Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Thursday, June 30, 2011

I've been dreaming of HTC Desire and now #Churp2race is giving it away?? I want to win it! #Churp2race

JOM JOIN RAMAI2 CHURP-CHURP RACE!!! :D

Aq benci Menulis

As-Salam..

Banyak2 exam,aq paling benci exam yang kena buat esei.Lagi2 karangan BM yang memerlukan ayat2 yang penuh puitis dan tatabahasa yang betol.Kena plak nak match making dengan peribahasa atau madah berhelah dalam sesebuah karangan tu.Sangat2 menyusahkan.Benda ni jadi lagi susah sebab aq bukan peminat tegar novel cinta.Geli.

Essay BI pun aq tak suka sebab aq tak terer English.Ayat berterabur.Aq pun tak paham naper aq menjadi seorang yang slow learner dalam bahasa.Untuk speaking atau memahami aq takde masalah sangat,tapi untuk menulis essay tu memang masalah besar bagi aq.

Perlu ke untuk menulis tu??aish2..
Blogging is another alternative for writing.Ko tak perlu pen atau liquid paper kerana adanya teknologi serba canggih ni.Apa yang ko terfikir,type je.Ko salah,guna button backspace untuk delete.Janji ada internet dan sebijik laptop.Klow takde,boleh pergi CC.

oh,sh**!!!essay!!!omaigod!!

Meluahkan idea2 bernas dalam essay bukan kelebihan aq.Malah lagi menonjolkan tahap loser aq yang tak suka baca novel cinta yang penuh puitis.Aq suka baca komik2 Jepun yang tampak lebih mencabar minda realistik.Dari komik@manga Doraemon yang aq start baca umor 5 tahun sampailah One piece yang aq dah collect since dari umor 10 tahun lagi.Aq tau ramai cikgu2 skolah tak suka student baca komik kerana dikatakan boleh merosakkan bahasa.Tapi dari sudut positifnya,komik ni sebenarnya dapat merangsang minda untuk lebih berfikir secara kreatif.(jadi excited when talking about comic =.=)

Ok,how to improve our writing?Try to write your conversation that you're commonly used in daily life.Memanglah kat rumah tak speaking pun,tapi agak2 pe jadi klow ko jumpa foreigner yang sepatah haram tak paham BM?so,nak taknak ko kena speaking even ayat bercelaru.As long as people understand pun is good enough.Eh,bukan hari2 jumpa foreigner..Apa kata ko baca buku English for Dummies.Cakap kuat2 depan cermin dan salin balik pe yang ko cakap.Bodoh2 English aq ni ni,at least aq dah ada sket keberanian nak speaking dengan foreigner and grammar aq dah seburok masa aq SPM dulu. 
*good tips kepada spe2 yang nak bf/gf omputih.:P

Tourist dari Korea makan angin kat Malaysia.

Betol r..Allah tu MAHA ADIL.DIA  uji kita bagi benda yang kita benci dan tak suka untuk kita improve jadi individu yang lebih baik.Aq tak penah sangka pun bila aq masuk aq UIAM,aq kena improve English aq secara paksa rela.Dah klow semua English,tiba2 aq sorang je buat dalam BM confirm exam dapat kosong.Pastu,DIA bagi ilham untuk aq berblogging,so secara tak langsung benda ni jugak dapat improve writing aq.

p/s:Saya suka berblogging daripada menulis sebab takde cikgu marah klow tatabahasa salah. XD



Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

As-Salam..

Senang..tak payah aq tulis pe2..*sah2 blogger pemalas!!muahaahha!

Wordless Wednesday #2


*ramai yang tak sangka nama sebenar aq ada Siti..dicuri dari profile picture FB aq.. =.=


Tuesday, June 28, 2011

We are not perfect couple contest

As-Salam..

Sambil2 aq blogwalking..tiba2 aq terjumpa satu contest yang macam best.Nama contest tu We Are Not Perfect Couple Contest yang disponsor sepenuhnhya oleh Hazirah tuan empunya blog .Hadiah contest ni merupakan wang tunai sebanyak RM100!muahaha


Nak join skali?Sila klik gambar di bawah:




Credit to Qeela:

We are not perfect,but we complete each other.. <3 ;D
*dulu masing2 kenal sama2 kurus,skang dah makin memboolat..=.=

2 tahun yang lalu..1st time aq jumpa En.Amal Aziz kat dalam bas(sila rujuk ENTRY ni).Muka alim2 je budak ni dan lebih kurus daripada skang ni.Pakai braces puteh2 orangnya.Aq yang 1st start tegur dia..aq tanya dia..''eh,ko ni budak junior aey?ambik course bio-science ke?''..''taklah,aq budak engin..'' owh..kesahnya.Tapi aq tak tanya pun nama mamat tu.

