Suka tak blog ni?jom LIKE. :)

Berapa orang yang dah usha??

Tuesday, May 31, 2011

Kisah Facebook & Friendster

As-Salam..

FB tu apa?FS tu apa??Aq yakin dan percaya sepenuh hati sesape yang baca entry ni tau pe tu FB dan FS.FB stand for Facebook.FS stand for Friendster.Nak buat survey..sape tak de FB?Sila angkat tangan macam saya...sumpah,sape2 yang takde FB tu bakal dikutuk dan dikeji oleh kawan2 anda.Pastu confirm anda tekad beli iphone 4 dan menunjuk2 kepada kawan2 anda sambil bermegah2 dengan muka penuh riak dan bangga jika sebelum ni anda hanya menggunakan handphone nokia 3310.ok,fullstop.semput baca ayat panjang2 ni..=..=''

Nokia 3310.Menjadi kemegahan suatu ketika dahulu...


Ingat tak masa zaman skolah dulu2 tu..Korang mesti ada buku biodata kan?Buku biodata ni korang sowh kawan2 korang buat profile pasal diri sendri kat dalam sebuah buku.Tulis comel2..pass kat sorang2.Pastu hilang. =_=''
Zaman buku2 biodata ni terkenal masa aq skolah rendah.Aq ada jugak buat,tapi memang tak penah kekal lame.Confirm hilang.Agak nostalgic r sape2 yang still simpan buku biodata tu..Teringat memori indah bermain kejar2 di sekeliling surau,kena denda cuci kolam,main cop tiang dan kena marah dengan cikgu disiplin sebab mulot tak reti nak diam..

slamat tinggal Friendster..:'(

Ok,beralih ke zaman skolah menengah.FS masa tu baru mula nak idop.Sape2 yang ada paling banyak friends  ko lah yang hebat.Ko lah yang paling glamer.Kte nak ikot glamer macam dia,add lah orang tu...Dah tak payah nak tunggu budak kelas sebelah kuar sebab nak usha mamat yang diminati,FS dah ada.Usha2 jelah mamat tu kat FS.Skali tengok dia dah ada awek..owh,keciwanya hatiku!!(serius,sdey tak tipu ni!!).Takpelah,ko dah ada awek ramai lagi mamat hensem yang add aq.(Eh,berlagak plak ko..macam cun sangat! :P)..Lamalah jugak zaman kegemilangan FS ni.Sampai aq habis skolah menengah.Tapi aq slow sket FS since masuk asrama sebab internet connection lost. Myspace pun havoc jugak time tu.Seiring perjalanan dengan FS.Aq ada akaun FS je,takde Myspace.Member2 aq yang ada akaun Myspace ni biasanye diorang punya riak ni lain macam sket sebab geng2 aq tak ramai yang ada akaun Myspace.Boleh kata feeling dia macam ni "Ko ni memang up-to-date lah!'' ;P

ni Myspace rupanya.(ada lagi sorang Jakun tak penah tengok Myspace) =.='

FB is so worldwide.Mula2 bukak akaun FB ni rasa macam plain je sebab dia tak se-kaler-full macam FS yang kte boleh tukar dia punya background tu.Dah lama2 tu rasa FB macam lagi best plak sebab dapat jumpa kawan2 masa skolah dulu2.Facebook is seriously FACE-BOOK.Ada sorang member aq ni,dah kat 5 tahun tak jumpa.Last2,jumpa kat FB..Mase skolah rendah dulu muka hingus2 je lagi.Skang ni dah cun gler.Siap ambik medic lagi.Padahal mase skolah rendah slalu je kena marah dengan cikgu sebab exam slalu dapat markah sket..hehe:P

Mark Zuckerberg,pengasas Facebook.

Plus,FB ni banyak application dia yang friendly-user.Tak susah,comel dan menarik.Macam game Farmville.Boleh bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman bersama2 rakan2 FB yang
lain.Tapi,ada jugak bahayanya FB ni.Sebab cikgu2,warden asrama dan bakal mak mertua aq pun ada FB..Orang2 yang 'wanted' dan perlu kita 'beware' ni bakal buat spot-check akaun FB kita bila2 mase je.Kang klow tak add,kata tak mengenang budi plak.Haish,susah2..So,nak slamat play-safe.Gambar nak letak kat akaun FB tak payah nak over sangat,status ko tak payah macam nak kecoh sangat.Pantang gadoh sket tulislah status (sebagai contoh)
"Bab*,s**al,ce**ka!!''.Bajet macam ko terer r sangat kan (walaupun dalam hati sumpah seranah bagai nak gler).Tak perlulah nak mencarut2 ni,buat dosa kering je.Nampak tak behave.Orang lain baca pun tak best gak even bukan orang tu yang ko marahkan.Sumer tu hanya menunjukkan kebodohan diri sendiri. :)

p/s:Sape yang ada FACEBOOK,SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA..hehe :D
*chup!akaun Twitter pun aq baru je buat.."KO NI MEMANG UP-TO-DATE LAH!!'' haha :P








Monday, May 30, 2011

Bodoh

As-Salam..


