Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday #2

Spontaneous Thursday #2

Syukur Alhamdulillah..


Dipanjang usia sampai ke hari ni.Nikmat tak terhingga banyaknya  kurniaanNYA.
Umor dah menginjak ke usia 21 tahun ni,dan insyaAllah dah 21 tahun menyambut Ramadhan yang mulia ni..(darjah 3 start blajar pose penuh)..Hope jadi insan yag lebih baik dari tahun sebelumnya..rajin2kan diri buat Terawih,banyakkan sedekah,berzikir(bukan sms),kurangkan perkara2 lagha,kurangkan berjoyah,be on time..huish,banyak lagi kena improve ni!!InsyaAllah.. :)


Happy Ramadhan to all!! :D
*tak lama lagi dah nak pose ni!! ;)



Wednesday, July 27, 2011

kapel tapi takot mak abah tau?!

As-Salam..

Aq bukan nak kata aq baik sangat ke apa..burok jugak perangai ni.Banyak lagi yang kena ubah.Tapi aq pelik dengan satu benda.pe bendanya???

Ko boleh kecoh2 kat fb,kat blog ko kapel..tapi mak abah tak tau!haa??WTFish!!Mak abah jauh kat kampung,internet bukannya ada line pun..tak payahlah tau..

shh..jgn bagitau mak abah awak tau...

WOIT!
Sedap2 tiap2 bulan ko mintak mak abah ko duit belanja beli buku kononnya (nak belanja awek/boipren),tapi mak abah ko taktau pun ko in relationship dengan si polan ni..alaa,rilek r..dah nak kawen nanti baru bagitau..so,skang ni ko bercinta suka2 jelah aey??uish,malangnya sapa2 yang dapat orang2 seperti itu.Aq cintakan ko setinggi Gunung Everest,tapi nak bagitau mak abah pun kecut!!


Mak abah ko jaga ko dari kecik sampai dah berjanggut2 ni haa..apa salah bagitau je dengan sapa ko 'berkawan',dengan sapa ko dating..takdelah mak abah ko risau sangat.Bior mak abah ko tau sapa bakal anak menantu dia.In case klow mak abah tak berkenan di hati tu,adalah yang tak kena.Sama ada partner ko tu yang bermasalah atau ada sejarah silam mak abah ko jadi tak suka tu.Semua mak abah kat dunia ni nak yang terbaik untuk anak2 diorang.Agak2 mak abah ko dah taknak ko dari kecik tu,dah lama dia tinggalkan ko kat tepi tong sampah tau.

p/s:i miss my hometown!!nak makan tempe goreng rangup cecah sambal kicap!!nyummy!! >.<

sedapnya!!



Wordless Wednesday #4

As-Salam...

Wordless Wednesday #4!!
*paling aq suka,tak payah nak type panjang2..hehe :P


Samsung Corby II S3850.
Falling in love with you!!!aq dah ngidam gler ni... <3 <3
*sesape yang guna handphone ni,ce cter sket experience korang... ;)

p/s:Harap maaf kepada followers n sesape yang rajin bukak blog aq ni sebab sejak dua menjak ni aq memang tak berapa nak rajin update blog.Maybe sebab aq takde aktiviti sangat,pergi balik keje,makan tido.Tu jelah life aq skang ni..sori... =.=





Friday, July 22, 2011

Part-Time 2

As-Salam....

Bersambung dari entri yang sebelumnye.(ko ingat ni drama bersiri ke??)
pe aq type r..jap2,nak refresh balik..haa..

Banyak benda kita boleh belajar masa keje part time.Bukan dalam kuliyyah je ko bley belajar tau.

3rd.Blaja mengemas barang dengan pantas.
Klow kat rumah bolehlah ko melenggang kangkung kemas2 rumah.Kat kedai kasut ko harus cepat,pantas dan tangkas!

4th.Blaja cara orang lain.
Yep,this one is definitely true.Watch and learn from others.Ada customer sangatlah macam ce**** bler dia fikir dia bagus.Weyh,memanglah aq ni staf cabuk je,tapi kenalah respek orang sket.Tak guna ada educated sampai Ph.D pun tapi akhlak hampeh!