Seminggu(ye kot,aq pun dah tak ingat) pastu aq dapat mesej misteri..''Naper hari tu ko pandang aq lain macam je?Aq Muhammad Firdaus Abdul Aziz yang pakai braces tu'' .Aq jawablah''Muka ko macam budak skolah lama aq dulu..'' padahal nak coverline sebab terserempak tapi tak brani nak tegur.Tup.Sampai tu jelah kitorang bermesej.Aq pun masa tu tengah nak try usha mamat lain..haha

Tak lama pastu,aq plak yang start mesej memandangkan aq tengah boring takde sapa nak mesej.Aq tanya tu,aq tanya ni.Percayalah aq nak kenal mamat tu pun sebab nak buat kawan2 je.So,aq membahasakan diri aq ko..masa tu jugak aq still panggil dia Daus,dia panggil aq Jaedie.Nama common yang member2 biasa panggil.

1st time kuar bersama,aq dengan Daus pergi pasar malam sebelah CFSIIUM tu bertemankan rumate aq Kaera dan Zakiah.Sebulan gak kitorang berkawan.Cara dia approach aq pun lain daripada lain,takde nak madah2 berhelah ke apa tapi lebih kepada perbuatan yang slalu buat aq taching.Makin kenal,makin rasa selesa.Maybe tu yang buat kitorang rapat.Boleh nak gelak2 macam orang gler,boleh berdebat gaduh macam nak rak(sampai skang),aq pun takde nak cover2 cun mahupun ayu terlampau kat depan dia(1st time bukak pose sama2 temankan member aq skali,aq selamba badak je sendawa).Masing2 jadi diri sendiri.Banyak benda yang kitorang berbeza pendapat,dia suka kaler merah aq suka kaler biru.Dia suka makan peha,aq plak suka kepak.Aq suka One Piece,dia suka Gundam.Dari jadi kawan tu,kitorang jadi kapel sampai skang ni dah nak masuk 1 tahun 7 bulan.InsyaAllah,mintak dipanjangkan jodoh sehingga ke hujung nyawa..Amin.. ;)

Rupa2nya,dia dah lama usha aq before aq sedar kewujudan insan bernama Muhammad Firdaus Aziz ni.Cuma dia tak berani nak masuk line je.hehe ;P

LaddaLand & Hana Tajimi

As-Salam..
Dah pernah tengok cter Coming Soon?Ok,klow dah tengok aq suggest korang tengok cter Laddaland plak.Director yang sama dari filem Coming Soon.Filem ni pasal satu kawasan perumahan yang haunted lepas banyak kejadian bunuh2 oleh penghuni rumah tu sendiri.Taknak bagitau lebih2,kang tengok sendiri.Jalan cter filem dia agak simple dan tak terlalu complicated.Tapi ending dia sedih sangat..huhu TT.TT
Tahap keseraman filem tu aq boleh bagi 4.7/5 berbanding filem Coming Soon 4.95/5.Filem hantu dari Thailand memang tak sah klow tak buat jantung aq tercabut.Sumpah,seram gler kot!Feeling dia macam ko tengah relax2 gelak2 tengok Maharaja Lawak,tiba2 ada pontianak tengah sengih kat sebelah ko..mau mati terkejut kot!

Paling seram pernah aq tengok..

nasib baik bawak handbag(pelindung terbaik untuk tutup mata).. =.=
*Tengok poster je rasa macam...errrr!!