SILA BACA ENTRI NI DENGAN PERASAAN EMO.
Bodoh.Mesti ko sentap kan sape2 jelah cakap macam tu kat ko.Dan confirm,sape yang cakap macam tu kat ko mesti ko maki dia balik.Takde sape pun kat dunia ni nak dipanggil bodoh.Yelah,sedap2 mulot je nak panggil aq bodoh.Ko ingat ko pandai sangat ke??Isu ni dibukak pas aq borak lame dengan member baik aq kat mrsm dulu.Trima kasih kepada Maxis dan Celcom bagi aq call free sempena birhtday aq yang ke-21 ni.Jimat duit aq,tak payah nak topup seminggu.''Dulu..Aq ni tak bodoh akademik,tapi bodoh dari segi attitude''..kata2 yang agak memberangsangkan minda aq untuk tulis entry bertajuk BODOH.
Ramai yang PANDAI akademik,tapi tak sumer BIJAK attitude.senang cter,BODOH attitude.Tak payah nak pergi jauhlah..blaja tinggi..keje baik2 tapi mak bapak kat kampung dilupakan (kes anak Tanggang).Nak tepon mak bapak seminggu skali pun susah.Bf/gf tak pulak ko miss nak call/mesej kan???mengaku jelah.... (ehem2.. :P) Mak bapak yang bagi duit blanja kat ko tiap2 bulan,janganlah suka2 ati je nak belanja beli benda bukan2.Beli ipod,beli blackberry,beli iphone.Mak bapak berhempas pulas keje nak bagi ko makan.Agak2 adik2 ko kat kampung tu makan pe aey??beringat2lah sket..bagi parents yang berkemampuan,takpelah.Tapi aq nak mention bagi sape2 yang kewangan cukup2 makan ni.Gunakanlah wang seBIJAK mungkin.Duit tak dipetik dari pokok duit2.Ingat tu. :)


iphone.sape2 baik hati,bley bagi free 1. :P

Ramai yang PANDAI akademik,tapi ada gak yang BODOH attitude.Ada ke orang yang bijak reti buat anak,pastu nak buang anak??Keje orang gila je tu.Eh,orang gila pun tau sayang anak.Petikan ni aq ambik dari 1 blog: 

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Ok,fikir logik(ada sket unsur2 18sx).Ada ke orang buat 1st time je terus mengandung???Possibility nak mengandung tu sangat kecik.Tak mustahil pasangan yang belum kawen tu dah buat banyak kali.Tup2 dapat tau si pompuan dah mengandung,baru nak sedar.Baru nak tergadah.Baru nak tobat.Baru nak ingat mak bapak.Kes paling teruk,kes buang anak.Serius aq kata ni keje yang sangat BODOH.BAHLUL dan sangat BANGANG.Kucing yang takde akal tu pun reti nak jaga anak tau..dah terang2 benda tu memang SALAH,DOSA BESAR naper nak buat jugak?tak ke memang BODOH namanya tu??? :/


nak buat guna cara HALAL.NIKAH. :)

Ramai yang PANDAI akademik,tapi ada gak yang BODOH attitude.Klow tak takdenye accident memanjang kat hi-way.Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem jalanraya yang terbaik kat dunia.Ni fakta,bukan rekaan.Mesti pelik kan,naper still berlambak lagi accident ka hi-way ni??Salah satu punca sebab masalah ATTITUDE dan berlagak PANDAI.Jalanraya untuk public,bukan ko punya sorang je.Tengok traffic light kaler merah,ko pegi jalan.Kena langgar pastu nak salahkan orang lain.Time traffic light kaler hijau ko berhenti plak sebab nak balas mesej awek.Dah kena hon dengan orang blakang.Dah jammed satu bandar.Problematik btol r ko ni!! (mode:sakit hati bler jammed).Tolonglah respek orang lain sket.Hormati orang lain untuk diri sendiri dihormati..:)
traffic jammed.sakit jiwa woo!!! TT_TT

p/s:Entry ni peringatan untuk diri sendiri dan kita semua.Klow ada yang terasa,saya mintak maaf. :)






Saturday, May 28, 2011

Zaman Dolu-dolu

As-Salam...

Dah dekat seminggu jugak aq tak berblogging.Biasalah,orang balik kampung.Macam-macam keje dibuatnya(pergh,bajet rajin gler!!!)..Aq dah sampai kampung tu makan memang takde istilah diet2 nilah.Mentelan je apa yang terhidang kat meja makan tu.Mana lagi ko nak makan free,sedap dan bley tambah sesuka ati klow bukan tak di rumah sendiri kan???haha ok,tu bukan tajuk asal aq.aq nak bercter pasal zaman skolah dolu2..hehe

 Zaman skolah r zaman paling best skali tau.Dulu time skolah,nak sangat cepat habis,skang rasa nak pegi balik zaman2 tu.syok weyh!Aq mase skolah dulu2 nak kata budak baek,bolehlah..aq xde kapel2 time skolah..(budak baeklah katakan)hahaha! crush org tu,crush org ni beselah..budak skolah,berhingus lagi..baru setahun jagung.Bler diingatkan balik,since aq masuk skolah berasrama penuh r aq banyak berdikari.Basuh baju sendiri,bangun sendiri(sebelum ni mak WAJIB kejutkan,klow tak bangun jugak skali kena tengking dengan bapak aq baru nak bangun)..macam2 r buat sendiri.paling menderita,handphone tak boleh bawak..macam duk kat hutan arizona je sebab terputus connection.nak tepon rumah pun kena que panjang gler sebab dua public phone je yang boleh pakai daripada 4..huhu



