besar je.Orang2 perot kecik atau tengah diet akan trasa rugi sebab duk tahan2 makan.Aq tengok yang datang makan kat SEOUL GARDEN ni masing2 macam tak makan 10 hari.Muka comot2 pun dah tak kesah,janji makan sampai kenyang.Owh,digalakkan jugak untuk sape2 nak nak 1st date kat restoren ni sebab ko boleh tengok bakal bf/gf ko tu burok lantak ke tak

Ko bayangkan,dari pukul 11.00 pagi sampai pukul 2.00 petang asyik duk melantak kat SEOUL GARDEN.Memang sah2 perot kembong macam ular pas telan lembu sekor.


*harap maaf kualiti gambar tak berapa cantek sebab guna henfon murah je plus tangan photographer tak bedung.


Muka tenang menanti di-serve..


wuhoo!!!


huish,comotlah ko ni!!


Makang budok!!


Bajet Korean sangatlah ko..


Memang sah!burok lantak!!


Sign Board dengan shawl aq sama kaler....=.='


Dalam petang macam tu kitorang direct ke KLCC untuk jumpa geng2 karate-ka En.Amal Aziz.Muntah darah lagi makan kat Piza Hut.Macam nak mampus punya kenyang. =.='

Geng2 karate-ka...hait!!!
*from left:Daus,Lukman,Simah dan Ain.

Agak2 dah puas melantak,layan plak cinema tengok cter Dream House.Overall,cter dia so-so lah..Takde pun rupa2 hantu yang menkutkan.Cuma jalan cter dia yang agak psikotik.Dah sampai ending baru tau cter sebenarnya..


Ok,ni baru 1st part Jalan2 Tak Kurus..Nantikan episod seterusnya di STABAZ dan Chocolate Fair di IIUM!!! :D

p/s:Memang jalan2 tak kurus2 sebab dah makan banyak pun perot ni asyik lapo je..haish,nafsu2... :P








Wednesday, October 5, 2011

As-Salam...

WORDLESS WEDNESDAY #5

Bila dah takde keje..atau ada keje tapi buat2 takde keje..maka nilah jadinya...
SHAWL TUTORIAL!!! :P

1.

 2.

 3.

4.


P/S:ala2 model DARA.COM u..... ;P








Tuesday, October 4, 2011

Susuk Kurus

As-Salam..

Dah terbiasa plak pas subuh tak tido balik.aiceh..bajet ko baik sangatlah..Aq takde klas pun pagi2 ni,cuma biasanya internet connection paling laju time selepas subuh.Ehem.

Amalan pemakaian susuk dah lama orang tau.Dulu2,zaman nenek2 kita susuk ni orang pakai sebab nak nampak sentiasa muda dan jelita.Takde garis2 kedutan yang kelihatan.Memang aq rasa boleh nampak kesan jugaklah orang2 yang pakai susuk ni dia punya seri lain macam sket(pernah tengok kat tv).Agak2 nenek2 yang umor dah mencecah 80 tahun pun sentiasa kelihatan sweet seventeen..dan yang pasti klow artis2 Hollywood tau confirm diorang dah lama dah pakai.

I tak pakai susuk tau,ni natural beauty.

Tapi,pemakaian susuk ni sebenarnya ada melibatkan unsur2 syirik lagi khurafat.Mana logik nenek umor 80 tahun  nampak sweet seventeen je kan?Klow pakai botox pun aq rasa mustahil.Paling muda botox boleh buat pun nampak muda 20 tahun dari umor asal.

Ada skali tu..masa time raya filem SUSUK ada tayang kat TV3.Pas habis je filem tu aq tanya bapak aq:

Aq: Abah,susuk ni memang boleh buat orang nampak cantek aey?

Bapak: Yelah..napernye??

Aq: Susuk kurus ada?

Bapak:..............ko nak susuk kurus ko tak payah makan apa2.

Aq: Alaaaaa....takde ke? *sket kecewa.. 

p/s: jin2 yang buat orang yang pakai susuk nampak cun pun mesti give up jugak nak bagi orang yang berat 120kg nampak 45kg. =.='







Monday, October 3, 2011

Rojak Campur yang Tak Sedap

As-Salam

kOwg sehat x arini?ktEw pg2 lagy dah bgn taw..mama sowh bli nAsi Lemak cik SiAh kt depan rumah ktEw.pastu,nenEk ktEw mintax tlg watkan kopi cap 333..sedap taw..lurve kowg ketat2 taw!muah!! :*

Adakah cara penulisan di atas memperlihatkan kecomelan aq??sumpah,tak langsung.
Semalam masa tengah blogwalking,adalah jugak beberapa blog( tak dapat dinyatakan di sini) yang tulis macam tu.Adoiyai..satu2 plak aq kena mengeja.Maybe diorang rasa megah dan hebat kot buat writing macam tu.hmm.