Aq nasihatkan sape2 yang ada sakit jantung,jangan tengok.Efek tengok cter hantu kat cinema memang sumpah-gler seram!!Even semua tu cuma hantu buatan,tapi sebab sound efek dia memang boleh gegar jantung woo!!
Aq sendiri tak boleh nak tido nyenyak lepas tengok filem Ladda Land ni.Boleh kata harga tiket wayang tu RM11,aq cuma tengok RM7.50.Ada sket pembaziran di situ..Dah tau penakut,nak jugak tengok cter seram..-.-'

Penampilan istimewa:Hana Tajimi!!(owh,prasaan gler ko!) :P
Ni 1st time aq pakai shawl ala2 Hana Tajima kat luar(sebelom ni,pakai main2 duk depan cermin je).Leceh gak nak pakai.Banyak lilit2.Kena plak aq ni jenis pakai cepat bersepah,so next time pakai shawl cara pergi dinner jelah..=.=



Sape lagi comel??hee ;P

Aq tengok cter hantu ni bukan sorang2,berempat bersama En.Amal Aziz,Qeela dan Haziq kat TGV One Utama.Tak berani aq nak tengok sorang2,kang ada yang ikot aq balik (paranoid bila tengok cter hantu)

Qeela & Haziq.Cute kan diorang together2?;)

Tanpa disangka2,En.Amal Aziz bagi bufday present kat aq lepas je habis tengok movie!Ok,sebenarnya dah lambat sebulan..=.=
Tapi dimaafkan sebab bufday present tu sangat2 comel..hee :D

Nak tau tak pe bufday present tu??Tunggu next entry tau..(suka2 aq je..)hehe :P



Sunday, June 26, 2011

Rahsia

As-Salam...

Rahsia.Satu ungkapan yang bisa mengundang telinga cik joyah untuk mengorek tentang perihal rahsia tu dengan lebih lanjut.Sapa cik joyah tu?Cik joyah ialah aq,ko dan sapa2 yang terbaca entri ni.Eh,pandai2 je ko tuduh aq ni joyah aey..Tipulah ko cakap ko tak penah bercakap@mendengar berita tentang seseorang sama ada hal baik atau buruk.Senang cter,MENGUMPAT.Hal baik tu takdelah dikira mengumpat pun,sebaliknya ia dikira sebagai Hanya Memuji..hahaha :D

Ko ada rahsia.Aq ada rahsia.Ada rahsia kita boleh share dengan orang lain,ada rahsia ko kena simpan sorang2.Lagi2 plak tentang hal keburukkan sendiri yang boleh membawa aib kepada famili.Klow ko sorang je takpe,tapi bila dah melibatkan mak bapak ko tu masalah besar.Bukan nak cakap ko ni hipokrit ke apa,tapi seboleh2nya tak perlulah kita nak mendedahkan aib sendiri.Skali ko dedahkan,sampai 7 keturunan belom tentu habis lagi hilang aibnya tu.Percayalah..

Since dari kes havoc Adinda Evans(i think you should know who she's),ramai plak buat pengakuan berani mati tak kena tempat.Seburuk2 Justin Bieber yang ko asyik duk kutok2 tu at least dia dah bawak nama dia ke satu dunia dengan cara yang agak sopan.Ko klow nak glamer pun,tak payahlah nak canang cter2 tak elok pasal orang lain mahupun diri sendiri.Trasa klakar plak tengok budak2 rumaja belasan tahun skang ni macam nak berlumba2 siapa bikin berita paling gempak tahun ni.Pas Adinda Evans,ada plak kes budak umor 14 tahun(aq rasalah) comolot dengan boifren dia pastu siap tangkap gambar nak show off.Pastu..pastu!Ada plak sorang budak ni berbangga kerana join grup yang memuja syaitan(eh,boleh tahan joyah jugak aq ni..hehe)..adoiyai..klakar sungguh aq rasa!!kan lagi bagus ko membanggakan mak bapak ko dengan dapat straight A's PMR ke,SPM ke..takpun menjadi anak soleh/solehah klow tak mampu nak dapat straigh A's tu.Takpun jadi Maharaja Lawak yang termuda selepas Amir.Tanggungjawab ko sebagai anak takkan putus walaupun esok2 mak bapak ko dah takde nanti.Sejuk perot mak ko mengandungkan ko tau tak..

Justin Bibiaq..Ops,Bieberlah..auw!! :*

Amir pun boleh aja dong..

Aq cakap sumer ni untuk peringatan diri sendiri dan orang ramai.Diri aq pun takdelah sesempurna purnama merindu,aq pun sentiasa terkhilaf dalam keadaan sedar atau tak sedar atau separuh sedar.Kita ni cuma manusia biasa yang sentiasa mengharap pertolonganNya.Takde apa pun sangat yang ko nak bangga2kan dalam dunia ni.Semua ni sebahagian daripada rahmat/ujian dia untuk buat kita berfikir... :)


p/s:Sepah layak jadi Maharaja Lawak!!Peace yo!! :D
*cuba teka berapa banyak tajuk lagu aq sebut dalam entri ni?hehe

Friday, June 24, 2011

Perlu ke nak cter semua??