Megi kari,most favorite. :D

Bab makan memang tak payah cter r,sumer kurang.masin kurang,masam kurang,manis kurang.tapi nak buat macamna,tu je yang ada untuk di makan (aq x kurus plak time tu!).nasi kawah,ikan jaket,sup makaroni..hidangan lazat buat kami (owh,sadisnya!!).cikgu aq cakap,makanan tu sumer untuk mendidik kitorang.klow makan sedap2 sangat kang tak pandai plak blajo..malam je mesti kebulor gler.megi menjadi santapan terindah di malam hari demi mengisi perot yang kekosongan..megi sebungkus boleh share 4 orang!!pastu orang yang last kena basuh mangkuk..hehe ;D

surau skolah aq.cuba teka kat mana? ;)

Cikgu-cikgu kenal tak kenal r sangat aq ni.Sebab aq dulu student yang average.Pandai sederhana,tak tip top mana pun.Kebanyakkan cikgu yang kenal aq pun sebab cikgu cop aq ni budak rajin tido semasa di kelas.aq pun tak tau apalah yang nikmat sangat tido time cikgu tengah mengajar tu.sedar2 je aq tido.maybe sebab nasi kawah kot..hehe (alasan semata2!!) satu lagi,masa aq form 4 aq pun rajin tak datang subuh.bukannya aq tak solat subuh,tapi solat subuh kat bilik sebab terbangun lambat.alarm mati sendiri.time solat subuh kitorang memang wajib datang surau.nasib malang r,sapa2 yang kena panggil time perhimpunan.bukan dapat anugerah ke apa,tapi kena rotan.masa mula2 nak kena rotan,muka cuak gler.dah lama2 tu,ketua warden pun dah kenal muka aq rajin tak datang subuh..(adik2,jangan sesekali tiru aksi ini.).ponteng prep,ponteng riadah tu pun dah bese dah.skali kena tangkap dengan warden,habis ko kena sound.pastu start aq form 5,aq ada best fren dengan sorang ketua pengawas pompuan ni.sejak dari tulah aq dah kurang sket aktiviti2 terlarang ni..

''Eh,Zaridah..awak yang suka tido time klas saya tu kan??''..sampai macam tu cikgu fizik bley ingat aq.Time tu aq nak ambik sijil SPM.alang2 dah datang tu,bertegur sapa r dengan sumer cikgu2.aq nak coverline,''cikgu,tu tandanya saya paham apa yang cikgu ajar.sebab tu saya angguk je''hehe..tak dapat dinafikan pun time klas fizik,aq memang slalu tersengguk2..cikgu sergah skali,terjaga jap pastu tido balik..(hish,apsal r aq ni kuat tido??)

p/s:Sweet kan bler teringat balik zaman skolah2 dulu?? ;)
THANX cikgu sumer yang telah melahirkan siapa saya pada hari ni. :D





Saturday, May 21, 2011

Mentaliti Orang Melayu

As-Salam..

Mentaliti,pemikiran atau persepsi seseorang itu terhadap sesuatu perkara dapat dilihat jelas melalui perbuatan individu tersebut.perh,ayat dah macam ahli falsafah..(bajet gler..hehe).Tajuk entry ni mungkin akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.Harap maaf. (aq cakap awal,kang nanti ada yang sound aq..)

Sebenarnya aq tengah panas ati dengan certain orang yang duk sibuk bising aq nak tukar course.Hello,open minded r sket.Aq tukar course ni ada kaitan idop mati ko ke?ada terjejas pendapatan bulanan ko ke?takkan...
Agak2 r..Aq nak relate sket dengan apa yang dah tengok dan ni persepsi aq..(dari aq kecik sampailah dah nak jejak 21 tahun ni)..

Orang Melayu kita suka keje kerajaan sebab bila dah pencen,senang idop.Dapat duit pencen tiap2 bulan.Of course lah,kerajaan dah banyak bagi subsidi kat kita(Orang Melayu).Orang Melayu ni jugak suka nak berlagak.Pantang dapat duit lebih sket mulalah nak berlagak.Beli kete besor2,tapi makan megi ari2(bapak aq kata).Bila duit takda,hutang keliling pinggang kena kejar dengan Ah Long.Orang Melayu ni kuat jeles.Pantang jiran sebelah pakai emas sampai ke lengan,dia pun nak jugak tu..tak boleh kalah.Orang Melayu ni suka mendabik dada,bajet dialah yang bagus.Pantang tegur sket,dah melenting.Orang Melayu ni tak pandai meniaga,cepat je gulung tikar.Klow dah maju sket,ada plak yang hantar santau (kes dengki)..