5th.Merancang yang terbaik.
Bila aq tegok plan2(promotion,discount..etc),sebenarnya pihak atasan dah plan macam2 untuk melariskan jualan diorang and make sure jualan itu menepati sasaran(hit target).Sumer plan tu jugak macam experiment untuk tengok macamna jualan tu sama ada laku atau tak.(good tips for those who want to be a business person) :)

6th.Improve your English.
Somehow they're some people don't like to speak Malay even they're all Malaysian!(terkecuali bagi orang bukan warganegara)huh,burok perangai ko!!Aq respek r certain customer yang bukan Melayu try nak cakap Melayu gak dengan aq.Bukan aq anti-english ke pe,tapi macam ada gak orang kononnya nak bajet bagus dia pun nak show off r dia punya English.So,i need to speak English with them too! 

Tu antaranya faedah2 part-timer macam aq ni.Cuti sem sampai 4 bulan kot tak buat pe2 agak merugikan.Baik aq cari duit nak kawen...eh,tak2!cari duet raya... :P


p/s:tapi disebabkan keje ni jugak aq agak malas nak berblogging...aii.. =.=''




Thursday, July 21, 2011

Kelebihan Part-Timer

As-Salam..

Dah bersawang2 dah aq punya blog ni.Lama gak kot aq dah tak update blog memandangkan aq terlalu busy dengan kerjaya aq.Pergh,ayat konon nak sedap bajet ko busy macam P.M lah aey??
Keje aq dari 10 a.m sampai 10. p.m.Penat woo!kadang2 angkut stok baru sampai macam buruh kasar..klow takde customer duk melepek tak buat pe2... =.=

Banyak kelebihan buat part time job ni..

1st.Dapat Duit

Of cozlah,ko keje ko dapat duit.Dari duk melepak tak tentu hala,duk rumah pun tak menolong mak bapak..baik ko keje.

2nd.Melatih ko-ordinasi mata

Keje aq ni keje kat kedai kasut,so secara tak langsung harus cepat dan pantas ambik kasut....

ARGHH!!!Aq dah kena pergi keje ni!!Nanti aq sambung balik.... TT.TT

Friday, July 15, 2011

Sape lagi bagus?

As-Salam...

Dunia yang semakin pesat membangun ni,persaingan semakin sengit.Semua orang nak jadi bagus,nak jadi yang terbaik.Yes,that's good.Aiseh,lagi skali dah kuar ayat2 esei BM SPM confirm A1.Tapi tulah kenyataan dunia skang ni,semua orang nak jadi the best sampai sanggup tindas orang lain.

Mana2 jelah ko pergi,mesti ada je orang yang ko akan prasan dia macam ada x-factor.Bukan sebab dia ni alien dari planet lain ke,tapi maybe dari segi personaliti dia agak ke depan.Maybe dari segi kepandaian,tahap kerajinan or dari segi leadership.Orang2 macam tu memang patut kita salute,bukan orang yang berjaya di atas penderitaan orang lain.

Alien bloggers?

Blogger sendiri pun macam tu jugak,ada yang suka dok citer burok2 orang nak naikkan ranking sendiri.Buat citer2 hot dan tak lupa gak nyang suka letak gambar2 hot yang boleh membuatkan readers laki speechless lalu hidung berdarah.Bukan nak kata pe,benda2 burok ko citer banyak2 nanti makan diri sendiri,menambahkan dosa kering ko yang ada.Lagi2 plak klow citer tu tak betol.Kita bloggers ni memang ada hak untuk 'bersuara',nak tulis pe2 je yang kita suka.Tapi biarlah berpada2,fikir dulu baik buroknye.

Susah nak cari blogger x-factor ni sebab dunia IT ni terlalu luas,tak bersua muka.Sapa2 boleh jadi 'retis' dalam dunia blogging ni.Adalah lebih baik jika kita menjadi diri sendiri,jadi sapa kita kat luar sana.Be different,be yourself.And people around you will more appreciate yourself as you are. :)


p/s:Lusa nisfu Sya'aban,disunatkan baca surah Yassin 3 kali dan berpuasa pada keesokkan harinya.InsyaAllah,terampun dosa2 selama 3 tahun..*if ada fakta salah,tolong betolkan tau :)




Thursday, July 14, 2011

Spontaneous Thursday

Spontaneous Thursday #1

As-Salam...

AAAAARGGGHHHH!!!!!BENCINYA AQ!!!
Sumpah aq benci gler dengan ORANG2 KEREK.
KO BAJET KO BAGUS SANGAT!!!Silalah pupus wahai ORANG2 KEREK di dunia ni!!





Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #3



WORDLESS WEDNESDAY!! #3

LOMOLOOK

Taken by:Zeti, 8 years old
Edit by:Jaedie




Tuesday, July 12, 2011

Fesyen

As-salam..

Bila sebut pasal fesyen je,mesti dalam kepala dah terbayang2 Hana Tajima,Yuna,Fatin Liyana,Hanis Zalikha..pergh,nak jugak vogue macam diorang kan!!Klow dulu gadis muslimah pakai tudung bawal je..skang ni dah makin up-to-date dengan macam2 stail lilitan shawl.Lilit2 jugak,jangan terbelit plak sudahlah,.. :P

Yuna & Hana Tajima. :)

Aq ni nak kata mengikut peredaran fesyen,takdelah sangat.Aq pakai pe yang aq slesa dan tak menyusahkan.Aq rajin pakai shawl sebab aq memang tak reti pakai tudung bawal,aq pakai tudung bawal tak sampai sejam dah bersepah.Satu lagi,aq malas nak gosok2 tudung ni..aq pakai rembat ikot sempat aq je..

Nak berfesyen ni tak salah pun sebenarnya,tapi biarlah kena tempatnya..ko pakai vogue2 siap ala2 Hana Tajima semata2 nak pergi pasar beli ikan kembong 2kg nak buat laksa.Tak kena tempat tu namanya,lagi orang gelak adalah..Gaya2 macam tu ko nak pergi dinner ke..dating ke..oklah.setakat nak pergi pasar pakai jelah tudung instant tu.Kang lambat2 ikan habis. :P

Jangan jadi mangsa fesyen
(fashion victims).Yes,fasion for all but not all fashion for us.Kang orang kata ko Jakun.Culture shock.Memanglah si model A tu nampak comel je pakai macam tu,lepas tu ko pun nak tiru macam dia.Boleh je,tak salah pun.Tapi ada certain style tu maybe tak kena gaya dengan ko.Contohnye lah,muka si model A tu bentuk muka comel2 cute kecik..pakai tudung syria memanglah nampak cantek je...muka ko plak bulat,pakai tudung macam tu sebijik macam tembikai pakai tudung. =.=
so,janganlah kononnya nak jadi fashionista sangat sampai diri sendiri jadi fashion victims.

Satu lagi,jangan nak pakai terlampau over.Maksudnya,nak up-to-date sangat ko pakai sumbat je.Rambut kaler kuning,baju kaler merah,suar kaler hijau.Orang kata ko ni traffic light bergerak.Polis pun speechless klow nampak ko tau.Nak berfesyen tu kena pandai mix and match.Baru nampak cantek,menarik dan abang polis pun confirm tak jadi nak saman ko! XD





Wednesday, July 6, 2011

pertama dan terakhir

As-Salam..

Aq tak boleh nak buat entri panjang2 sangat ni.Kena tido awl,esok masuk keje pukul 10.0 0a.m sampai 10.00 p.m.Penat woo even keje kat kedai kasut X.E.S.Takde pun keje kena angkut batu bata macam buruh kasar kan,tapi sebab penat buhsan tunggu lama2 lagi klow takde customer dan aq memang jenis tak tahan duk dalam aircond lama2.Ni pun  macam dah nak demam. =.='

Pergh,sebelum dapat keje ni dah masuk 5-6 kedai jugak aq mintak keje tak dapat2.Memang aq dah give up sebab aq memang plan nak keje kat KL sepanjang cuti skolah yang teramat panjang ni.Memang hancur luluh hati aq dan aq nyaris2 nak balik kampung.Alhamdulillah,agaknya rezeki aq kat keje kat kedai tu..Aq tekad,klow tak dapat jugak,memamng confirm aq balik kampung.. :)

Honestly,aq agak prejudis nak keje dengan bos2 Chinese.Bukan aq ni bersikap anti-kaum ke apa,tapi masa aq keje jadi promoter sebelum ni bos aq memang hampeh gler!!Nak makan harta sorang2 je,sampai mati rezeki tak murah!Ske hati dia je nak potong komisen..penat aq promot berukband ko macam hampas tau!Aq pun bengang dengan bos sebab tak bagi kelonggran kat staff Muslim untuk solat 5 waktu.Agak2 klow dah keje dari pkul 8.30 pagi-8.30 malam mesti nak solat Zuhur,Asar dan Maghrib.Ni tak,solat baru 10 minit dah nak bising2.