As-Salam..

Penat aq duk korek2 otak aq ni kot2 ada idea yang tersimpan.Sambil2 tu aq blogwalking..Dan member aq Wahida ank Mansor tu pun tiba2 terbagi aq satu ilham untuk buat entri yang aq rasa akan buat blogger pompuan(especially) rasa tersentap dan maybe terus dah tak like & jadi followers aq.Aq prasan something..kebanyakkan blogger pompuan suka show off boipren diorang.Show off sket2 maybe okaylah..tapi klow dah every entri asyik nak cter kisah cinta agung ko dengan boipren ko,ada sket rasa nyampah..

Ni luahan hati member aq Wahida anak Mansor tu,apakah pula prasaan orang yang still single lagi?As mentioned above,sket2 okaylah..banyak2 nyampah dowh!Balik2 cter pasal ko gadoh dengan boipren ko lah,ko sayang tahap gaban siap comolot kejadahnyelah (i think it's something should be private) tapi ko duk sebok2 nak show off secara terlampau.Mula2 orang akan cakap..eh,sweetnye kapel ni!!..bila dah lama2,bila orang dah rasa nyampah orang akan cakap..kapel bagai nak rak,kawen ke tak tu taktaulah..see?ni secara tak langsung akan mengundang rasa malu dan fitnah terhadap diri sendiri.Dah tak pasal2 tambah satu saham dosa ko kat akhirat kelak.


Adalah lebih baik if ko just cakap i'm in relationship with bla..bla..fullstop.Tak payah nak mention every details about your relationship.Tak semua orang akan senang dengan cara ko macam tu.Orang akan rasa ..eh,ko ni..lebih2 plak.Macam ko sorang ada boipren.Ayat yang lebih sentap..eh,bajet ko ni macam artis je nak kecoh2 pasal percintaan yang sweet kononnya ko tu.Dari orang doakan kebahagian ko,dah orang kutok+caci+maki semua2nye yang tak sedap didengar.


Ada ke akak2 yang dah kawen tu nak kecoh pasal rumah tangga diorang??Takde pun kan..

p/s:Ha'ah..aq ada boipren gak,nama dia En. Amal Aziz.Kami hidup bahagia.Doakanlah kebahagiaan kami sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya.Aminn..:D



Tandus.


AAAAARRRRGGHHHHH!!!!

Aq ketandusan idea.


i don't have any idea to write about.Would u help me??

PLEEASSEEE.....TT_TT



Thursday, June 23, 2011

Hitam Putih itu Retro Qilakin



Pantang nampak cermin,mesti nak posing ala2 model(konon2).. =.=''

Credit to:
En.Amal Aziz -photographer kurang bertauliah
Halwatul Iman-tuan punya DSLR
Me-tukang edit pic sendiri..hehe :P

Gambar ni ditangkap kat Petrosains,KLCC.
*mesti korang prasannye ada cermin yang macam pelik je.

So,aq nak tag 2 orang member aq:



Wednesday, June 22, 2011

Once a upon a time...

As-Salam...

16 tahun yang lalu...

Aq slalu berangan kononnya nak jadi princess maka slalulah lipstik,eyeliner dan blusher mak aq jadi mangsa duk tonyoh2 kat muka.Pakai dress blink2 macam dress pengantin pastu tunjuk kat depan mak,bapak,kakak dan abang aq.Orang 1st aq tanya bapak aq. ''Abah,adik cantek tak?"(masa tu aq takde adik lagi,so aq yang jadi adik. ''Cantek'' jawab bapak aq sambil senyum tersengih2.Pergh,punyalah bangga dah kena puji tu.Skang ni bler aq siap2 nak kuar je..''Aik,tak make up ke?Masa kecik2 dulu habis make-up mak ko tonyoh kat muka,'' Aq pun jawab dengan selambanya..''Dah puas main make-up2 ni.Malas.'' :P

Yes,masa kecik2 dulu aq memang seorang budak pompuan yang sangat girlish,suka pakai gaun dan dress.Rambut mesti nak bertocang.Touch up 30 minit baru turun main.Game feveret aq of cozlah masak2/mak2 dan baby doll.Aq siap ada baby doll nama Sally.Dan aq sangat banyak soft-toy.Aq tak berapa minat sangat teddy bear,tapi aq lebih suka pada rabbit,ulat panjang yang colourful,doraemon dan garfield.Even bila aq cter zaman childhood aq kat En.Amal Aziz dia sendiri tak percaya aq dulu macam tu.Tapi dia sket rasa bersyukur sebab aq tak suka Teddy Bear,dia cakap jimat.Takde aq nak mintak2 Teddy Bear ke apa.Ceh!=.=




Doraemon Super Saiya!!