Aktiviti men-joyah jugak merupakan aktiviti harian yang wajib dilakukan oleh suri rumah tangga di waktu senggang
*hanya sekadar hiasan

Ok2,aq bukan nak kutuk bangsa sendiri.AKU PUN MELAYU,dilahirkan di Malaysia.Ya,aq berbangga aq jadi ANAK MELAYU,ORANG MALAYSIA.Aku cuma nak bagitau apa yang dah lama terpendam di ati ni.Aq rasa kebanyakkan Orang Melayu berfikiran tipikal seperti di atas.Aq tak kata aq bagus sangat,aq perfect sangat.Aq ni baru je baru nak idop,baru je nak tengok dunia yang lebih luas lagi.Tapi,tulah orang2 dewasa yang aq nampak sepanjang aq membesar ni.Aq terdedah dengan surrounding yang macam tu.Aq tak tau yang mana yang betol,yang mana yang salah(masa kecik2 dululah).Skang aq dah makin dewasa(taknak kata tua)Aq dah boleh berfikir dengan cara aq sendiri.

Filem 2 Alam
*inikah tanda mentaliti global Orang Melayu yang nak ditunjukkan??

Sikap Orang Melayu yang kuat jeles dengan orang lain tu sampai skang pun ada lagi.Tapi,ada bangsa Melayu yang berfikiran maju ke depan ambik cara yang susah,tapi sampai tujuh keturunan boleh merasa hasil dia tu.

Contoh ni dari sebuah kisah yang tak berapa nak benar ni..Sheikh Razak (bukan nama sebenar) ni menjadi tauke minyak gamat kepada Ali (bukan nama sebenar),Abu(bukan nama sebenar) dan juga Ahmad(bukan nama sebenar).Ali seorang budak miskin,SPM pun tak pass.Dia pun baru je kematian bapaknya yang langsung takda harta.Senang cter miskin gler r.Mak dia pun keje jadi cleaner je.Adik ada 5 orang,masing2 skolah lagi.Tapi bagusnya,si Ali ni tak penah mengeluh dengan nasibnya.Dia terus je keje dengan Sheikh Razak pas habis SPM tu.Sheikh Razak ni pendatang dari Dubai,nak buat bisnes minyak gamat.Ali ni taulah sket2 nak cari gamat ni kat laut.Ok,tutup 
cter si Ali ni dulu.

produk gamat oleh company SR.


watak Ali dilakonkan oleh Iqram Dinzly.

Abu,lepasan diploma yang berjaya dari kolej swasta XXXX.Sementara nak tunggu panggilaan universiti untuk sambung degree,dia pun keje jugak dengan Sheikh Razak ni jadi manager company baru beliau.Tapi masalah besor dia ni,dia jeles dengan kesenangan Sheikh Razak(kita pendekkan jadi SR),dia tau SR ni orang kaya dari Dubai.Macam2 cara dia buat nak jatohkan si SR ni..Santau angin,santau air,santau tanah dan segala jenis santau dia duk hentam kat SR tu(jangan tiru aksi ini,SYIRIIIKKK!!!)..ish2,busuk ati betol...Tapi SR ni kebal,kuat ilmu agama.Gua tak main santau2 ni.Kuno weyh,dah kuno!!


Ahmad Idham sebagai Abu


Ahmad ni pulak bese2 je.Mak bapak dia duk risau kat Ahmad ni sebab si Ahmad ni tak menunjukkan yang dia minat belajar atau nak keje.Duk perabis beras kat rumah je.Burok rupa klow orang bujang duk melepek dengan mak bapak ni.Kawen ko nak plak. :P
So,sebagai kenalan rapat kepada SR..bapak Ahmad ni pun sowh dia keje dengan SR jadi pengedar minyak gamat.

Farid Kamil sebagai Ahmad


Selepas 4 tahun kemudian...

Ali berhenti keje,nak bukak bisnes minyak gamat dia sendiri.SR sangat hepi dengan cita-cita si Ali ni sebab dia tau Ali ni seorang yang berwawasan.Memandangkan SR ni seorang yang murah ati,dia pun menyokong 100% plan Ali tu.bagus,good job Ali!!thumbs up for u!! ;D

Abu..ko takyah cter r pasal dia..buat sakit ati je(eh,aq plak emo tak tentu pasal..).Dek kerana sibuk duk nak santau SR,ntah macamna dia plak yang terkena.SR pun tau niat jahat si Abu,maka Abu ni pun diberhentikan.Offer universiti tu terpaksa di tolak mentah2 sebab dia ada beguk dan kurap di muka yang tak dapat disembuhkan oleh pakar perubatan moden.Lebih malang lagi,bomoh Thailand yang dia upah tu melarikan diri ke New York selepas bertaubat dan berkahwin dengan minah saleh dari negara sana.Tok bomoh tu dah janji tak mau buat dajal lagi kat orang,dia dah serik.Dia nak memulakan kehidupan baru bersama isterinya..how sweet.. ;)

Si Ahmad plak,dari tahun pertama sampailah 4 tahun kemudian..macam tulah jugak dia.duk jadi promoter minyak gamat kepada company SR ni.prestasi dia tak penah nak naik,sedangkan Awil yang baru bekerja dengan SR 2 tahun setengah yang lalu dah pun dah jadi manager pas Abu diberhentikan..