Alhamdulillah,staff dengan manager kat kedai kasut X.E.S yang aq keje ni sangat memahami.Diorang tak kesah pun aq nak kuar pergi solat.(kadang2 aq punya buhsan,aq jalan2 pergi tempat lain gak..hehe) Even kadang2 tu diorang yang ingatkan aq..hey,u tak pergi sembahyang ke?..ha'ah aey,sampai aq pun tak sedar.Duk dalam bangunan,mana nak tau langit dah gelap ke belom klow tak tengok jam.

Agaknya,nilah petunjuk DIA nak bagi kat aq..5-6 kali aq mintak keje tu tak dapat2 bukan sebab aq loser,tapi DIA belum jumpakan aq tempat keje yang sesuai.Macam tu jugak bagi orang yang bercinta,10 kali korang putus cinta maybe yang ke 11 tulah yang terbaik untuk korang.Mungkin kita gagal tu kerana kesilapan diri kita jugak,tapi once bila kita dah try the best but the result is same it's something Allah want to show to us.Never give up on HIM.Only HIM knows the best for us. :)

i'm a winner! :)


p/s:Betol r kot cakap orang..kali pertama tu adalah permulaan,tapi yang terakhir tu jugaklah yang akan kekal.chill! :D




Monday, July 4, 2011

Susah

As-Salam..

Hidup zaman skang ni memang sangat mudah dan dipermudahkan.Dulu susah2 berebut nak booking tempat kat cinema,skang dah ada Astro First.Dulu susah2 naik basikal  nak pergi skolah,skang ni kuliyyah sekangkang kera pun naik kete.Dulu nak call rumah,terpaksa que up panjang2 nak tunggu turn untuk guna public phone,skang ni siap boleh skype gne wi-fi free lagi.Tak payah nak membazir kredit.See,hidup zaman skang senang kan?

Public phone yang sangat nostalgic.

Tiba2 aq terfikir..sebenarnya,teknologi yang dah terlalu banyak ni kadang2 buat kita jadi makin slow.Bukan slow dari segi zahirnya,tapi kat minda kita sendiri.Minda kita makin jadi lagi lembap sebab terlalu bergantung dengan teknologi yang ada.Minda kita jadi makin kurang kreatif.

X-box buat minda jadi terencat?

Masa zaman aq kecik2 dulu mana ada komputer lagi,PSP,PS3,X-box yang boleh dijadikan teman dikala sepi.Dulu,boring2 je aq pergi rumah jiran aq main dengan kengkawan aq yang umor lebih kurang sebaya je.Kusyen sofa tu jadi kubu pertahanan dari serangan alien2.Besen besor jadi swimming pool.Segala barang make up mak aq pun turut jadi mangsa time main mak2 atau masak2.Akak aq lagi best,dia punya kreatif dia buat baju anak patung Barbie dari kain perca yang disumbang khas dari rumah makcik rumah sebelah sebab dia tukang jahit.Macam2 design dia buat.Siap ada partner lagi.Aq tak berapa sangat anak2 patung ni,aq lebih suka game yang extreme dan mencabar seperti buat layang2 sendiri,main polis sentri,main sorok2,main mak2..(aik,mencabar ke??)..Owh,aq tak main batu seremban sebab aq agak loser main game yang perlukan ko-ordinasi mata yang pantas.Berbanding budak zaman skang yang kecik2 dah main ipad2,yang si bapak duk sibuk dengan bussiness online dia dan yang mak plak sibuk main Facebook.Everything si anak mintak boleh dapat.Masing2 sibuk dengan hal sendiri.Zaman aq dulu,klow balik rumah lambat je mampus kena tengking dengan mak aq.Bapak aq plak coolkan mak aq dan pujok aq dengan coklat Cadbury takpun dengan komik Doraemon.Budak zaman skang,slagi anak tak hilang takde nak bising2 ke pe..dibiorkan je even anak2 tu baru umor 5-6 tahun main kat luar rumah tanpa batasan.Takpun,anak2 tu jadi anak angkat bibik kat rumah,mak bapak sibuk dengan keje..hmm..
The best friend that really 'hate' me. :'(

Doraemon.