Garfield,kucing kuning yang pemalas.. :P

Ko memang comel..tapi..



Semua tu berubah kerana...SEEKOR MONYET!!!!


Monyet huduh bernama Micheal.Ada pakcik ni,jiran rumah aq gak tapi rumah dia 4-5 buah jauh dari rumah aq.Dia tangkap sekor monyet liar yang pecah masuk rumah dia jadi haiwan peliharaan.Pakcik tu punya sayang kat Micheal siap dia buatkan rumah kecik lagi untuk Micheal.Petang2 turun main slalu gak aq dengan kawan2 aq lepak kat depan rumah pakcik tu nak tengok Micheal.Kitorang takdelah cuak pun sebab pakcik tu tambat Micheal kat tiang rumah dia sendiri.Kadang2 pakcik tu pegang tali yang tambat Micheal tu ala2 ko nampak auntie2 bawak anjing dia jalan2 kat taman.



macamnilah rupa Micheal.tak comel langung ok!


TAPI...

Ntah macamna...ada satu hari tu Pakcik tu boleh terlepas tali yang mengikat si Micheal tu!!Bertempiaran ko kitorang lari.Aq lah lari paling slow..Pakai skirt plak tu.Lari2..pap!benjol tumbuh sebiji kat dahi aq..Si Micheal tu plak boleh nak terus kejar aq.Maybe sebab aq pakai baju kaler hijau,so dia ingat aq ni pokok pisang..sakit woo..dah laa kpala benjol,kena kejar monyet lagi..huhu  TT.TT

no more skirt!

Since dari peristiwa malang tulah..aq dah fobia nak pakai skirt or something yang agak girlish.Identiti aq totally berubah menjadi seorang gadis yang berhati waja.

Sekian.Thanx for reading this sad story. TT____TT

#Wordless Wednesday 1

As-Salam...

#WORDLESS WEDNESDAY


*time zaman tudung bawal.. :P

Winner:The Luckiest Kroni Lebah Comel

As-Salam..

Sperti yang diketahui ramai(ramai ke yang tau?) aq ada buat GA The Luckiest Kroni Lebah Comel sebagai tanda penghargaan kepada followers blog picisan yang tak seberapa ni.Even cuma ada 5 orang yang tergerak hati nak join,aq dah cukup berbesor hati sebab aq ingat dah takde orang yang nak join..TT_TT
Ni bloggers yang join GA 1st aq:



dan ni review diorang pasal blog aq:

This is from Aini Che Din:

Ni plak dari Miss Froggie a.k.a Aida Omar:


Yang ni dari Izaty Hedry: 


Ni dari Mia: 




Last but not least dari Pija.Weyh,muka dia macam Stacy!


Thanx a lot for all of you sebab sudi GA The Luckiest Kroni Lebah Comel 1st sesssion. :D

Dan pemenang hadiah utama ialah...

JENG!JENG!JENG!!

TADAA!!

1.Aini Che Din
2.Miss Froggie

Tahniah kepada mereka berdua kerana telah berjaya memenangi:

1st Prize

2nd Prize

Kepada Mia,Pija dan Izzaty janganlah begitu kecewa kerana anda juga turut menerima hadiah saguhati.. :)

So,all the winners of GA The Luckiest Kroni Lebah Comel bolehlah memberikan alamat anda ke bombomberry_9876@yahoo.com sebelum 12.00 mlm,Rabu 22/06/2011 sebab hari Khamis 23/06/2011 dah nak post hadiah.

Tuesday, June 21, 2011

Kesalahan Lalu

As-Salam..

Sejarah mungkin berulang..walau engkau ku maafkan owh kekasih..tulah bait2 lagu New Boyz band Tomok masa zaman dia muda rumaja dolu2.Aq sumpah tak suka dengar lagu tu.Tangkap leleh gler.Meleret benor,macam orang mati bini punya lagu.Tapi lagu tulah yang duk ulang2 kat radio masa tu.Aq time tu baru darjah 5 kot rasanya.Dah tak ingat dah.