*Cerita di atas hanya rekaan semata2 berdasarkan idea spontan cik blogger. :)

See,3 Orang Melayu,dari latar belakang berbeza,matlamat yang berbeza dan mentaliti yang berbeza.Tak kesahlah ko ada campur Jawa ke,Bugis atau Banjar kita tetap dari satu rumpun yang sama.Dari latar belakang sejarah yang sama.Kita ni bangsa Melayu,rakyat Malaysia cuma ada satu je dalam dunia ni..Kita nak maju,kena contohi mentaliti hebat macam Ali.It's not where you come from,but where are you right now.Tak kesahlah klow kita pernah gagal dulu,yang penting kita tau apa silap kita dan terus maju ke depan.Klowlah dari awal sampai ke akhir asyik duk nak dengki je sesama sendiri,memanglah tak ke mana..

Bangsa Melayu,aq mintak kita sama2 sedar.Ubah cara kita berfikir.Ubah mentaliti kita.Jadilah bangsa yang bermatlamat,berwawasan.Bangsa yang maju mempunyai intelek yang tinggi,sama ada dari segi pengetahuan dan akhlak yang baik.Someone had said to me,the most successful person can control his EQ wisely.Emotional Intelligence, or EI, describes an ability or capacity to perceive, assess, and manage the emotions of one's self, and of others.  Our EQ, or Emotional Quotient, is how one measures Emotional Intelligence(ayat copy paste je ni).Maksudnya(aq simpelkan) EQ ni sangat2 berkaitan dengan akhlak dan emosi kita.Ko tengok orang blajor tinggi2 sampai Ph.D(not permanent head damage) klow jadi gila(tak dapat kawal emosi) kan masuk wad sakit jiwa sudahnya.Dah nampak sangat betapa pentingnya peranan EQ dalam mengawal tindak tanduk kita.Sebijak mana pun orang tu,tapi klow dah takda manner..aii,susahlah jawabnya..

p/s:Tak guna klow pembangunan lahiriah mencecah ke langit ke tujuh sedangkan mentaliti rakyat cuma setinggi rumput baru nak tumbuh..chill!! :D

Ni sajak dari Tun Dr. Mahathir-Melayu Mudah Lupa..sama2 kita hayati maksudnya..:)


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil


Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil


Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai.

*adakah anda ingin menjadi bangsa Melayu seperti ini??





Thursday, May 19, 2011

Manusia Itu:Jangan Tiru Saya

As-Salam..

1st of all aq nak ucapkan terima kasih byk2  sebab sudi baca dan like entry aq yang sebelum ni.KLIK SINI. :D
Terima kasih jugak kat Dr.H.M Tuah sebab tegur kesilapan pantun kat entry aq tu.aish,dah tiru pun salah lagi..=.=''..

Weyh,nak copy ko punya paper boleh tak?tulah kata2 biasa kedengaran daripada student universiti.Homework tak siap,copy paste keje member tu biasalah..Tapi,time exam takdelah nak buat macam tu.Kang tak pasal2 kena kick dari universiti,hutang PTPTN pun kena bayar..skang ni bnyak masalah pasal peniruan identity atau hakcipta.Aq baru je pas usha youtube tengoklah klip video kumpulan Gula-Gula dan 24:7..kot2lah sama hebat macam kumpulan K-pop yang sebenarnya.skali tengok..arrgh,buat pening kpala aq je!!malu siot..buat malu orang Melayu je..perlu ke ko nak tiru bulat2 macam K-pop..agak2 nak cari market pun,buatlah keunikkan sket.contohnya buatlah band pencinta alam ke.buat kempen cintailah alam sekitar,jangan buang sampah merata2..kan elok tu.. *ni sekadar contoh je ok..

ni 24:7.bajet Super Junior.

Gula-Gula
*even video klip dan dancing tiru macam Wonder Girls.parody is much better. :)

Setiap orang dilahirkan berbeza.Pe kes nak tiru orang lain??Bapak aq slalu cakap:Orang makan taik,ko pun nak ikot makan taik jugak ke?cikgu BM aq pun ada cakap:Tak payah ikot cara orang lain kerana setiap individu tu berbeza.Ko bayangkanlah(sambil mata memandang ke atas)..klowlah kat dunia ni,dalam klas ko je dah 10 orang tiru  gaya sebijik macam ko.ko pakai baju kuning ari khamis,10 orang tu jugak pkai baju yang sama dengan ko.tiru gaya cakap ko,tiru gaya jalan ko.sampai orang lain pun tak boleh cam ko yang mana satu.yelah,10 orang klon.yang ori pun tenggelam..kan tak best macam tu???hui,buhsan gler!!!

Tulah diibaratkan peniruan identiti ni.Weyh,malu r sket...pe kes ko nak tiru2 orang ni.Diri sendiri dah cukup unik.betol tak?artis K-pop lain duk sibuk men-tanned kan kulit berjemur kat tepi pantai,korang dah ada kulit sawo matang.natural lagi tu.tak payah nak sembur2 laser ke apa.
Jap2,tapi hot jugak r kan abang2 24:7  dan kakak2 Gula-Gula ni.Terbukak sana,terdedah sini.Pergh,hot gler dowh!! (sambil kpala menggeleng2..) 

eh,bukan gula-gula ni!!gula2 ni sedap.. ;P

Gula-Gula
*alaa...geli nyah tau!! 