Tapi...tak penat ke nak type tiba2 nak tekan CAPS LOCK?aq rasa macam payah je.Kan penat tangan,jap2 nak tekan CAPS LOCK.

Nak tanya lagi ni..nampak comel/cool ke tambah sound effect W dan Y di hujung perkataan??kOwg adEw kew ckp macam tue??haa..cuba baca ayat disebelah kuat2 sambil bunyikkan makhraj huruf dengan btol.Merecik2 air liur depan screen laptop adalah. =.='

Bukan apa,blogging memang untuk semua.Setiap orang ada hak untuk tulis blog dia ikot ske hati dia.Tapi,kurang2kanlah penggunaan short form sampai orang nak baca pun susah.Nak buat short form,bior orang lain paham.Bahasa Melayu ni pun dah di standardizekan.Tak salah pun klow nak ikot sebijik2 ayat Kamus Dewan edisi-4.Lebih afdal. :)
Taknak orang lain baca,buat blog ko private.Takpun,tulis je kat diari. :P

aq lagi suka yang takde taugeh.

p/s:Rojak buah sedap dimakan bersama kuah sambal kicap ditambah sedikit belacan,bukannya sup cendawan mahupun keju. :D




Sunday, October 2, 2011

Ubat Sakit Hati

As-Salam..

Hari2 sakit hati.Sakit hati hari2..Ish2,kesian idop ko klow macam tu.Hati sakit tak boleh bahagia.Ko tengok jiran sebelah rumah ko beli TV LED 42 inci,ko sakit hati.Ko tengok jiran depan rumah ko beli kete Mercedes Benz,ko sakit hati.Ko tengok Dato' Siti Nurhaliza kawen dengan Dato' K,ko sakit hati.Pe kejadahnya semua benda ko nak sakit hati ni??Parah2...

Bukan tak boleh sakit hati ni,tapi biarlah sakit hati yang membangun.Ko tengok si Abu(bukan nama sebenar) yang nerd tu dapat deanlist,ko pun patut usaha macam dia.Memanglah dia layak dapat deanlist,dah rumah kedua dia kat library.Sakit hati bila tengok orang aniaya rakyat Palestin kena seksa..haa,yang tu ok.Sakit hati yang digalakkan.Dah habis ko sumpah seranah rejim Israel tu,jangan lupa plak doakan keselamatan umat Islam kat Palestin :)

Sakit hati ni takde ubat ke??Panadol?

Nak ubat sakit hati ni tak payah guna duit,kang klow guna duit lagi sakit hati.Ni antara cara mudah untuk diaplikasikan:

1.Tido.
Sangat berkesan!!Tido adalah ubat paling mujarab untuk mengubati sakit hati.Terus lupa pe yang ko marahkan tadi.

2.Makan coklat/aiskrim (owh,ni kena guna duit plak)
Cara ni pun berkesan sebab coklat dan aiskrim mampu mengeluarkan enzim...err,sila tnye student medic ok.tapi bila aq makan aiskrim/coklat memang dapat mengurangkan rasa sakit hati tu.Cuma kurang praktikal sebab aq senang naik berat badan makan benda2 macam tu.. TT.TT
alahai...sedapnye!!! >.<

coklat...coklat.. @.@

3.Berjoyah bersama rakan.
Carilah sahabat terbaik yang mampu mendengar luahan prasaan anda.aiceh!Ko berjoyah sehabis2,caci maki segala sumpah seranah benda yang ko sakitkan hati kat kawan ko tu.Make sure dia bukan orang yang ko tengah sakit hati tu atau mulut mengalahkan Melodi hanya di TV3.Dah cakap tu,sep2 je. :)

4.Nanges.
Orang pompuan ni dia sedih ke,dia sakit hati ke dia nanges.Even dari segi saintifik pun nanges dapat mengurangkan rasa stress.Ok,klow orang laki nak nanges pun boleh je.Tapi janganlah di tempat awam.Kurang macho disitu. :P

mengapakah???

5.Tulis blog.
Macam aq tengah buat skang ni..errrrrrrrr..... =.='

p/s: sakit hati sket2 je cukuplah..always think positive n keep move forward!!aja2 fighting!!! :D





Jejak-Jejak Joyah