Muka budak lagi.

Bukan pasal lagu tu aq nak cterkan.Tapi pasal kesalahan yang dah lama,orang asyik duk ungkit2 lagi.Rasa macam nak tampor2 je kan orang yang kuat mengungkit tu?Takde manusia yang perfect dalam dunia ni.Jangan katalah ko tak pernah kencing dalam seluar.Masa kecik2 dulu asyik 'ngompol' je,jenuh mak ko basuh tilam hari2.Dah tua2 ni klow kencing dalam seluar,tu buang tebiat namanye.Kesalahan di ambil kira bila kita takde ilmu atau pengetahuan atas satu2 benda tu.paham tak?Contohnya macam ko 'ngompol' tu kan.Adakah dikira kesalahan?Yes,tapi mak ko marah macamna pun takde guna sebab ko tak mumayyiz lagi.

Curi buah pelam/asam Makcik Gayah rumah sebelah,terbaling bola sampai pecah tingkap rumah Pak Samad masa main roundest pastu taknak ngaku,main kat rumah member tak ingat nak balik rumah..tu semua adalah kesalahan yang lalu klow diungkit pun ko kena gelak oleh sedara mara yang lain.Tapi ada jugak kesalahan lalu yang teramat sukar untuk dimaafkan oleh sesiapa.Aq baru je tengok cter 'Juvana' tadi,kebanyakkan yang masuk skolah tu semua sebab kesalahan2 yang dibuat secara sengaja atau tak sengaja.Masyarakat susah nak trima balik orang2 macam tu.Macam diorang ni dah takde peluang langsung untuk kali kedua.

Daim yang bermuka innnocent agak comel. :P

Siapa kita untuk judge orang yang dah buat salah akan terus buat kesalahan?Boleh ke kita baca hati orang tu?Sejujurnya,aq jenis yang cepat memaafkan orang tapi untuk terima balik tu mungkin susah.Senang cter,skali ko buat taik dengan aq,sepuloh kali aq buat taik dengan ko.Tapi,maybe persepsi aq mungkin akan berubah bila aq tengok orang tu dah berubah.Kita boleh tengok sendiri berdasarkan kisah benar para sahabat.Sayidina Abu Bakar As-Siddiq sebelum keISLAMannya beliau seorang yang menentang kuat perjuangan Rasulullah S.A.W.Selepas beliau memeluk ISLAM,beliau menjadi sahabat terapat dengan Rasulullah S.A.W.See,how Allah can change people heart?

If dulu ko budak paling nakal dalam kelas,skang ko dah jadi presiden MPP kat universiti.Pergh,mantop gler!!tabik r gua sama lu!Untuk berubah menjadi yang lebih baik tu bukanlah sesuatu yang mustahil,tapi perlukan usaha.Niat kena padu,usaha kena jalan,doa perlu berterusan.Tak boleh ko kata ada niat nak masuk minang anak dara cun melecun Wak Jabir hujung kampung tu,tapi hari2 duk lepak kat kedai main dam haji.Anak dara Wak Jabir ko tak dapat,hajinya tak naik2.Takde usaha,niat ntah ke mana.Doa pun takda makna.

Anak Wak Jabir macam Dato' Siti Nurhaliza woo!!nak sign!!

Menjadi lumrah manusia akan memandang kembali sejarah lampau.Yang penting kita ambik pengajaran,bukan untuk diungkit atau diulang balik kesalahan yang kita pernah buat.The totally loser is someone who keep repeating the same mistake without realizes it's a mistake.

Daniel,cepat salam atok tu.Kang dia bagi duit raya RM50 tau..
*demand betol budak2 skang ni.. =.=

p/s:Memaafkan kesalahan orang lain adalah amalan mulia.Ko tak puas hati dengan aq meh face to face kita bincang elok2.chill! :D





Monday, June 20, 2011

Games

As-Salam..

Aq rasa ramai dah yang terjangkit demam Angry Bird.Game tu memang best!!Tapi aq paling benci part the greeny pig sengih2 klow kita tak habis bunuh dia.Eh,ko ni memang ba**!!begitulah caci maki yang akan terkluar bila dah failed satu stage tu.Game tu simple,colourful but quite tricky.Kena ada strategi untuk bunuh semua greeny pigs yang telah merampas telur2 burung tu.Memang patut pun dipanggil Angry Bird,muka semua nak ketat je kan..sapa2 yang tak penah cuba lagi,at least skali korang kena try..hehe

Angry Bird.Muka ketat tak hengat.