24:7
*sila tahan perut dan tekak anda.


24:7-kami sangat cute!!auww!!
*euwww...sumpah geli!!!


Kakak2 dan abang2,adik(bajet muda je aq ni) nak cakap sket ni.Tak perlulah nak tiru2 bulat2 ke,lonjong2,petak2 ke industri K-pop ni.Tak seswai lah.Diorang tu Korean,kita ni Malaysian.Kurang manis ko nak dedah2 tak kena tempat ni.Buat orang meluat lagi adalah..Agak2 klow ada kurap,kematu,panau korang nak ke dedah betis-peha gebu atau badan ibarat cicak kobin(kurus sangat)  korang tu??Klow body tu se-tough Fahrin Ahmad ke,Aaron Aziz ke (bapak aq kata nama sebenar dia Haron.. =_=),Fizo Omar ke sedap jugalah mata memandang.Ni lagi seksa mata memandang adalah.Dedahlah kepada insan yang lebih berhak.Diorang tu lebih layak. :)

Fizo Omar
*macamni gayanya nak tayang2 badan,makcik2 pun ske tau!! >.<


p/s:Yes,be yourself,be different and be natural.Tiru meniru ni satu perbuatan yang amat tidak senonoh skali. Harap Maaf jika ada yang terasa.chill!!;D






I. Need. More. KMs! I want the iPad 2! Or the BB Bold 3 or the iPod touch? or the movie passes, I want to win all! #Churp2race

I. Need. More. KMs! I want the iPad 2! Or the BB Bold 3 or the iPod touch? or the movie passes, I want to win all! #Churp2race

Tuesday, May 17, 2011

Inspirasiku

As-Salam..

Wah,dah dekat seminggu jugak aq tak update.bukan pe,sibuk nak settlekan hal2 berkaitan aq nak tukar course tu.keje gler agaknya??taklah,tak gler mana pun.since aq dah masuk UIA tu dah,tu sebenarnya dah keje gler.aq tak penah tau pun yang aq akan ambik degree sampai 4-5 tahun kat sni(UIA).orang lain maybe pas matrik setahun,degree just 3 tahun.takpe,ni semua dah ditakdirkan.Alhamdulillah,banyak benda yang aq blaja kat sini.Tapi benda yang paling berkesan sekali,aq dapat jugak penuhkan solat 5 waktu aq tu.Klow tak penuh tu,aq cuba jugak nak penuhkan.klow dulu,rongak2 lagi.macam orang yang tak cukup gigi.yelah,ko bayangkan,pompuan ni muka dah cun gler skali tengok,ya Allah!!rongak rupenya.mcm tulah diibaratkan kita punya solat yang tak lengkap.Satu lagi,dulu aq loser gler English,asyik dapat C(tu pun sebab cikgu kesian) je time test skolah dulu2..skang aq dah bley skiping!!ops..speaking sket2 je....hehe :D

Aq fikir2 jugak,klow aq nak tukar course..memang nak tak kena jugak extend maybe sampai setahun.huish,bler plak aq nak kawen ni???? :P
Sebenarnya,aq terinspirasi dari pengalaman sebenar lecturer aq.rupanya dia dulu student archi,but she changed course during her 2nd year.Kiranya,time 3rd year baru dia masuk smbung course yang dia tukar tu.Dari CGPA 2.6++,bila dia tukar course tu dia terus score DEANLIST mostly every sem.haa,gler tak gler tu???kat situ aq dah nampak dah,once klow kita dah takde ati nak blaja something tu,mungkin bukan tulah tempat kita sebenarnya. :)

Satu lagi benda buat aq jadi lagi kuat,aq baca buku motivasi H.M Tuah-Oi,Bangunlah Oi!!!(aq baru beli ari khamis last week)aq tak habis baca pun lagi,tapi dah banyak benda yang buat aq sedar.ayat yang paling terkesan bagi aq dalam buku tu:


ni haa buku dia.RM10 je.sumpah,tak rugi beli. :)


Biarlah kita perlahan-lahan mendaki tapi hujungnya sampai.

Siap ada pantun lagi(petikan dari buku tu jugak):

Tak baik berpura-pura,
Mari ikut pergi bertapa,
Ingatah kisah arnab dengan kura-kura,
Lumba lari yang menang siapa??

Ada kawan namanya Dollah,
Ada kawan namanya Izam,
Yang menang kura-kuralah.
Pasal dia tenang,sabar dan iltizam. :)

Satu lagi kisah(dalam buku tu jugak) buat aq brfikir:

Kisah Katak yang Kaya.
*ok,aq benci katak!!!