Otak menjadi lebih kreatif jika lebih banyak kesusahan yang menimpa.Tak payah tengok jauh,kita tengok je kisah pengasas Sendayu Tinggi..Puan Rozita.Dia memang hidup serba daif,lebih teruk dari tahap miskin tu.Tapi daif2 dia tak plak dia mengemis ke,mencuri ke...Bukan nak kutok ke apa,tapi bagi aq mengemis tu perbuatan yang agak memalukan .Pendapatan pengemis kat JB pun dah boleh mencecah RM3000++ sebulan,aq punya elaun pun tak sebanyak tu tau.Ok,back to the story..Puan Rozita dulu dahlah ditinggalkan suami,pastu dia plak sengsorang yang membesorkan anak2 dia.Tapi disebabkan kesusahan dia tulah yang buat dia nak bangun dan  ubah cara hidup dia.





Serius,aq memang salute habis r dengan Puan Rozita ni!!

"Hina besi kerana karat,hina manusia kerana melarat''

p/s: Biar susah tak cukup harta,jangan susah sebab tak cukup hati budi.Nanti orang lagi benci. :)



Saturday, July 2, 2011

Bloggerr Hipokrit??

As-Salam..

Anda blogger?Saya pun..eehik!Sayang awak tau! ;D
Intro yang rasa macam nak kena lempang je kan?Kerana sikap gewdik tu sesungguhnya bukanlah diriku yang sebenar.

ADAKAH ANDA MENJAD DIRI SENDIRI DALAM BLOG ANDA?

Kebanyakkan blogger pompuan suka background yang pink,purple or stripe colourful.(ye,aq pun buat jugak).Letak widget comel2.(ye,aq pun buat jugak).Blogger laki plak suka background yang plain colour macam all black atau blue-black.Diorang jarang letak widget comel2 maybe sebab risau dikatakan auw2 ataupun mat jiwang.Klow letak pun sket2 je dan reader pompuan akan rasa..eh,sweetlah dia ni! >.<

Otai woo dia ni..


Berbalik kepada soalan di atas.Adakah anda blogger jujur?atau cuma sekadar mahu meraih
populariti setanding BEN ASHAARI?Owh,tak perlulah nak jujur sangat sampai cter ko ngompol malam2 pun nak bagitau kan.Maksud aq,you're not pretending to be someone else in your own blog.Sebab kat blog ni ko boleh nak ngaku ko ni anak Raja Gopal,Dato' Panglima Perang mahupun anak Penghulu Kg.Pisang.But in reality,you're not what you're claimed in your blog.Malah sanggup letak gambar yang dah di edit kaw2 tanpa kelihatan sebarang cela di wajah!(ye,aq buat jugak. =.=).Oklah,letak gambar comel2.Kang letak gambar ala2 Kak Limah nak balik raya takde sape plak yang nak baca blog ko.Pastu siap kena kutuk konon2 nak jadi clone Kak Limah.Bajet havoc.Owh,sadisnya!Tapi tulah hakikat dunia hari ni..To be popular as yourself is really tough.Teringat plak masa awal kemunculan Dato' Siti Nurhaliza,tak lama pastu ramai yang macam nak tiru suara dia.Memang ramailah artis clone Siti Nurhaliza!Skang ni dalam dunia blogging pun dah ada yang seakan2 nak jadi clone blogger2 popular.

Siti Zaridah bukan clone Siti Nurhaliza ye... :P


Si Blogger Glamer dengan fashionista,maka adalah yang muncul2 ala2 fashionista.Benda tu bagus untuk dijadikan inspirasi.Tapi once bila orang dah nampak ko tiru bulat2 Si Blogger Glamer tu dan provok diri ko tu lagi bagus dari beliau..benda ni dah jadi salah.Aq prasan bler Heliza Helmi artis bermata bundar semakin popular,maka ramailah jugak gadis2 Melayu yang kepingin kelihatan bermata bundar macam Heliza.Trick nak nampak mata besor(sape2 yang mata naturally sepet macam aq) senang je.Tanpa memerlukan bajet yang tinggi.Snap gambar 45 darjah dari atas.Dulu aq pun duk gler gak ambik gmbar dari atas(klow ko terer,cuba snap pose macam tu guna DSLR).Ntah tiba2 aq rasa macam annoying plak sebab ada member aq slalu duk kutok aq ambik gambar syok sendiri time meeting. (memang annoying.takde orang lain buat,aq sorang je =.=)

Dahlah cantek,orangnya pun comel2 je..aq??huhu TT.TT


p/s: so,adakah anda menjadi diri sendiri atau orang lain?Be different,be yourself.chill!! :D

Friday, July 1, 2011

Ada apa dengan nama?