The greeny pigs.Kill 'em all!!!


Mana telur aq hilang?

Sebelum ni,aq addicted dengan Plants vs Zombie.Mula2 aq dengar nama dia sumpah aq rasa annoying gler.Kejadahnya pokok nak lawan zombie kan?Lepas member aq berjaya memprovoke aq,aq pun start main..weyh,best kot!!Skali ko dah try,berkali2 ko nak main game tu lagi.Sampai kadang2 terlupa nak buat assignment..Last2,kena sound dengan lecturer..TT_TT


yeeaaaarrgghh!! *suara zombie bangkit dari kubor

Plants Vs Zombie ni pasal seorang tukang kebun yang nak protect diri dia dari serangan durjana zombie2 tu.Zombie2 tu nak cari makan,dan makanan dia adalah otak manusia!!So,untuk mengelakkan otak tukang kebun tu kena makan,maka tukang kebun tu mintak tolong kita tanam pokok2 kat halaman rumah dia sebelum zombie2 tu terjah masuk ke dalam rumah dia.Pokok2 yang sangat comel dan zombie2 yang nampak macam dummy jadi tarikan utama game Plants Vs Zombie ni.Game ni pun memerlukan strategi yang bijak dan kepantasan sederhana laju(pandai2 je..).Kena kenalpasti musuh2(zombie2),perwatakan/power dia untuk kalahkan zombie2 tu dengan jayanya.See,annoying kan pokok lawan zombie?

Pokok2 comel dan Dummy Face Zombies!!ATTACK!!!


Oh no!!!

Aq baru usha2 satu game contest online ni,nama dia Halls Shockville.Aq rasa konsep dia agak sama Plants Vs Zombie(PVS).Actually,game ni promo baru untuk Halls.So,aq pun try r usha2 kot best sebab klow menang boleh dapat ipad ataupun iphone(prasaan tamak haloba membuak2)!!Aq rasa konsep Halls Shockville ni sama macam PVS sebab ada certain features dari Halls Shockville tu agak sama dengan PVS.Lagi satu dia punya strategi tu lebih kurang sama dengan PVS.


Ni haa..


 They need Halls!!

 Nak unlock extra power lain,kena beli Halls.Nice promo!

 Pilih,nak jadi hero ke heroine..

The Shocketeer shoots the Sleepyheads with Halls! 
*the Sleepyheads nampak macam the dummy face Zombies kat PVA kan?
Nak try main?Klik SINI.Boleh kita compete sama2..hee :D


Banyak lagi game yang buat aq addicted sanggup spend masa sampai 5 jam ngadap komputer(dulu r).The Sims game yang paling aq addicted gler2.Memang gler r masa tu sebab nak lawan dengan kakak aq sapa rumah paling besar dan aset paling banyak.Aq slalu buat onar dalam The Sims.Contohnya macam bakar orang hidop2,jadi lesbo,jadi gay,perampas husband orang dan main kayu 5.Memang happening!kat mana lagi ko nak buat segala benda jahat?The Sims adalah jawapannya..hehe :P


The Sim 1:Basic punya..


The Sim 2


The Sim 3.Tak pernah try lagi!


Bejeweled,Wedding Dash,Parking Dash dan segala dash2 yang lain pun akan buat aq lagha.Even klow aq tengah syok main game,En. Amal Aziz pun sanggup di ketepikan..So,skang ni aq avoid main game2 yang buat aq tak buat keje2 lain..hehe :P


P/s:Best ke main DOTA?Ce cter sket... ;P


*Penyertaan GA telah ditutup semalam tepat jam 12.00tgh mlm.Thanx a lot kepada:
Aini Che Din
Aida Omar
Pija Halim
Izzaty Hedry
Mia


nama2 yang tersenarai di atas adalah nama blogger2 yang dah join GA:The Luckiest Kroni Lebah Comel.Diorang gak telah memberi komen2 bernas,bijak dan lagi memberangsangkan pasal blog aq ni.Review diorang pasal blog ni dan pemenang The Luckiest Kroni Lebah Comel akan diumumkan pada next entry.. ;)


Tapi,sori sangat2 kepada Aisyah Humairah sebab dah terlambat join GA ni..jangan lupa join contest I'M SO IN LOVE WITH CHOCOLATE!!





Jejak-Jejak Joyah