Pas aq google2,jumpalah katak ni.Spesies katak ni,nama dia bufo-bufo dikurniakan kelebihan untuk meramal gempa bumi.pergh,katak kot!!!sebelum 5 hari kejadian gempa bumi,katak ni akan menghilangkan diri dari tempat kejadian.yelah,nak gempa bumi..aq larilah dulu!!*katak itu berkata2..dia dah selamat,sedangkan makhluk lain dah ramai yang mati..skali lagi..pergh,katak kot!!!??
Pengajarannya di sini,biarlah sehina mana pun orang pandang kita..sejijik mana pun orang pandang kita,yang penting kita tau pe yang kita buat.Biarlah hina di mata manusia,tapi indah pada pandangan Allah.Kita tau benda yang kita buat tu tak salah di sisi undang2 mahupun agama. :)
boh (tak payah) layan kat orang yang tau nak dengki kat kita je!!lantak aq r nak buat apa,bukan ko yang tanggung makan minum aq.. :P

p/s:Terima kasih yang tak terhingga kepada insan2 yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada saya.i love u'all!!! ;D

jap2,lpe plak
owh,ni dia..I'M SO IN LOVE WITH CHOCOLATE contest!!! ;D








Tuesday, May 10, 2011

3rd Semester:Kesedihan

As-Salam..

Dengan satu tekad,dengan satu matlamat,denagan satu niat..jeng!jeng!jeng!!
Nilah padahnya akibat terlampau stress..melalut benda2 yang bukan2.belum pe2 lagi dah tak berapa betol.
Aq ambik shortsem ni sebenarnye nak mintak tukar course major aq je.So,aq ambik satu subjek yang cuma 1 kredit hour dan 2 hari klas dalam seminggu.Sumpah,tak tipu.Rasa macam buang masa,duit dan tenaga je kan??Tapi,insyaAllah..niat aq nak tukar course ni dipermudahkan..Amin..jap2,nak buat part time job jugak!!hehe :D

Nak cter ni..semalam on the way aq dari cheras(rumah akak aq) nak balik uia aq balik sendiri.macam2 hal berlaku...mula2 kena kacau dengan bangla gatal kat dalam bas.muka bajet nak usha2 r (aq tampor kang baru tau).tolong r..terganggu jiwa raga aq!!!pas dah nak sampai kat pasar seni(nak ambik LRT),ada plak dua buah bas rosak di tengah2 simpang nak masuk ke stesen LRT pasar seni.pergh,kenalah plak bas tu pusing..macam tak tau plak kan kat KL jamnye mcm pe??dah agak2 jauh tu baru r driver bas tu cakap..''eh,lu orang suma turun kat sinilah.sini manyak jam ma..''..maka,terpaksalah aq berjalan kaki jauh sambil bawak empat buah beg...sabo jelah ati..

Tup2 dah sampai uia..Alhamdulillah,ada gak 2 org member aq yang sudi tolong pindahkan barang2 aq ke bilik baru.Thanx a lot za n yus!!!:) 
Masa nak pulang kunci stor kat mahallah ofis.. ''dik,adik kena saman ni.sebab bilik kotor..ni ada borang appeal,bleylah mintak kurang aey..''   
siap dia tunjuk gambo lg.weyh,bukan barang aq r!!sentap.

Oklah,saman bley appeal lagi.Yang penting nak kemas bilik jugak.Baru ati tenang.baru je nak bergumbira mengemas bilik baru..lalalalalala..
Kipas rosak,tak berpusing.owh,sakitnya jiwa!!!!

p/s:aq xde moooooood nak kemas bilik lagi.70% dah siap.moga2 kipas elok arini jugak. :'(



Sunday, May 8, 2011

I LOVE Chocolate contest!! :D

As -Salam...

Cadbury,Toblerone,M&M,Mars,Sneakers,Kinder Bueno dan segala coklat yang best2  memang favorite aq sejak azali lagi..Tapi,since aq plan nak berdiet ni,aq terpaksa catu makan coklat.Coklat salah satu punca berat badan aq naek mendadak.Nak makan choki2 pun seminggu skali je tau..huhuhuk! :'(
cadbury..the most favorite time.. :D

Toblerone.Coklat berbentuk piramid yang yummy2!! :D

Kinder Bueno.Nyum2!!! ;D



Tapi,takkan sesekali aq akan membenci coklat sebab I'm so in LOVE with chocolate!! (berat aq turun,baru aq makan balik ko sepuas2 ati..hehe)
Macamni,aq nak buat satu contest untuk korang sama2 memboyak macam aq..eh2,tak2..aq nak buat contest tunjuk ketaksuban korang dengan coklat tu..suka tak?suka tak? :D\
senang je..untuk join contest ni korang mesti:
1.Like page:Saya Jaedie
2.Sapa2 ada blog,anda digalakkan jadi followers blog ni.SpeckyBeez
3.Suggest page SayaJaedie kepada TIGA rakan anda di Facebook.
4.Upload gambar korang tengah makan coklat dengan muka penuh excited (kat page Saya Jaedie)!!  
contoh seperti contoh di bawah:     
*muka jakun xpenah makan M&M.:P


5.Tak kesah guna apa2 jenis kamera pun;polaroid,lomo,DSLR or compact digital.Janji picture kelihatan menarik dan kreatif (tiada unsur2 yang boleh menyentuh sensitiviti sesetengah pihak)
6.Tulis caption picture tu:I'm so in LOVE with chocolate because...(not more than 5 words)
7.Picture yang paling banyak dapat vote LIKE akan dikira pemenang.
8.3 pemenang utama dan 2 pemenang saguhati akan dipilih dan hadiahnya,op kozlah coklat!!! *memang confirm coklat best2..dont't worry.. :D
9.Secara rasminya,contest ni start arini 8/5/2011 dan tamat 31/7/2011..
10.Cepat join!!hehe :D