As-Salam..

Nama saya SITI ZARIDAH MOKHTAR.Boleh panggil Jaedie (bunyik dia Jedai).Haa,Jaedie??Kejadahnya nama ko pelik sangat?Ko Master Jedi dalam Star Wars tu ke?Macam tulah reaksi pelik orang ramai apabila sesi taaruf(perkenalan) diri.Semua pakat duk pedajal aq bila tau nama aq.Diorang bertambah2 pedajal aq bila diorang tau nama sebenar aq ada SITI.Ceh.=.=

Gambor lama,pipi kelihatan agak kempis. =.=

Nama sebenar aq diberi khas oleh bapak aq yag bernama Mokhtar.Mula2,bapak aq kata nak letak nama Zuraidah..tapi sebab makcik jiran sebelah anak dia baru lahir dah cop nama Zuraidah dulu,so bapak aq suka2 adjust nama Zuraidah jadi Zaridah.Nama pangkal SITI plak pun suka2 bapak aq nak letak.Kononnya aq bakal membesar menjadi seorang pompuan Melayu Terakhir yang sejati.Tapi yang sebenarnya,aq dengar cter nama SITI tu dicedok dari nama salah seorang ex-girlfren bapak aq masa dia muda2.

Naper tak panggil SITI?

Owh,nama tu terlalu ayu untuk pompuan macam aq.Even nama tu nama pangkal aq.Ko tengok DATO' SITI tu ada ke cakap kasar2,gelak macam orang kena sampuk?Takde kan.Klow tak nama glamer DATO' SITI akan bertukar menjadi IJAH.(pandai2 aq je..) Tapi tulah hakikat diri sebenar aq.Cakap kasar dan slalu gelak macam orang kena sampuk bila tengok Maharaja Lawak yang asyik duk ulang-tayang kat Astro Warna.



Dato' Siti Nurhaliza.

Astroboy takde kena mengena langsung dengan Astro walaupun diorang ada nama yang sama.

Naper tak panggil Zaridah?

Nama tu sebenarnya nama komersial aq.(eh,bajet ko artis ke??).Masa skolah rendah dulu,nama Zaridah slalu diguna pakai.Once bler ada member aq complain..nama ko panjang sangatlah.Tak dapat dinafikan untuk memanggil 'Zaridah' perlukan nafas yang cukup untuk memenuhi harakat yang betol.Tiga suku kata ZA-RI-DAH.Panjang sangat ke??
Dari situ,muncullah macam2 nama panggilan yang mula2 di short-formkan menjadi Zaridah. Macamnapun,nama Zaridah ni slalu digunakan untuk golongan pertengahan umor.

Why Jaedie?Suka tengok Star Wars ke?

Honestly,aq tak suka pun movie tu.10 minit je aq tengok.5 minit terawal aq tertido,5 minit terakhir aq terjaga tengok2 dah sampai ending dah.Boring.Tapi yang aq tau Star Wars ada Darth Vader yang ada helmet super-cool dan Master Jedi yang glamer dengan light-sabernya.Wacha!!Kemunculan nama Jaedie disebabkan member aq yang tak suka nak panggil panjang2.Dia pun bagi idea..eh,pe kata panggil ko Jaedie..pendek sket(masa tu Star Wars II baru kuar cinema).ni panggil ZARIDAH tergeliat lidah aq.suka2 ko je..fikir2 balik..cool gak nama ni aey..So,aq ambik nama ni sebagai nama panggilan aq di kalangan member2 hinggalah ke hari ni.Yang mana dah malas sangat nak panggil Jaedie,diorang akan panggil Jade atau Jay.

eh,bangganya!taknak bentang karpet merah skali ke?:P

Ada jugak orang kata nama aq ni nampak klasik.Zaridah nama yang agak jarang dijumpai.Tapi bila skali ko dengar,mesti ko rasa..pergh!!!!Orang 1st yang aq jumpa ada sama nama dengan aq professor kat UPM.Pastu kawan kakak aq yang sama universiti masa dia kat UM dulu.So,the next Zaridah will be..who knows kan?? ;)

*Nama manja kat rumah??biarlah rahsia...hehe :P


p/s:Berbanggalah dengan nama sendiri kerana itu melambangkan identiti anda yang tersendiri.Be different,be yourself. :)

Jejak-Jejak Joyah