P/S:Tak lupa jugak nak wish Slamat HARI IBU kepada ibu,kakak aq yang baru jadi mummy tahun ni dan kepada semua ibu2 di dunia ni.Anda emak,umi,mama,ibu yang terbaik dalam dunia ni!!Terima Kasih Ibu!! :'D




Friday, May 6, 2011

Duit VS. Ilmu

As-Salam..
For those yang baru je pas SPM,mesti pening kpala nak pilih course pe,universiti mana korg nak masuk kan..Congratz kepada calon2 SPM 2010 yang dapat straight A's.Tahniah jugak pada yang tak dapat straight A's tu sebab korang sumer dah cuba sebaik mungkin.Ni sumer rezeki dan ketentuanNya..syukur alhamdulillah..(rasa macam dah lambat dah bagi wish..hehe) :)


RM..RM..oh xnak ke??ok2..$$$$$$

Ilmu itu PELITA idop.ni bukan pelita,ni lilin.


Isu skang ni,ramai graduates degree tak dapat keje.sape cakap course diorg xbest,banyak yang best2..kakak aq pun 2 tahun mengganggur baru dapat keje tetap.dia jadi cikgu skang ni.aq ni nak cakap lebih2 pun tak patut jugak sebab aq pun baru je 1st year degree in B.Sc of Quantity Surveying.nama gempak kan??tau tak pe tu?ni nme penuh Quantity Surveying(QS) a.k.a Juruukur Bahan.Senang cter,keje dia nnt ukur2 bahan kat construction site.berapa banyak bahan nak guna,berapa harga dia..tu sumer keje QS.ramai gak salah anggap QS ni Qur'an Sunnah..terkejut diorang dengar aq ni budak QS sebab diorang ingat Qur'an Sunnah. =_=''

nilah keje QS,kira cost bangunan.ala2 kontraktor pun ada jgk. :)

Honestly,aq sebenanye semakin kurang minat dengan course yang aq ambik skang.bapak aq pun bising sebab aq cakap macam tu.yelah,dah setahun ambik baru kata tak minat.keje gler pe???ko nak berhenti blajo ke??kawem dengan bangla je..tulah komen2 dari bapak aq dan sesetengah orang bler aq meluahkan pe yang aq rasa ni.beb,klow dah tak minat tu,memang susah sangat2.no passion,everything getting harder and harder.ye tak??Aq pun dah fikir panjaaaannnggg...(huish,panjangnye!!) pas aq grad(insyaAllah..amin) aq taknak jadi Quantity Surveyor pun.So,buat pe aq wasting time blajo benda aq tak minat kan?kan?oklah..klow aq fikir,blajo sebab nak duit,nak harta,nak pangkat segala..baik aq brhnti blajo dan start keje terus pas SPM .kumpul duet and mula dari bawah.tak payah nak berhutang dengan ptptn,dan sesiapa pihak penaja kita yang bagi duit tiap2 semester (tapi duk guna beli benda bukan2..ops!!!) :P

Tapi,universiti ni lagi best sebab nilah tempat kita nak gain knowledge from the master of the knowledge itself.yelah,lecturer2 tu pun sumer kena ada Master,Ph.D baru boleh jadi lecturer yang diiktiraf.Universiti ni jugak tempat nak kumpul pengalaman dan tempat terbaik cari jodoh..(tak percaya cuba tanya parents korang..*mostly..hehe :D ).Itu sebenarnya tujuan asal universiti ditubuhkan.The Garden of Knowledge and Virtue.(macam penah dengar je....).Tu bezanya student lepasan degree dengan lepasan SPM..Student U ni dapat ilmu yang fresh2 dari lecturer yang bertauliah,bukannya dari bos2 yang tau mengarah je.



Garden of knowledge and virtue.yeah!! :D

Passion.Satu lagi benda yang teramat penting untuk meneruskan kehipun di alam fana ni.(pergh,ayat tak bley blah kan..).Passion yang jadi penggerak kita untuk berjaya.btol,aq tak tipu..contohlah,ko suka sumone tu,admire gler2 (crush r),ari2 pergi kolej/skolah mesti nak tengok muka dia..tak tengok sehari,macam nak gler.tulah passion namanya,something yang buat korang jadi semangat hari2..klow takde passion,benda senang macamna pun,akan jadi susah sangat2.. :)

Klowlah Dean sekacak ni,confirm deanlist tiap2 sem!!!(macam dalam cter Dream High):D


P/S from senior:Adik2 yang baru dapat offer tu,fikir betol2..nak masuk U/matrik sumer tu pilihan anda sendiri.plan apa korang nak jadi 10 tahun akan datang,jadikan tu matlamat utama.And always be patient and find your passion.Plus,slalu doakan yang terbaik dalam pilihan anda. :) 

Jejak-Jejak Joyah